wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAMADUN ISLAM

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Ijtihad menurut konsep asas pengajian tamadun Islam?

a)

Kaedah tauhid bagi mengenalpasti pegangan seseorang

b)

Dapatan hukum baharu melalui kajian para ilmuan Islam.

c)

Keputusan majoriti yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith.

d)

Prinsip syariah yang dipakai berdasarkan padangan fuqaha.

2.

Kepercayaan dan keimanan kepada hakikat yang tetap dan kukuh dalam jiwa seseorang. Pernyataan tersebut merupakan definisi kepada

a)

feqah

b)

akhlak

c)

aqidah

d)

syariah

3.

Bagaimanakah syariah dalam tamadun Islam memelihara akal seseorang muslim?

a)

Menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas pemandu yang mabuk.

b)

Kedudukan orang gila paling rendah menurut pandangan agama Islam.

c)

Perbuatan yang merosakkan akal dianggap satu jenayah dalam undang-undang.

d)

Mengharamkan minuman dan makanan yang memabukkan seperti arak.

4.

Manakah antara yang berikut merupakan sumbangan al-Farabi dalam dunia Islam?

a)

Sains dan matematik

b)

Teknologi dan kejuruteraan.

c)

Ilmu dan agama.

d)

Falsafah dan pemikiran.

5.

Antara prinsip di dalam tamadun Islam adalah sifat adil. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat adil?

a)

Meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul.

b)

Melakukan semua perkara dengan sama rata.

c)

Setiap perbuatan perlu dimulakan dengan niat yang baik.

d)

Setiap tindakan yang dilakukan adalah kerana Allah S.W.T.

6.

Hakikat kehidupan bertamadun menurut Islam ialah penyempurnaan tugas dan kewajipan manusia sebagai hamba kepada penciptanya. Seseorang itu perlu berusaha menzahirkan keimanannya dalam kehidupan yang realiti. Berdasarkan kepada prinsip tersebut, pilih contoh tindakan yang BETUL daripada situasi berikut.

a)

Mentadbir negara dengan bijaksana dan memberikan ketaatan sepenuhnya kepada arahan pemimpin tertinggi negara.

b)

Mendirikan solat fardu dan berdoa kepada Allah S.W.T. setiap kali ditimpa musibah.

c)

Mendalami ilmu pengetahuan sebanyak mungkin agar menjadi seorang yang hebat dan dihormati oleh masyarakat.

d)

Menjalankan perniagaan dengan jujur tanpa mengambil kesempatan ke atas pelanggan.

7.

Apakah nama tempat yang pernah menjadi ibu kota pemerintahan Islam di Eropah?

a)

Cordova

b)

Barcelona

c)

Malaga

d)

Iskandariah

8.

Manakah antara berikut merupakan tindakan yang dibuat oleh Barat untuk meleburkan kesatuan umat Islam?

a)

Memberi sogokan bekalan makanan dan duit kepada umat Islam.

b)

Memecah belahkan bangsa Arab menjadi negara-negara bangsa yang terpisah.

c)

Menawan negara-negara umat Islam di Alam Melayu.

d)

Merampas pelbagai khazanah ilmu peninggalan peradaban Islam.

9.

Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani permasalahan riba dalam urusan jual beli dan pinjaman?

a)

Mewujudkan sistem dan produk perbankan Islam.

b)

Penubuhan Lembaga Zakat di setiap negeri.

c)

Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

d)

Pengurusan jemaah haji yang dipusatkan di bawah seliaan Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

10.

Apakah cara terbaik yang Islam boleh lakukan bagi membantu menangani krisis kemiskinan penduduk Islam di bandar dan luar bandar?

a)

Memberi bantuan zakat dan kaunseling pengurusan kewangan yang betul.

b)

Menaja makan dan minum harian mereka secara berterusan.

c)

Menempatkan mereka dalam satu penempatan khas yang mudah diselia.

d)

Sentiasa memberikan motivasi dan memperbanyakkan doa untuk mereka.