Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa/Simpulan Bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apabila melihat barang-barang yang ditawarkan sangat cantik dan murah, Wawa menjadi.......

a)

Rabun Mata

b)

Rambang mata

c)

Mata Keranjang

d)

Mata duitan

2.

Kata-kata Zakri yang agak kasar tadi membuatkan Fiqa............

a)

Besar hati

b)

Hancur Hati

c)

Kecil hati

d)

Hati batu

3.

Fared yang terkenal dengan sifat pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan bole diibaratkan sebagai..........

a)

Ringan mulut

b)

Kata putus

c)

Jaga Mulut

d)

Diam-diam ubi

4.

Siman dan Shahrani sering bertengkar apabila bertemu ibarat........................

a)

air dicencang tiada putus

b)

bagai aur dengan tebing

c)

seperti kacang lupakan kulit

d)

anjing dengan kucing

5.

Pegawai Unit Antipencatutan sering bantu-membantu antara satu sama lain bagai..............................

a)

aur dengan tebing

b)

pahat dengan penukul

c)

ringan tulang

d)

memerah otak

6.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung............... bercabang tiga,


Sila lengkapkan pantun diatas dengan perkataan yang sesuai.

a)

Datuk

b)

Daik

c)

Daeng

d)

Dadu

7.

Lengkapkan pantun di bawah:


Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan......................................

a)

rayu-rayuan

b)

malu-maluan

c)

rindu-rinduan

d)

panggil-panggilan

8.

Lengkapkan pantun dibawah:


Paku dulang paku serpih,

Mengata............ dia yang lebih.

a)

orang

b)

saya

c)

kami

d)

pengarah

9.

Lengkapkan pantun dibawah:


Ayam hutan terbang ke hutan,

Tali tersangkut pagar duri,

Adik bukan ............. pun bukan,

Hati tersangkut kerana budi.

a)

saudara

b)

kawan

c)

member

d)

makwe

10.

Lengkapkan pantun dibawah:


Kajang Pak Malau, Kajang berlipat,

Kajang Hamba, ........................

Dagang Pak Malau, dagang bertempat,

Dagang hamba, musafir lalu.

a)

mengkuang layu

b)

berjalan lalu

c)

sambil lalu

d)

mata layu

11.

En.Tarmimi telah menghadiahkan pengasah penselnya kepada En.Fuzi, namun beliau telah mengambilnya semula dengan selamba. Sikap beliau itu boleh diibaratkan sebagai...............

a)

buruk perangai

b)

buruk siku

c)

buruk tumit

d)

buruk segalanya buruk

12.

Safwan boleh diibaratkan sebagai...................... kerana suka mengganggu orang yang lalu-lalang dihadapannya.

a)

kacang hantu

b)

kacang hijau

c)

kacang-kacang

d)

kacang panjang

13.

Termizi seorang yang............................. kerana sikapnya yang mudah marah dan cepat meradang.

a)

telinga kuali

b)

telinga nipis

c)

telinga capang

d)

telinga badang

14.

Walaupun kerap dinasihati oleh ketua kampung, namun En.Naza tetap berdegil untuk membela kucing dirumahnya. Pendek kata en.naza.......................

a)

berhati batu

b)

berhati senang

c)

berhati ayam

d)

berhati-hati

15.

Isikan tempat kosong untuk peribahasa dibawah:


Bulat air kerana pembentung,

Bulat manusia kerana..............................

a)

muafakat

b)

mesyuarat

c)

masyarakat

d)

tiada jawapan di atas

16.

Isikan tempat kosong untuk peribahasa dibawah:


Bara yang di......................., biar sampai jadi arang.

a)

pegang

b)

genggam

c)

simpan

d)

kemam

17.

Isikan tempat kosong untuk peribahasa dibawah:


Hati gajah sama dilapah,

Hati kuman sama di...............

a)

cecah

b)

kupas

c)

siang

d)

makan

18.

Akhirnya Wak Li dapat kembali berkhidmat di Negeri Sembilan, ibarat.............................................

a)

ikan pulang ke lubuk

b)

mengantuk disorong bantal

c)

pelanduk lupakan jerat

d)

hujan emas ditempat orang

19.

Lengkapkan peribahasa dibawah:


"Yang bulat tidak datang menggolek, yang .................... tidak datang melayang"

a)

pipih

b)

nipis

c)

leper

d)

kurus

20.

Lengkapkan peribahasa dibawah:


"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau................."

a)

menguap

b)

menguak

c)

mengembu

d)

mengaum