WorksheetsQUIZ PENGAJIAN AM 6BSS11 (SET 2)
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat?
A Mempunyai komuniti tertentu
B Mempunyai sempadan negara yang nyata
C Mempunyai hubungan dengan negara luar
D Mempunyai ketua negara yang dilantik oleh rakyat
Yang manakah berikut menunjukkan sistem kerajaan yang diamalkan oleh kerajaan Kesatuan?
A Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa
B Pentadbiran banyak tertumpu kepada kerajaan negeri
C Kerajaan tempatan mempunyai kuasanya tersendiri
D Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah
A diluluskan oleh Majlis Parlimen
B diwartakan sebagai warta kerajaan
C ditandatangani oleh Perdana Menteri
D diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Biro Bantuan Guaman boleh membantu kes yang melibatkan
A pembantu rumah warga Indonesia yang ditipu majikannya
B janda yang menuntut bayaran nafkah ke atas bekas suaminya
C pembeli rumah yang tidak berpuas hati dengan keadaan rumahnya
D remaja yang didakwa atas tuduhan menjadi samseng di jalan raya
Beliau hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Yang diPertuan Agong dengan syarat satu resolusi telah diluluskan Dewan Undangan Negeri dengan undi tidak kurang daripada 2/3 jumlah ahli dewan
Penyataan di atas merujuk kepada proses pemecatan
A Ketua Menteri
B Setiausaha Kerajaan Negeri
C Yang Dipertua Negeri
D Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri ialah
A menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
B membahaskan ideologi parti-parti politik
C meluluskan dasar-dasar kerajaan
D membahaskan masalah rakyat
Yang manakah tanggungjawab utama agensi mengurus?
A Mengawal perjalanan jentyera kerajaan
B Merancang segala dasar negara
C Menyelaras segala pembangunan negara
D Memberikan perkhidmatan kepada masrakat
Yang manakah berikut merupakan tugas Setiausaha Jemaah Menteri?
A Memanggil mesyuarat Jemaah Menteri
B Mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri
C Memberi cadangan dan pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri
D Menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri kepada badan-badan pelaksana
Sekiranya tadbir urus baik menghadapi masalah dalam sistem penyampaian khidmat awam.
Yang manakah langkah yang wajar dilaksanakan bagi mengatasi masalah di atas?
A Membudayakan kreativiti dan inovasi
B Meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam
C Menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden
D Memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja
*Mengurus semua pertanyaan berhubung pelabur-pelabur dalam sektor perindustrian
*Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri berhubung pembangunan perindustrian
Tugas di atas dilaksanakan oleh
A Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
B Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia
C Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
D Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan
I keluasan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
II panjangnya jalan raya dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
III bilangan penduduk yang menetap di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
IV jumlah pendapatan perkapita penduduk di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Yang manakah berikut merupakan sumber kewangan tambahan kepada negeri Sabah dan Sarawak?
A Setem
B Cukai jalan
C Cukai perkhidmatan
D Duti eksport hasil kayu-kayan
Sebagai jentera penyelarasan, pengawasan, dan pengesanan pelaksanaan dasar dan program kerajaan untuk merealisasikan dasar dasar negara serta mencapai matlamat Wawasan 2020
Tugas di atas dilaksanakan oleh
A Majlis Tindakan Negara
B Majlis Ekonomi Negara
C Unit Perancang Ekonomi
D Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Yang manakah berikut merupakan tugas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Tempatan?
A Menyediakan pusat kesihatan kecil
B Menyediakan semua kemudahan awam
C Menyediakan pusat jagaan kanak-kanak
D Menyediakan pusat perkhidmatan penyembelihan
Untuk menilai keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan, kerajaan telah memperkenalkan
I Pengurusan risiko
II Pelan Integriti Nasional
III Indeks Pencapaian Utama
IV Sistem Kawalan dan Penilaian Terbuka
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
