Font size
WorksheetsBIO MUMTAZ TUNTAS 3
Total questions: 18
Worksheet time: 4mins
Antara berikut yang manakah contoh variasi selanjar pada kucing?
panjang jari
warna mata
warna bulu
kumpulan darah
Rajah menunjukkan satu kariotip bagi seorang manusia dengan mutasi kromosom.
Apakah penyakit genetik individu tersebut?
Hemofilia
Sindrom turner
Sindrom klinefelter
Buta warna
Rajah menunjukkan satu kaedah perancang kehamilan
Apakah proses yang masih boleh berlaku?
I Haid
II kehamilan
III Ovulasi
IV Penempelan
Seorang wanita telah membeli sesisir pisang. Antara berikut, kaedah manakah yang boleh digunakan untuk mengelakkan pisang daripada masak terlalu cepat?
letak dalam bakul
masukkan ke beg palstik bertutup
ceraikan satu persatu dan biarkan dalam keadaan persekitaran
masukkan dalam bekas kedap udara yang bertutup
Misai Kucing merupakan herba tradisional yang mempunyai sifat diuretik yang memberi kesan terhadap penghasilan air kencing. Ianya telah digunakan secara meluas untuk merawat pesakit hipertensi. Bagaimanakah herba ini membantu merawat pesakit hipertensi?
I meningkatkan kebolehan ginjal untuk merembes ion kalium
II merencat kebolehan ginjal untuk merembes ion kalium
III meningkatkan ketelapan tubul untuk penyerapan semula air
IV mengurangkan ketelapan tubul untuk penyerapan semula air
Rajah menunjukkan tisu vaskular dalam batang tumbuhan
Apakah tisu itu?
Trakeid
Salur xilem
Tiub tapis
Sel rakan
Antara berikut aktiviti yang manakah menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot?
berbasikal
lompat galah
membaca
berkebun
apakah keperluan oksigen biokimia, BOD?
kuantiti oksigen yang dibebaskan oleh organisma akuatik
kuantiti oksigen yang digunakan oleh organisma akuatik
penunjuk untuk mengukur tahap pencemaran air
penunjuk jumlah bahan pencemar dalam air
Antara trait-trait berikut,yang manakah digunakan dalam eksperimen Mendel?
warna daun
bilangan biji
saiz buah
ketinggian pokok
Tanah bekas lombong boleh membentuk hutan primer.
Antara urutan berikut, manakah yang betul dalam pembentukan hutan primer itu?
penyesar,komuniti klimaks, perintis
perintis,komuniti klimaks,penyesar
penyesar, perintis, komuniti klimaks
perintis, penyesar,komuniti klimaks
Apakah nama proses penyalinan kulit dalam serangga?
Kemotaksis
trombosis
dialisis
ekdisis
Apakah fungsi akson neuron aferen?
membebaskan neurotransmitter ke dalam celah sinaps
membawa impulskeluar dari badan sel
mempercepatkan penghantaran impuls
menghantar impuls ke badan sel
Antara istilah berikut,yang manakah mentakrifkan sifat fizikalsuatu organisma
genotip
homozigot
fenotip
heterozigot
apakah teknik yang digunakan untuk memindahkan gen dalam DNA suatu spesies ke dalam DNA spesies yang lain?
pengklonan
kacukan dihibrid
kejuruteraan genetik
kacukan monohibrid
antara sel berikut, yang manakah membentuk tisu asas dalam tumbuhan
sel pengawal
sel xilem
sel epidermis
sel parenkima
rajah menunjukkan satu interaksi antara dua organisma
apakah jenis interaksi ini?
komensalisme
mutualisme
parasitisme
saprofitisme
seorang pekebun mengalami pendarahan tidak berhenti setelah kakinya tercedera semasa berkebun.
apakah yang akan terjadi jika darahnya tidak dapat membeku?
tekanan darah menurun
kapilari darah membesar
kadar denyutan jantung bertambah
kadar respirasi bertambah
rajah menunjukkan sejenis akar pada suatu spesies tumbuhan di paya bakau
apakah jenis akar ini.
Akar jangkang
akar kabel
akar banir
pneumatofor
