NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji Sejarah SPM
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
Harappa dan Mohenjo Daro merupakan contoh bandar terancang dalam Tamadun Indus.
Apakah faktor yang mendorong pembinaan bandar tersebut?
Kemahiran ilmu geometri
Kegiatan bidang keagamaan
Kejayaan kegiatan penerokaan
Keluasan kawasan pemerintahan
Apakah kepentingan kalendar yang digunakan oleh raja-raja Dinasti Shang?
Meraikan hari kelahiran
Menentukan musim menuai
Mengesahkan pelantikan raja
Menetapkan tarikh berperang
Gambar berikut menunjukkan Tembok Besar China yang mula dibina oleh Shih Huang Ti pada kurun ke-3 SM.
Apakah tujuan tembok tersebut di bina?
Mengatasi bencana alam
Memenuhi tuntutan rakyat
Menentukan sempadan negeri
Menjamin keselamatan wilayah
· Sukan
· Kesusasteraan
· Seni berpidato
Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?
Menanam sikap berani
Melatih pemimpin tempatan
Melahirkan individu seimbang
Mengukuhkan semangat patriotisme
Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kerajaan Angkor.
Ø Menghasilkan beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.
Apakah faktor kejayaan tersebut?
Membuka kawasan baru
Membina sistem pengairan
Membawa masuk buruh luar
Menggunakan tanaman bergilir
Apakah yang dapat dikaitkan dengan orde kosmos dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?
Pertabalan raja
Pemerintahan demokrasi
Pembinaan kompleks kota
Pentadbiran oleh pembesar
# Berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib
Maklumat di atas berkaitan dengan perang al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah.
Apakah faktor peperangan tersebut berlaku?
Pembunuhan anggota kabilah
Perebutan harta rampasan perang
Perselisihan tentang hak perniagaan
Pencerobohan kawasan petempatan
Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.
Ø Al-Arqam Bin Abu Arqam
Apakah sumbangan yang dimaksudkan?
Mengumpul ayat al-Quran
Mengetuai hijrah ke Habsyah
Mewakafkan rumah sebagai pusat dakwah
Menyampaikan maklumat kegiatan musuh
A: Kita telah berjaya membantu Bani Bakar menentang Bani Khuza’ah
B: Betul. Tapi kita telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.
Apakah kesan tindakan di atas?
Penyebaran Islam tersekat
Penduduk Madinah terancam
Pembukaan semula kota Makkah
Penghijrahan ke Habsyah terhalang
Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam.
Antara berikut, yang manakah yang berkaitan dengan mereka?
Diwajibkan menyertai kerahan tenaga
Dikenakan bayaran cukai tambahan
Ditugaskan membina sistem pengairan
Dilantik mengetuai pentadbiran kerajaan
# Memajukan sistem pertahanan
Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
Apakah kemajuan sistem pertahanan yang dimaksudkan?
Mewujudkan pasukan tentera tetap
Membina penempatan tentera
Menubuhkan angkatan tentera laut
Melantik panglima tentera sebagai gabenor
Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?
Seni tari
Seni bina
Seni lukis
Seni teater
# John Crawford
# Snouck Hurgronje
# Emanuel Gadinho Eredia
Persamaan tokoh tersebut tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah melalui
Perkahwinan
Pemerintah
Penaklukan
Perdagangan
Tokoh : Bendahara Tun Perak
Negeri : Melaka
Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
Bagaimanakah beliau melaksanakannya?
Mendirikan pusat pengajian
Menjalankan perluasan kuasa
Menterjemahkan kitab agama
Mengislamkan golongan pemerintah
# Maulana Jalaludin
# Maulana Abu Bakar
# Makhdum Sadar Jahan
Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan tokoh tersebut?
Meluluskan sistem perundangan
Menetapkan istiadat diraja
Mengetuai utusan perang
Menasihati pemerintah
Mengapakah institusi Baitul Mal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
Menetapkan kadar cukai
Menguruskan harta kerajaan
Mengendalikan adat istiadat istana
Menentukan bidang tugas pembesar
Pada kurun ke-15, Sepanyol dan Portugal bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di luar Eropah.
Apakah kesan persaingan tersebut?
Pemantapan kerjasama ketenteraan
Perkongsian pelabuhan entreport
Pengukuhan institusi keagamaan
Pembahagian kawasan pengaruh
Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada kurun ke-15?
# Peru
# Mexico
Pemerintahan tradisional dikekalkan
Kemusnahan tamadun tempatan
Taraf hidup masyarakat berkembang
Perdagangan antarabangsa meningkat
