NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Penggal 1 STPM
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
X - Diftong
Y - Vokal rangkap
Yang manakah padanan yang betul bagi perkataan yang mengandungi X dan Y?
X - Belai / Y - Raut
X - Pulau / Y - Salai
X - Relai / Y - Saudagar
X - Kaut / Y - Sepoi
Yang manakah frasa yang mengandungi diftong?
Raut wajah ibu
Daun pokok bunga
Amat diminati ramai
Menyertai peraduan itu
Vokal depan luas + letupan gusi tak bersuara + vokal depan luas + letupan dua bibir tak bersuara
Percantuman bunyi-bunyi di atas menghasilkan perkataan
adat
epal
atap
esak
- Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi untuk membuat sekatan
- Udara yang tersekat pada bahagian pertemuan itu dilepaskan dengan serta-merta
- Pita suara tidak bergetar
Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas?
tarah, putus, sekat
dasar, talam, kotak
tabur, indah, tekad
badak, duta, mantap
Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi bunyi separuh vokal?
cadang, yakin, larang
wajah, kawah, bayang
bawang, parang, payung
pawang, kampung, kenyang
Yang manakah perkataan perkataan yang mengandungi konsonan sengau gusi?
I. sunyi
II. timun
III. lontar
IV. tangga
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah perkataan yang kesemua konsonannya terdiri daripada konsonan tak bersuara?
bujur
gelas
petak
madah
Yang manakah jenis konsonan yang kesemuanya bersuara?
geseran
letusan
letupan
sengauan
Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal depan separuh sempit?
I. gelek - telek
II. herot - remah
III. berang - telur
IV. belat - keladi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi konsonan pinjaman geseran bibir-gigi tak bersuara?
I. [formal]
II. [wakaf]
III. [universiti]
IV. [vitamin]
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
