Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ FEQAH TFD (JILID 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Nyatakan definisi solat dari sudut bahasa ?

a)

Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

b)

Berdoa untuk kebaikan.

c)

Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

d)

Memohon keampunan kepada Allah SWT.

2.

Apakah hukum bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengingkari kewajipannya?

a)

Muslim

b)

Mujrim

c)

Fasiq

d)

Murtad

3.

Yang manakah antara berikut syarat-syarat wajib solat?

a)

Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.

b)

Sudah masuk waktu solat.

c)

Menutup aurat.

d)

Baligh.

4.

Berikut adalah perkara-perkara yang membatalkan solat kecuali_______

a)

Meninggalkan salah satu rukun solat.

b)

Berubah niat.

c)

Melihat ke kanan atau ke kiri atau ke belakang.

d)

Tiga kali bergerak berturut-turut.

5.

Berikan definisi Makmum Masbuk?

a)

Makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah beserta imamnya pada rakaat pertama.

b)

Makmum yang tidak sempat mengangkat Takbiratul Ihram beserta imamnya pada rakaat pertama.

c)

Makmum yang tidak sempat niat berserta imamnya pada rakaat pertama.

d)

Makmum yang dapat membaca Doa Iftitah bersama-sama imamnya.

6.

Yang manakah berikut penyataan yang TIDAK BENAR tentang syarat-syarat solat berjemaah?

a)

Wajib makmum berniat mengikut imam.

b)

Kedudukan makmum mestilah kurang 300 hasta dari kedudukan imam.

c)

Sah seorang Qari mengikut imam yang ummi.

d)

Makmum hendaklah yakin bahawa solat imamnya itu sah.

7.

Apakah syarat-syarat WAJIB Solat Jumaat?

a)

Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah sesuatu tempat yang telah ditetapkan.

b)

Mestilah secara berjemaah. Sekurang-kurangnya 40 orang yang terdiri daripada orang yang bermukim.

c)

Bermastautin, yakni bukan bermusafir.

d)

Hendaklah solat Jumaat itu didahulukan dengan dua khutbah.

8.

Apakah boleh jamak sembahyang ketika tidak bermusafir dalam mazhab Syafie?

a)

Tidak boleh kecuali hujan

b)

Harus menjama’kan walau tidak musafir

c)

Haram jama’ sembahyang ketika tidak musafir

d)

Makruh menjama’kan sembahyang secara mutlak

9.

Antara berikut merupakan waktu-waktu yang diharamkan untuk mengerjakan solat sunat KECUALI….

a)

Waktu matahari sedang terbit sehingga naik segalah.

b)

Sesudah Solat Subuh sehingga terbit matahari agak tinggi.

c)

Sebelum terbit fajar.

d)

Ketika matahari sedang terbenam sampai sempurna terbenamnya.

10.

Berapakah bilangan ahli Jumaat yang diperlukan sebagai syarat sah Solat Jumaat?

a)

Lebih 40 orang lelaki sama ada musafir, bermukim atau bermastautin

b)

Lebih 100 orang lelaki yang baligh dan bermastautin

c)

Lebih 40 orang lelaki dan wanita yang baligh dan bermastautin

d)

Lebih 40 orang lelaki yang baligh dan bermastautin

11.

Yang manakah antara berikut merupakan rukun Khutbah Jumaat yang PALING TEPAT?

a)

Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW atau mana-mana kata-kata yang memberikan makna selawat.

b)

Berpesan-pesan supaya bertaqwa dan membaca ayat Al-Quran pada salah satu dua khutbah.

c)

Memuji Allah SWT dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun.

d)

Semua di atas

12.

Di antara solat-solat sunat berikut, yang manakah dihukumkan sebagai SUNAT MUAKKAD?

a)

Dua rakaat selepas Solat Maghrib

b)

Dua rakaat tambahan sebelum Solat Zohor

c)

Empat rakaat sebelum Asar

d)

Dua rakaat sebelum Isyak

13.

Sebutkan hukum Solat Sunat Dua Hari Raya?

a)

Sunat

b)

Sunat Muakkad

c)

Harus

d)

Sunat Ab'ad

14.

Antar berikut merupakan syarat-syarat WAJIB Zakat Fitrah KECUALI?

a)

Islam

b)

Baligh dan Berakal

c)

Terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan

d)

Memiliki harta yang melebihi keperluan makan untuk diri sendiri dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya

15.

Waktu HARUS untuk membayar Zakat Fitrah adalah pada?

a)

Mulai terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan

b)

Pada Subuh Hari Raya sebelum keluar untuk sembahyang hari raya

c)

Sepanjang bulan Ramadhan dan Hari Raya pertama

d)

Selepas sembahyang hari raya hingga akhir hari raya

16.

Yang manakah antara berikut merupakan SYARAT YANG PALING TEPAT golongan yang dituntut untuk melakukan ibadah korban?

a)

Islam, Baligh, Berakal, dan Berkemampuan

b)

Islam, Mumaiyyiz, Berakal, dan Berkemampuan

c)

Islam, Mukallaf, Baligh

d)

Baligh, Berakal, dan Berkemampuan pada Hari Raya dan Hari-hari Tasyriq

17.

Yang manakah antara berikut PALING TEPAT sembelihan yang dikira sebagai waktu korban yang sah?

a)

10, 11, dan 12 Zulhijjah

b)

10, 11, 12, 13 dan 14 Zulhijjah

c)

10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah

d)

9, 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah

18.

Sebutkan kewajipan yang perlu dilakukan kepada jenazah sejurus selepas meninggal dunia?

a)

Memandikan

b)

Mengkafankan

c)

Menyembahyangkan

d)

Mengebumikan dan semua di atas

19.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan terhadap seorang Muslim ketika nazak?

a)

Melembutkan tulang-tulang sendi dan dikembalikan ke tempat asal.

b)

Membaringkan di atas lambung kanan dengan mukanya menghadap kiblat dan mengajarkan kalimah Syahadah.

c)

Memejamkan kedua-kedua mata pesakit.

d)

Meletakkan sesuatu yang berat di atas perutnya.

20.

Apakah hukum wanita yang berhaid pergi ke kubur?

a)

Makruh

b)

Haram

c)

Harus

d)

Sunat