wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOD ETIKA, NILAI DAN ETIKA

Total questions: 14

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ?

a)

Sesuatu yang boleh ditentukan oleh orang lain dan berubah mengikut situasi

b)

Sifat yang sama dan perlu ada di dalam diri setiap manusia

c)

Sesuatu yang kita berpegang teguh kepadanya dan sanggup mempertahankannya

d)

Sesuatu yang diperolehi daripada pembelajaran melalui bahan bacaan

2.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan etika?

a)

Himpunan nilai,peraturan,garis panduan dan moral yang menjadi amalan diri

b)

Tingkah laku standard yang perlu dipatuhi oleh seseorang individu

c)

Amalan yang baik dan telah menjadi satu alat mengukur

3.

3) Integriti secara tepatnya boleh didefinisikan sebagai ?

a)

Perbuatan yang baik dan mesti dicontohi

b)

Sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni

c)

Suatu bahan untuk mengukur kejujuran dan sifat amanah seseorang terhadap tanggungjawabnya

d)

Suatu sifat yang melambangkan seseorang individu atau organisasi sama ada baik atau buruk

4.

4) Yang manakah BUKAN merupakan contoh individu berintegriti ?

a)

Sentiasa menjaga prinsip dan keperibadian diri walaupun diuji

b)

Keperibadiannya tidak terjejas mengikut keadaan atau apa jua situasi

c)

Tidak takut melakukan perkara yang benar walaupun tidak disukai oleh orang lain

d)

Melakukan perkara yang salah untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri

5.

5) Yang manakah antara berikut melambangkan individu beretika ?

a)

Datang lewat ke pejabat dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat

b)

Menggunakan kemudahan yang diberikan syarikat untuk kepentingan peribadi

c)

Memastikan dirinya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat

d)

Mengikut peraturan atau garis panduan apabila diperhatikan atau diperlukan sahaja

6.

6) Yang manakah BUKAN merupakan NILAI BERSAMA yang diamalkan oleh anggota KWSP ?

a)

Penambahbaikan berterusan

b)

Semangat setia kawan

c)

Utamakan Pelanggan

d)

Integriti

7.

7) Apakah itu Kod Etika KWSP ?

a)

Satu peraturan yang meminta semua anggota untuk mematuhinya

b)

Garis panduan yang membantu anggota memahami standard etika kerja yang ditetapkan oleh pengurusan

c)

Buku panduan cara pemakaian dan waktu bekerja yang perlu dipatuhi oleh semua anggota

d)

Satu garis panduan salah laku yang sering dilakukan oleh pekerja dan tindakan yang dikenakan

8.

8) Apakah objektif Kod Etika KWSP ?

a)

Untuk menjelaskan tingkah laku yang boleh dan dilarang dilakukan oleh anggota KWSP

b)

Memberi penerangan kepada anggota mengenai jenis kesalahan yang akan dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan

c)

Memastikan semua anggota berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan

9.

9) Berikut yang manakah BUKAN merupakan skop Kod Etika KWSP ?

a)

Hubungan dengan Ahli dan Majikan

b)

Hubungan dengan Stakeholder

c)

Perhubungan Keluarga

d)

Percanggahan Kepentingan

10.

10) Pernyataan manakah TIDAK BENAR mengenai Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah KWSP?

a)

Polisi yang memberi kelonggaran kepada anggota untuk menerima hadiah dalam urusan perniagaan

b)

Polisi yang melarang penggunaan hadiah dan penajaan untuk mempengaruhi keputusan perniagaan

c)

Polisi ini menekankan niat di sebalik pemberian hadiah supaya tidak wujud keraguan dan kesalahan rasuah

11.

11) Keadaan manakah yang membolehkan maklumat ahli dikongsikan bersama pihak luar ?

a)

Diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan bagi tujuan siasatan

b)

Pihak ketiga memberi upah kepada anggota untuk memperoleh maklumat ahli lain

c)

Si suami meminta maklumat wang simpanan KWSP isteri untuk simpanan beliau

d)

Ali datang ke kaunter KWSP untuk meminta maklumat kawanya Abu dengan membawa Kad Pengenalan Abu sebagai bukti

12.

12) Berikut yang manakah merupakan contoh yang melambangkan terdapatnya konflik kepentingan dalam tanggungjawab ?

a)

Terlibat secara langsung dalam proses melantik anggota keluarga untuk mengisi kekosongan jawatan

b)

Mengambil atau menggunakan kemudahan pejabat untuk menyelesaikan tugasan sahaja

c)

Melakukan proses pemberian kontrak mengikut prosedur yang betul

13.

13) Saluran aduan whistleblowing boleh di buat melalui ?

a)

Talian Hotline 03-26262121

b)

Sosial Media (Facebook)

c)

Kunjungi People Matters Department

14.

14) Pernyataan Anti Rasuah KWSP adalah merupakan ikrar KWSP untuk menentang rasuah dan istilah 5P yang digunakan dalam ikrar tersebut kecuali :

a)

Pematuhan

b)

Pencegahan

c)

Pelindung

d)

Peraturan