wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TPACK

Total questions: 8

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud “Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)”?

a)

Satu proses sistematik menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan PdPc.

b)

Satu kerangka yang memperkenalkan hubungan yang kompleks antara ketiga-tiga pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi dan isi kandungan.

c)

Pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran.

d)

Satu cabang ilmu pengetahuna yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran.

2.

TPACK dibahagikan kepada komponen-komponen berikut kecuali:

a)

Pengetahuan Pedagogi (PK)

b)

Pedagogi Pengetahuan Kandungan (PCK)

c)

Teknologi Pengetahuan Kandungan (TCK)

d)

Pengetahuan Ilmu Komputer (PIK)

3.

Berikut merupakan kesan-kesan yang dibawa akibat penggunaan TPACK dalam pengajaran dan pembelajaran kecuali:

a)

Meningkatkan keberkesanan pembelajaran

b)

Menjadikan guru dapat mengajar dengan lebih berkesan

c)

Membosankan PdP

d)

Lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan murid

4.

Apakah Pengetahuan Pedagogi (PK)? Sila pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Mencakupi kefahaman cara atau gaya pelajar belajar, kemahiran pengurusan bilik darjah, reka bentuk, perancangan pengajaran dan penilaian pelajar

b)

Pemahaman penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat secara meluas

meliputi kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif.

c)

Pengetahuan guru tentang subjek yang perlu dipelajari atau diajar.

d)

Mengandungi pengetahuan tentang pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai digunakan dalam bilik darjah serta sasaran dan strategi untuk menilai pelajar.

5.

Berdasarkan penjelasan yang berikut, pilih 2 jawapan yang menjelaskan maksud Pedagogi Pengetahuan Kandungan (PCK) dengan betul.

a)

Menekankan kepentingan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran kandungan tertentu.

b)

Mentransformasi kandungan kepada pengajaran

c)

Pengetahuan guru tentang subjek yang perlu dipelajari atau diajar.

d)

Pemahaman penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat secara meluas meliputi kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif.

6.

Apakah Teknologi Pedagogi Pengetahuan (TPK)?

a)

Pemahaman bagaimana pengajaran dan pembelajaran (pedagogi) boleh berubah oleh teknologi dan cara teknologi itu digunakan

b)

Mengetahui kemampuan (affordances) pedagogi dan kekangan atau batasan pelbagai alat teknologi kerana ia berkaitan dengan subjek dan perkembangan reka bentuk, strategi dan pedagogi yang sesuai.

c)

Pengetahuan guru tentang subjek yang perlu dipelajari atau diajar.

d)

Pemahaman tentang cara bagaimana teknologi dan pengaruh kandungan membantu satu sama lain.

7.

Bagaimana guru dapat menjimatkan masa melalui penggunaan TPACK?

a)

Merancang aktiviti-aktiviti yang banyak untuk membantu murid lebih pakar dalam penggunaan TPACK.

b)

Mencari cara atau kaedah yang paling sesuai untuk membantu murid

c)

Memilih pedagogi yang bersesuai dengan tahap murid

d)

Memberikan tugasan yang banyak melalui TPACK untuk membuat di rumah

8.

Apakah yang perlu dikuasai oleh guru semasa menggunakan Teknologi Pengetahuan Kandungan (TCK)? Pilih 3 jawapan yang betul.

a)

Pemahaman yang mendalam bagaimana sesuatu kandungan pelajaran boleh diubah oleh aplikasi teknologi tertentu

b)

Pemahaman tentang ciri teknologi yang paling sesuai untuk menangani kandungan pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya

c)

Pemahaman tentang cara bagaimana teknologi dan pengaruh kandungan membantu satu sama lain

d)

Pengetahuan guru tentang subjek yang perlu dipelajari atau diajar.