Font size
WorksheetsKIMIA T4 : BAHAN KIMIA DALAM INDUSTRI
Total questions: 86
Worksheet time: 43mins
Aloi lebih kuat berbanding logam tulen kerana atom asing dalam aloi
menambahkan kekuatan ikatan antara atom.
manambahkan ruang kosong antara atom.
bertindak balas dengan atom logam tulen untuk menghasilkan suatu sebatian.
mengurangkan keupayaan atom untuk bergelongsor antara satu sama lain.
Loyang ialah aloi yang mengandungi campuran
kuprum dan zink
kuprum dan plumbum
kuprum dan stanum
stanum dan plumbum
Unsur utama dalam loyang dan gangsa ialah
kuprum
plumbum
zink
stanum
Antara aloi yang berikut yang manakah digunakan untuk membuat badan kapal terbang?
Magnalium
Gangsa
Piuter
Besi
Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen.
Apakah tujuan eksperimen di atas?
Untuk membandingkan kekonduksian elektrik antara kuprum dan loyang.
Untuk membandingkan kekuatan tegangan antara kuprum dan loyang.
Untuk membandingkan ketumpatan antara kuprum dan loyang.
Untuk membandingkan kekuatan di antara kuprum dan loyang.
Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen.
Apakah keputusan eksperimen di atas?
Kedalaman lekuk bagi kuprum dan loyang adalah sama.
Diameter lekuk bagi kuprum dan loyang adalah sama.
Diameter lekuk kuprum adalah lebih besar berbanding loyang.
Kedalaman lekuk kuprum adalah lebih dalam berbanding loyang.
Antara yang berikut yang manakah bukan tujuan pengaloian?
Untuk melambatkan penghakisan.
Untuk menambah kekuatan.
Untuk menambah takat lebur.
Untuk meningkatkan sifat luaran.
Unsur yang hadir dalam besi yang menjadikannya tahan hakisan ialah
Ferum
Karbon
Kromium
Antimoni
Carta alir di bawah menunjukkan langkah-langkah yang di ambil dalam pembuatan asid sulfurik.
Namakan mangkin yang digunakan dalam langkah I.
Serbuk ferum
Ferum(III) oksida
Vanadium(V) oksida
Mangan(IV) oksida
Carta alir di bawah menunjukkan langkah-langkah yang di ambil dalam pembuatan asid sulfurik.
Bagaimanakah oleum dihasilkan dalam langkah II?
Sulfur trioksida dilarutkan dalam air.
Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik.
Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid hidroklorik cair
Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat.
Carta alir di bawah menunjukkan langkah-langkah yang di ambil dalam pembuatan asid sulfurik.
Apakah yang berlaku dalam langkah III?
Oleum dipanaskan.
Oleum dicairkan dengan air.
Gas oksigen dibebaskan ke dalam oleum.
Oleum dilarutkan dalam asid sulfurik pekat.
X ialah mangkin yang digunakan dalam Proses Haber dan Y ialah mangkin yang digunakan dalam Proses Sentuh.
X : Serbuk besi
Y : Vanadium(V) oksida
X : Ferum(III) oksida
Y : Vanadium(V) oksida
X : Vanadium(V) oksida
Y : Serbuk besi
X : Vanadium(V) oksida
Y : Ferum(III) oksida
Dalam Proses Sentuh, oleum dihasilkan dengan
melarutkan sulfur trioksida dalam air.
melarutkan sulfur dioksida dalam air.
melarutkan sulfur trioksida dalam asid sulfurik pekat.
melarutkan sulfur trioksida dalam asid sulfurik pekat.
Asid sulfurik cair digunakan dalam industri untuk membersihkan logam kerana ia
menyingkirkan gris
bertindak sebagai pengilap
menyingkirkan lapisan oksida
menyingkirkan lapisan sulfida
Antara gas-gas berikut yang manakah menyebabkan hujan asid?
Sulfur dioksida
Karbon dioksida
Ammonia
Metana
Carta alir di bawah menunjukkan penukaran sulfur kepada asid sulfurik.
Bagaimanakah langkah X dijalankan?
Sulfur dibakar dalam udara.
Vanadium(V) oksida ditambah sebagai mangkin.
Karbon dioksida dialirkan melalui leburan sulfur.
Campuran sulfur dan kalium permanganat dipanaskan.
Formula oleum ialah
HS2O4
H2S2O4
H2S2O5
H2S2O7
Dalam Proses Haber, bagaimanakah sumber nitrogen diperolehi?
Penurunan garam nitrat.
Penyulingan berperingkat udara.
Daripada tindak balas gas asli dan wap air.
Daripada penguraian bahan organik.
Apakah fungsi serbuk besi dalam Proses Haber?
Untuk mempercepatkan kadar tindak balas.
Untuk menambahkan hasil ammonia.
Untuk mengasingkan ammonia yang terhasil dalam kebuk tindak balas.
Untuk menambahkan suhu bagi tindak balas untuk berlaku.
Antara polimer yang diberikan di bawah yang manakah dihasilkan daripada pempolimeran kondensasi?
Poliester
Perspeks
Polistirena
Polivinilklorida
Polivinilklorida dihasilkan daripada pempolimeran penambahan kerana monomer-monomernya
adalah molekul kecil
mempunyai kumpulan berfungsi yang berlainan
mempunyai ikatan ganda tiga karbon-karbon
mempunyai ikatan ganda dua karbon-karbon
Antara yang berikut yang manakah membentuk pempolimeran kondensasi?
HOCH2CH2CH2COOH
CH3CH==CH2
CH3CH2NH2
Antara yang berikut yang manakah bukan polimer semulajadi?
Sutera
Protein
Sukrosa
Selulosa
Nama IUPAC bagi monomer yang menghasilkan getah asli ialah
2-kloro-1,3-butadiena
2-metil-1,3-butadiena
1,3-butadiena
2-butena
Rajah di bawah menunjukkan satu proses.
Namakan proses X yang ditunjukkan di atas.
Peretakan
Penguraian
Pempolimeran penambahan
Pempolimeran kondensasi
Polimer sintetik menyebabkan percemaran alam sekitar kerana
ia tidak boleh dibakar dengan mudah
ia tidak terbiodegradasi
ia merendahkan pH air sungai
ia terurai kepada gas beracun
Rajah di bawah menunjukkan satu struktur polimer.
Antara struktur di bawah yang manakah adalah monomer yang menjadikan polimer tersebut?
Polimer yang digunakan untuk melapisi kuali tidak melekit ialah
Polistirena
Polivinilklorida
Politetrafloetena
Polimetil metakrilat
Polimer yang digunakan untuk membungkus barangan elektrik ialah
Polietena
Polistirena
Polipropilena
Polimetil matakrilat
Sumber utama bahan mentah bagi industri polimer hari ini datang daripada
udara
laut
batu arang
minyak mentah
Nilon tergolong dalam kumpulan
plastik
poliester
monomer
polimer sintetik
Dalam proses apakah makromolekul berpecah kepada molekul kecil?
Penapaian naci berglutin.
Tindak balas antara etana dan bromin
Tindak balas katalitik antara etena dan wap air.
Tindak balas antara alkohol dan kalium dikromat berasid.
Antara proses yang berikut yang manakah menghasilkan karbon dioksida dan air daripada polipropilena?
Penapaian
Pembakaran
Penukargantian
Hidrolisis
Antara yang berikut yang manakah bukan polimer?
Terilena
Propena
Kanji
PVC
Sebutan tak-terbiodegradasi bermaksud
tidak berbahaya kepada kehidupan manusia.
tidak mencemarkan alam.
tidak boleh diuraikan oleh bakteria.
tidak boleh diperolehi daripada sumber semulajadi seperti tumbuhan atau haiwan
Antara polimer berikut yang manakah terbakar dalam udara menghasilkan gas hidrogen klorida?
PVC
Nilon
Terilena
Polipropilena
Polimer selulosa boleh diwakili oleh struktur di bawah.
Apakah X?
Nitrogen
Karbon
Oksigen
Sulfur
Apabila kaca fotokromik terdedah kepada cahaya matahari, ia menjadi gelap.
Perubahan ini berlaku kerana
penguraian garam argentum halida kepada atom argentum dan halogen.
gabungan atom argentum dan halogen untuk membentuk garam argentum halida.
tindak balas antara garam argentum halida dengan oksigen di udara untuk menghasilkan argentum oksida gelap.
tindak balas antara garam argentum halida dan silikon(IV) oksida untuk menghasilkan sebatian gelap.
Unsur utama dalam kaca ialah
Plumbum
Boron
Silikon
Natrium
Antara jenis-jenis kaca berikut yang manakah mempunyai takat lebur paling rendah dan boleh diubah kepada pelbagai bentuk?
Kaca plumbum
Kaca soda
Kaca terlakur
Kaca borosilikat
Jenis kaca yang digunakan untuk membuat peralatan kaca makmal ialah
Kaca borosilikat
Kaca terlakur
Kaca plumbum
Kaca soda
Cermin hadapan kereta diperbuat daripada
kaca berlamina
kaca mengkonduksi
kaca borosilikat
kaca fotokromik
Cermin hadapan kapal terbang diperbuat daripada
kaca plumbum
kaca berlamina
kaca mengkonduksi
kaca fotokromik
Bahan komposit yang digunakan untuk membuat badan kereta lumba F1 ialah
plastik diperkuatkan dengan dawai besi
plastik diperkuatkan dengan gentian kaca
plastik diperkuatkan dengan gentian karbon
plastik diperkuatkan dengan kaca dan gentian karbon
Antara yang berikut yang manakah bahan komposit?
Teflon
Besi tahan karat
Superkonduktor
Kaca borosilikat
Gentian optik ialah bahan komposit.
Ia digunakan dalam
industri telekomunikasi
membuat peralatan sukan
industri pembinaan
membuat kanta
Antara pernyataan berikut yang manakah benar?
Besi lebih kuat berbanding keluli.
Keluli lebih mulur berbanding besi.
Keluli lebih mudah berkarat berbanding besi.
Ferum lebih mudah ditempa berbanding keluli.
Asid sulfurik pekat digunakan dalam pembuatan bahan pencuci.
Dalam proses tersebut asid sulfurik bertindak sebagai
mangkin
agen penghidratan
agen pengsulfonan
agen peneutralan
Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai asid sulfurik?
Ia adalah asid dibes.
Ia digunakan sebagai elektrolit dalam akumulator.
Ia digunakan sebagai agen pelunturan dalam mengitar semula kertas.
Ia bertindak sebagai agen pengsulfonan dalam pembuatan bahan pencuci.
Pilih Suhu : 450oC
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) oksida yang digunakan untuk mendapatkan hasil optimum dalam Proses Haber .
Suhu : 450oC
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) oksida
Suhu : 500oC
Tekanan : 200 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) oksida
Suhu : 450oC
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Serbuk ferum halus
Suhu : 500oC
Tekanan : 200 atmosfera
Mangkin : Serbuk ferum halus
Antara berikut yang manakah bukan kegunaan ammonia?
pembuatan urea
pembuatan bahan pewarna
pembuatan bahan pencuci
pembuatan asid nitrik
Dalam Proses Haber, bagaimanakah sumber hidrogen diperolehi?
Elektrolisis asid cair.
Penyulingan berperingkat udara.
Daripada tindak balas gas asli dan wap air.
Daripada tindak balas logam zink dan asid hidroklorik.
Antara baja bernitrogen berikut yang manakah mengandungi kandungan nitrogen yang paling tinggi?
(H=1, C=12, N=14, O=16, S=32)
NH4NO3
NH4)2SO4
(NH4)2CO3
CO(NH2)2
Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai Proses Haber?
Ferum(III) oksida digunakan sebagai mangkin dalam proses tersebut.
Mangkin meningkatkan hasil ammonia.
Nisbah nitrogen kepada hidrogen yang digunakan ialah 3 : 1.
Tekanan yang digunakan ialah 200 atmosfera.
Suatu bahan terdiri daripada rantai panjang dengan struktur yang ditunjukkan seperti di bawah.
Bahan ini ialah
polimer penambahan
polimer semulajadi
poliamida
poliester
Suatu bahan terdiri daripada rantai panjang dengan struktur yang ditunjukkan seperti di bawah
Polimer di atas boleh dinyatakan sebagai
polimer kondensasi
polimer semulajadi
karbohidrat
poliamida
Pempolimeran kondensasi akan berlaku apabila
monomer adalah gas.
monomer mempunyai ikatan ganda dua karbon=karbon
monomer mempunyai kumpulan berfungsi yang saling berhubung.
monomer mempunyai ikatan ganda dua karbon=karbon dan kumpulan berfungsi yang saling berhubung.
Antara yang berikut yang manakah bukan polimer kondensasi?
Terilena
Teflon
Nilon
Kanji
Antara yang berikut set yang manakah terdiri daripada fiber buatan?
Teflon, benang, terilena, nilon
Terilena, nilon, polipropena, sutera
Teflon, plietena, kapas, polistirena
Teflon, polivinilklorida, terilena, polistirena
Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang nilon?
Nilon ialah monomer.
Nilon ialah hidrokarbon
Nilon mempunyai struktur yang sama seperti protein.
Nilon mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen sahaja.
Antara pasangan polimer berikut yang manakah mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen?
Terilena dan protein
Nilon dan selulosa
Teflon dan protein
Nilon dan protein
Antara bahan-bahan di atas yang manakah membentuk polimer kondensasi?
I dan IV
II dan V
I dan V
IV dan V
Antara bahan-bahan di atas yang manakah membentuk polimer penambahan?
II, III dan VI
II dan III sahaja
II dan VI sahaja
III dan VI sahaja
Suatu bahan terdiri daripada unit-unit rantai panjang dengan struktur seperti yang ditunjukkan di bawah.
Bahan tersebut ialah
polimer penambahan
polimer semulajadi
poliamida
poliester
Rajah di bawah mewakili satu polimer semulajadi.
Polimer tersebut ialah
getah semulajadi
protein
kanji
sutera
Dalam pempolimeran etena kepada polietena, tiada perubahan dalam
formula empirik
takat didih
ketumpatan
jisim
Proses penghasilan polimer terilena dan nilon dipanggil
penambahan
penapaian
kondensasi
penghidrogenan
Struktur di bawah menunjukkan gentian buatan dipanggil polikarbonat.
Proses untuk menghasilkan polikarbonat ialah
hidrolisis
penapaian
pempolimeran penambahan
pempolimeran kondensasi
Suatu polimer mempunyai struktur seperti di bawah:
Apakah formula molekul bagi monomernya?
C2H4
C2H6
C3H6
C4H8
Palang besi dalam konkrit bertualang menyumbangkan ………. kepada konkrit.
kekuatan
kemuluran
kekuatan tegangan
tahan kakisan
Antara yang berikut yang manakah bukan bahan komposit?
Konkrit besi bertualang
Kaca berlamina
Gentian kaca
Seramik
Tayar adalah contoh bahan komposit.
Getah pada tayar diperkuatkan dengan
gentian karbon
gentian kaca
dawai besi
polimer
Siling plastik ialah bahan komposit yang diperbuat daripada kalsium seskuihidrat diperkuatkan dengan
gentian karbon
dawai besi
serat kaca
polimer
Kaca plumbum sesuai digunakan untuk membuat kanta kerana ia
mudah dibentuk kepada kanta cembung atau kanta cekung
tidak mudah dirosakkan oleh bahan kimia
mempunayi indeks biasan yang tinggi
tidak mudah terhakis
Matriks gentian kaca ialah
plastik
simen
seramik
wul kaca
Rajah P dan Q di bawah mewakili dua bahan.
Apakah bahan tersebut?
P : Komposit Q : Polimer
P : Polimer Q : Komposit
P : Komposit Q : Aloi
P : Aloi Q : Komposit
Seramik diperbuat daripada
Marmar
Simen
Silika, SiO2
Aluminosilikat hidrat
Logam oksida mempunyai takat lebur yang lebih daripada 2900oC dan digunakan sebagai refraktori dalam relau.
aloi
mangkin
sebatian
komposit
Rajah di bawah mewakili tiga bahan iaitu keluli, natrium klorida dan kuprum.
Kelaskan bahan-bahan berikut dengan betul.
I : Keluli II : Kuprum III : Natrium klorida
I : Kuprum III : Keluli III : Natrium klorida
I : Natrium klorida II : Keluli III : Kuprum
I : Natrium klorida II : Kuprum III : Keluli
Pilih keadaan yang digunakan dalam Proses Sentuh bagi mendapatkan hasil yang optimum.
Suhu : 450oC
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) oksida
Suhu : 500oC
Tekanan : 200 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) oksida
Suhu : 450oC
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Serbuk ferum halus
Suhu : 500oC
Tekanan : 200 atmosfera
Mangkin : Serbuk ferum halus
Carta alir di bawah menunjukkan penghasilan etena iaitu monomer yang digunakan untuk membuat polietena.
Namakan proses I dan II.
I : Peretakan
II : Penyulingan berperingkat
I : Penyulingan berperingkat
II : Peretakan
I : Penyulingan berperingkat
II : Pempolimeran
I : Peretakan
II : Pempolimeran
Secara kimia kita boleh membuat polietena daripada glukosa yang diperolehi daripada tebu seperti yang ditunjukkan dalam carta alir di bawah.
Namakan proses I, II dan III.
I : Penapaian
II : Penghidratan
III : Pempolimeran
I : Penapaian
II : Penghidrogenan
III : Pempolimeran
I : Peretakan
II : Penghidratan
III : Pempolimeran
I : Penapaian
II : Penghidrogenan
III : Kondensasi
Raket badminton ialah bahan komposit yang diperbuat daripada plastik diperkuatkan dengan gentian karbon.
Gentian karbon digunakan pada dawai keluli untuk menguatkan raket kerana karbon
tahan kakisan
lebih ringan daripada keluli
lebih kuat daripada keluli
tidak mudah pecah berbanding keluli
Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk membentuk kapal terbang.
Apakah bahan X, Y dan Z yang digunakan untuk membuat pelbagai bahagian kapal terbang?
X : Polimer
Y : Aloi
Z : Komposit
X : Kaca
Y : Logam
Z : Komposit
X : Polimer
Y : Aloi
Z : Kaca
X : Polimer
Y : Aloi
Z : Komposit
Sifat-sifat fizik seramik termasuk yang berikut:
Kuat tetapi rapuh
Penebat elektrik
Mempunyai takat lebur yang rendah
Tidak boleh dirosakkan oleh bahan kimia.
Sifat-sifat fizik kaca termasuk yang berikut:
tahan terhadap bahan kimia menghakis
tak telap kepada air
lutsinar
rapuh
