WorksheetsSIRAH TING 2 2018
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Nama penuh Nabi Muhammad SAW ialah________________
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Abdullah bin Osman bin Amir bin Amru bin Ka'ab
Al-Amin adalah gelaran _____________
Nabi Muhammad SAW
Saidina Abu Bakar
Tarikh Lahir Rasulullah SAW ialah pada _________________
12 Rabiul Awwal Tahun Gajah
Tahun 572 m
Ibu susuan baginda SAW ialah _____________
Aminah binti Wahab
Suwaibatul Aslamiah
Baginda SAW mengembala _____________ bersama-sama dengan saudara susuan di perkampungan bani saad.
kambing
unta
Rasulullah SAW membawa barang dagangan saidatina Khadijah ke syam dengan dibantu oleh ______________ , seorang pekerja lelaki saidatina Khadijah.
Maisarah
Sumayyah
Ketika Nabi SAW berumur _________ tahun, Mekah dilanda banjir besar sehingga meruntuhkan dinding Kaabah.
35 tahun
25 tahun
Rasulullah SAW bersendirian di Gua Hira' untuk beribadat dan memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah ketika usia baginda _____________ .
40 tahun
50 tahun
Orang pertama yang beriman dan menyokong dakwah baginda SAW ialah _______________
Abu Jahal
Abu Bakar As-Siddiq
Sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj, baginda SAW berusia _____________
51 tahun
41 tahun
Sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj, baginda SAW menjadi imam solat kepada para nabi di ______________ .
Masjidil Aqsa
Masjid Nabawi
Di Madinah, baginda SAW menggubal ______________ sebagai asas pembentukan negara.
Piagam Madinah
Fathu Mekah
Jahiliah bermaksud __________________ .
tidak tahu, bodoh atau jahil
jihad di jalan Allah
Semua di bawah ini adalah agama yang tidak menyembah Allah SWT, kecuali ______________
Agama Yahudi
Agama Majusi
Kepercayaan anamisme
Agama Hanif
Pada zaman jahiliah, terdapat sebanyak _____________ berhala di sekitar Kaabah.
360
180
270
90
________________ ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat. Mereka menyembah alam seperti matahari, bintang dan pokok.
Kepercayaan Anamisme
Kepercayaan Majusi
Antara akhlak baik masyarakat arab jahiliah ialah _______________
mengamalkan bigami
pewarisan harta hanya pada lelaki
menghormati bulan haram
membunuh anak perempuan
Di bawah ini adalah khulafak ar-rasyidin, kecuali _______________
Abu Bakar As-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Ali bin Abu Talib
Abu Hurairah ra
Keempat-empat khulafak ar-rasyidin dilahirkan di _____________ .
Mekah
Madinah
Palestin
Bosnia
Sumbangan beliau ialah menubuhkan Majlis Syura. Beliau yang dimaksudkan adalah ________________
Khalifah Umar bin Al-Khattab
Khalifah Uthman bin Affan
Beliau memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan yang murtad dan nabi palsu. Beliau yang dimaksudkan adalah ______________ .
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Khalifah Umar bin Al-Khattab
Beliau telah membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat Al-Quran yang dikenali sebagai "Mushaf Uthmani". Beliau yang di maksudkan adalah _____________ .
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abu Talib
Gelaran beliau ialah Al-Faruq. Beliau ialah _____________ .
Saidina Umar bin Al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Gelaran beliau ialah Zunnurain ( yang memiliki dua cahaya kerana beliau berkahwin dengan dua puteri Rasulullah SAW). Beliau ialah ______________ .
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Umar bin Al-Khattab
____________ ialah panggilan kepada seseorang di samping nama atau gelaran, dengan meletakkan "abu" bagi lelaki dan "ummu" bagi perempuan di awal sesuatu nama.
Kuniyyah
Kuliyyah
