Font size
WorksheetsSPM K1 T4B5
Total questions: 35
Worksheet time: 3hrs 55mins
SPMU 2018
Uthman bin Affan dihantar untuk berunding enggan orang Quraisy Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah dalam perjalanan menuju ke Makkah.
Apakah faktor pemilihan beliau? T4 B5 ms 132 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Memiliki sifat diplomasi
Keturunan Bani Hasyim
Disokong kaum Ansar
Seorang hartawan
SPM 2017
Perkara berikut berkaitan dengan hak orang Yahudi dalam kerajaan Madinah. T4 B5 ms 127 [ P6 B5-B6 ]
Mendapat hak yang sama
Jaminan keselamatan
Hak tersebut terjamin selagi mereka
terlibat dalam pentadbiran negara
berkhidmat sebagai tentera
mematuhi prinsip piagam
menghormati ajaran Islam
SPMU 2017
Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW telah menguasai semula kota Makkah.
Apakah kesan peristiwa tersebut? T4 B5 ms 136 [ P3 B3-B4 ]
Pembahagian wilayah
Bilangan penduduk bertambah
Sistem kabilah diteruskan
Unsur jahiliah dihapuskan
SPMU 2017
Setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi, Rasulullah SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan menemui pemimpin Quraisy di Makkah.
Mengapakah Rasulullah SAW bertindak sedemikian? T4 B5 ms 132 [ P1 B5-B6 ]
Memberi peringatan
Menjelaskan tujuan kedatangan
Membuat rundingan kedamaian
Meninjau kekuatan tentera musuh
SPMU 2017
Gambar 1 menunjukkan sambutan Maal Hijrah di Malaysia. T4 B5 ms 123 [ P3 B9 ]
Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati
perjuangan umat Islam
turunnya wahyu pertama
pembukaan semula kota Makkah
kelahiran Nabi Muhammad SAW
SPM 2016
Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Menjalin hubungan persaudaraan
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan? T4 B5 ms 124 [ P4 B4 ]
Melantik gabenor sebagai pentadbir
Menyatukan wilayah-wilayah kecil
Menubuhkan pasukan tentera tetap
Menggubal perlembagaan negara
SPM 2016
Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah? T4 B5 ms 134 [ P1 B7-B8 ]
Pembebasan golongan hamba
Pemulauan keluarga Bani Hashim
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj
SPMU 2016
Jadual 1 berkaitan dengan peristiwa hijrah dalam sejarah Islam.
1 Rabiulawal ( 12 September 622 Masihi )
Penghijrahan orang islam Makkah ke Madinah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut? T4 B5 ms 122 [ P3 B1-B2 ] & ms 127 [ P1 B8 ]
Persaudaraan ummah diperkukuh
Kerajaan yang adil dibentuk
Perang saudara tamat
Struktur masyarakat berubah
SPMU 2016
Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah? T4 B5 ms 134 [ P1 B7-B8 ]
Penyeksaan terhadap golongan hamba
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim
Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj
SPM 2015
Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut? T4 B5 ms 119 [ P1 B3 ]
Menyediakan tempat tinggal
Menjanjikan keselamatan
Kesediaan mempertahankan Islam
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Aqabah
Baiah al-Ridwan
Majlis Tahkim
SPM 2015
Rajah 1 berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W.
Apakah X? T4 B5 ms 121 [ RAJAH ]
Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah
Sepakat membina masjid al-Nabawi
Muafakat dengan golongan Ansar
Bersembunyi di Gua Thur
SPMU 2015
Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Apakah bentuk bantuan yang diberikan? T4 B5 ms 120 [ P3 B9-B10 ]
Kawalan keselamatan
Menjadi penunjuk jalan
Menyiasat pergerakan musuh
Membekal barang keperluan
SPMU 2015
Maklumat berikut berkaitan dengan pembukaan semula kota Makkah. T4 B5 ms 136 [ P4 B5 ]
630 Masihi--- Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah
Apakah kepentingan peristiwa tersebut terhadap kerajaan Islam Madinah?
Penerusan sistem kabilah
Membasmi kemiskinan
Memperkukuh negara
Pertambahan penduduk
SPM 2014
Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiyah
630 Masihi ---- Orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah
Apakah kesan peristiwa tersebut? T4 B5 ms 133 [ P6 B7 ]
Kota Makkah dikuasai Islam
Sistem kabilah dimansuhkan
Urusan perdagangan terjejas
Penduduk Madinah berhijrah
SPM 2014
Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah? T4 B5 ms 124 [ P4 B4 ]
Menyatukan wilayah
Menyusun perlembagaan
Mengadakan rundingan damai
Meminta bantuan orang Badwi
SPM 2014
Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah? T4 B5 ms 127 [ P6 B2 ]
Memimpin angkatan tentera
Menjadi pentadbir wilayah
Diberi pengecualian cukai
Diiktiraf sebagai rakyat
SPMU 2014
Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam? T4 B5 ms 118 [ P1 B9-B10 ]
Keluasan wilayah
Ketiadaan ajaran agama
Penguasaan ekonomi oleh Yahudi
Perbalahan antara suku
SPMU 2014
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah. T4 B5 ms 118 [ P3 B10-B12 ]
621 Masihi --- Perjanjian Aqabah Pertama ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan suku Aus dan Khazraj.
Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?
Memutuskan hubungan dengan Yahudi
Rasulullah menjadi ketua negara
Beriman kepada Allah dan rasul
Membantu dalam perjuangan
SPM 2013
Rajah 1 menunjukkan syarat Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah). T4 B5 ms 133 [ P3 B4-B5 ]
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Penghijrahan penduduk berkurangan
Pertambahan wilayah jajahan
Peluasan penyebaran Islam
Pengukuhan angkatan tentera
SPM 2013
Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian. T4 B5 ms 120 [ P2 B6-B9 ]
Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut?
Diberi sambutan meriah
Dijemput penduduk tempatan
Galakan oleh pemimpin Quraisy
Mendapat bantuan masyarakat Arab
SPM 2012
Maklumat berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Semenanjung Tanah Arab
630 Masih----- Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku? T4 B5 ms 134 [ P1 B7-B8 ]
Tentera Quraisy menyerah kalah
Sistem pertahanan Quraisy lemah
Pihak Quraisy mencabuli isi perjanjian
Kaum Quraisy membunuh orang Islam
SPM 2012
Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Apakah bentuk bantuan yang diberikan? T4 B5 ms 120 [ P3 B9-B10 ]
Mengawal keselamatan
Menjadi petunjuk jalan
Menyiasat pergerakan musuh
Membekal barang keperluan
SPM 2012
Maklumat berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Quraisy Makkah. T4 B5 ms 130 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Perang Khandak 627 Masihi----- Tentera Islam menang
Apakah faktor kemenangan tentera Islam dalam peperangan tersebut?
Peralatan yang canggih
Bilangan tentera ramai
Bantuan luar diperolehi
Strategi perang mantap
SPM 2011
Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah. T4 B5 ms 134 [ P1 B9 ]
Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?
Peluasan kegiatan tentera Quraisy
Penguasaan ekonomi oleh Rom
Penawanan khalifah perdagangan Parsi
Pembunuhan seorang anggota Bani Khuza’ah
SPM 2011
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammaad SAW pada tahun 622 Masihi? T4 B5 ms 128 [ P1 B2 ]
Memberi panduan pemerintahan negara
Melindungi tradisi masyarakat Arab
Menamatkan permusuhan dengan Rom
Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
SPM 2010
Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah? T4 B5 ms 127 [ P6 B1- B6 ]
Diiktiraf sebagai penduduk Madinah
Bebas menjalinkan hubungan dengan pihak luar
Terlibat dalam pentadbiran negara
Dijamin keselamatan selagi setia
SPM 2010
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas perang Badar berakhir.
Mengampunkan tawanan perang
Membebaskan tawanan wanita
Apakah kesan daripada tindakan tersebut? T4 B5 ms 131 [ P2 B6-B7 ]
Suku yang bertelagah berdamai
Islam diterima dengan kerelaan
Kebebasan beragama diamalkan
Pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam
SPM 2009
Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
Apakah kesan daripada pencabulan tersebut? T4 B5 ms 133 [ P6 B7 ]
Penyebaran Islam tergendala
Pembukaan semula kota Makkah
Penduduk Madinah semakin terancam
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang
SPM 2008
Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam
Abdullah bin Abu Bakar
Amir bin Fuhairah
Abdullah bin Arqat
Apakah sumbangan mereka?T4 ms120 [SUDUT MAKLUMAT]
Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam
Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah
Meneruskan dakwah ke Taif
Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
SPM 2008
Pernyataan berikut merupakan satu daripada syarat Perjanjian Hudaibiyah.
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat tersebut walaupun tidak dipersetujui para sahabat yang lain? T4 B5 ms 133 [ P3 B4-B5 ]
Mengelakkan peperangan
Mempertahankan imej Islam
Memelihara hubungan kekeluargaan
Memudahkan penyebaran agama Islam
SPM 2007
627 Masihi ---- Perang Khandak
Maklumat di atas berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Islam dengan pihak Quraisy Makkah. T4 ms 130 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Apakah strategi Nabi Muhammad SAW dalam peperangan tersebut?
Menggali parit
Perang gerila
Serang hendap
Membina tembok
SPM 2007
630 Masihi ===== Nabi Muhammad SAW membuka semula kota Makkah.
Apakah kepentingan peristiwa di atas terhadap kerajaan Islam Madinah? T4 ms B5 134 [ P2 B3 ]
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Penerusan sistem kabilah
Memperkukuh negara
Pertambahan penduduk
SPM 2005
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah? T4 B5 ms 122 [ P3 B7-B13 ]
Terbinanya bangunan yang lengkap
Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah
Wujudnya gelaran Muhajirin dan Ansar
Mempersaudarakan orang Islam Mekah dengan orang Islam Madinah
SPM 2005
Sambutan Maal Hijrah diadakan setiap tahun di Malaysia bagi memperingati T4 B5 ms 123 [ P3 B9 ]
Perjuangan umat Islam
Turunnya wahyu pertama
Pembukaan kota Makkah
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
SPM 2004
Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam? T4 B5 ms 130 [ P1 B1 ]
Meluaskan wilayah
Mempertahankan diri
Menjaga harta benda
Menguasai ekonomi
