NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Name
Class
Date
1.
Berasa aib atau perasaan tidak selesa untuk melakukan sesuatu yang buruk kerana tidak mahu dihina. Ia membawa kepada maksud kepada sifat………………….
a)
Rendah diri
b)
Malu
c)
Ikhlas
d)
Baik hati
2.
Sifat malu termasuk dalam sifat……………….
a)
Mazmumah
b)
Mahmudah
c)
Mukminah
d)
Mutma’innah
3.
Yang manakah sifat malu yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
a)
Berhijrah ke madinah untuk membebntuk sebuah kerajaan Islam
b)
Menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat arab Quraisy di Mekah
c)
Melakukan banyak ibadat untuk menjadi hamba yang bersyukur
d)
Melakukan amar makruf dan nahi mungkar
4.
Berikut adalah sifat malu yang dituntut dalam Islam, kecuali…….
a)
Malu melakukan perkara maksiat
b)
Malu melanggar perintah Allah
c)
Malu meninggalkan perkara sunat
d)
Malu meninggalkan perkara makruh
5.
Malu berada dalam majlis ilmu termasuk dalam ……………….
a)
Malu melakukan kebaikan
b)
Malu melakukan perintah Allah
c)
Malu dalam menuntut ilmu
d)
Malu meninggalkan larangan Allah
6.
Malu untuk menghormati ibu bapa termasuk dalam kategori sifat malu yang dilarang….
a)
Malu melakukan kebaikan
b)
Malu melakukan perintah Allah
c)
Malu dalam menuntut ilmu
d)
Malu meninggalkan larangan Allah
7.
Orang yang beriman sentiasa malu ……………….
a)
Malu meninggalkan larangan Allah
b)
Malu meninggalkan perintah Allah
c)
Malu meninggalkan perkara sunat
d)
Malu meninggalkan perkara makruh
8.
Yang manakah bukan kepentingan sifat malu?
a)
Menyerlahkan kecantikan akhlak
b)
Terhindar daripada melakukan maksiat
c)
Berlumba-lumba mentaati perintah Allah
d)
Mencemarkan maruah diri
9.
Apakah maksud Mahabbah pada bahasa?
a)
Kejujuran
b)
Kasih sayang
c)
Keikhlasan
d)
Kebaikan
10.
Berikut adalah bukti sifat kasih sayang Rasulullah S.A.W, kecuali
a)
Mengucup cucu kesayangan
b)
Menjahit sendiri pakaian baginda yang koyak
c)
Mendapat gelaran” Abu Hurairah” kerana terlalu sayangkan kucing
d)
Mendoakan kebaikan untuk umat Islam
11.
Yang manakah bukan sifat kasih sayang yang diredhai Allah?
a)
Cinta kepada Allah dan Rasulullah
b)
Mengasihi ibu bapa dan sanak keluarga
c)
Menyayangi saudara seagama
d)
Cinta yang mengatasi batas syarak
12.
Apakah contoh bagi kasih demi kepentingan kebendaan?
a)
Membantu orang miskin dan anak yatim
b)
Cinta kerana rupa paras, harta dan pangkat
c)
Melakukan amar makruf dan nahi mungkar
d)
Cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi
13.
Mengasihi orang yang lebih muda termasuk dalam sifat……………..
a)
Cinta kepada Allah dan Rasulullah
b)
Mengasihi iu bapa dan sanak keluarga
c)
Menyayangi saudara seagama
d)
Cinta demi kepentingan kebendaan
14.
Berikut adalah cara untuk menyuburkan sifat kasih sayang, kecuali……
a)
Menjaga tutur kata
b)
Menziarahi anggota keluarga
c)
Menutup aib orang lain
d)
Bersangka buruk terhadap orang lain
15.
Yang manakah bukan hikmah sifat kasih sayang dalam kehidupan?
a)
Dapat menyatakan rasa cinta kepada kekasih ajnabinya
b)
Dapat meraikan perasaan cinta mengikut syariat
c)
Dapat memenuhi tuntutan agama kerana Allah dan Rasul-Nya
d)
Dapat memperolehi harta dan kemewahan hidup yang berkat
16.
Apakah hukum berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
a)
Wajib
b)
Sunat
c)
Harus
d)
Makruh
17.
Berikut adalah cara beradab kepada ibu bapa dari aspek hati, kecuali……
a)
Berkasih sayang terhadap ibu bapa
b)
Menziarahi ibu bapa
c)
Perihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar
d)
Hormat menghormati antara satu sama lain
18.
Yang manakah bukan cara beradab terhadap ibu bapa dengan percakapan?
a)
Mendoakan keduanya kebaikan
b)
Bersopan santun ketika bercakap
c)
Menggunakan suara yang lembut
d)
Memberi nafkah kepada ibu bapa
19.
Apakah kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga?
a)
Mendapat harta kekayaan daripada mereka
b)
Melaksanakan perintah Allah dan rasul-Nya
c)
Membina kewibawaan diri
d)
Membina keluarga yang bahagia
20.
Ramai anak-anak di zaman kini yang sering menderhakai kedua ibu bapa. Yang manakah bukan punca yang mendorong berlakunya perkara begini
a)
Kurang penghayatan agama dalam kehidupan
b)
Kurang menghayati pengajaran agama di sekolah
c)
Terpengaruh dengan perlakuan rakan yang negetif
d)
Mereka bukan ibu bapa kandung
21.
Berikut adalah akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga terhadap individu, kecuali……
a)
Tidak dihormati oleh masyarakat
b)
Mendapat kemurkaan Allah
c)
Disisih oleh ibu bapa dan keluarga
d)
Berdosa besar
22.
Apakah hukum berbuat baik kepada jiran di dalam Islam?
a)
Makruh
b)
Sunat
c)
Harus
d)
Wajib
23.
Siapakah jiran?
a)
Orang-orang Islam yang tinggal di sekeliling rumah kita
b)
Orang yang tinggal sekitar kampung kita
c)
Orang yang tinggal berdekatan sehingga empat puluh buah rumah dari setiap penjuru
d)
Orang yang tinggal di sebelah menyebelah rumah kita dan berkawan rapat
24.
Berikut adalah adab berjiran amalan Rasulullah, kecuali……
a)
Meminta tetamu member salam di tepi pintu supaya tidak ternampak aib di dalam rumah
b)
Meminta agar tidak menyapa jiran musyrikin dan jiran yahudi
c)
Meminta supaya jiran diberi keutamaan dalam urusan berjual beli
d)
Memberikan hadiah dan makanan kepada jiran
25.
Pilih hak bagi kategori muslim yang bukan kerabat.
a)
Tiada hak
b)
Hak muslim, kerabat dan jiran
c)
Hak muslim dan jiran
d)
Hak jiran
26.
Amalan “ Amar makruf dan nahi mungkar “ adalah contoh kewajipan yang perlu dilakukan terhadap………………..
a)
Muslim, kerabat dan jiran
b)
Muslim, kerabat dan bukan jiran
c)
Bukan muslim
d)
Muslim yang bukan kerabat
27.
Berikut adalah kewajipan terhadap jiran yang bukan Islam, kecuali……………..
a)
Menjaga rumah jiran ketika ketiadaannya
b)
Memberi nasihat dan mengajak jiran berbuat baik
c)
Tidak mengintai aurat jiran
d)
Mengambil berat terhadap penderitaan yang ditanggung terhadap jiran
28.
Yang manakah bukan kewajipan berjiran yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian?
a)
Bersifat mazmumah terhadap jiran
b)
Berbicara mengikut keperluan
c)
Melahirkan simpati terhadap kesusahan jiran
d)
Menjaga harta benda jiran
29.
Berikut adalah kewajipan terhadap jiran yang bukan Islam, kecuali……………..
a)
Melahirkan masyarakat yang bersatu padu
b)
Sentiasa berasa selamat dan selesa hidup berjiran
c)
Penderitaan hidup jiran tidak terbela
d)
kemungkaran mudah dicegah
30.
Perkataan “ Masjid “ berasal daripada perkataan dasar …………….
a)
Sajadah
b)
Sujud
c)
Sajada
d)
Sujjida
31.
Apakah maksud masjid pada istilah syarak?
a)
Tempat yang dibina untuk solat fardhu dalam setiap kampung
b)
Tempat yang dibina untuk solat lima waktu dan solat sunat bagi orang Islam
c)
Tempat yang dibina untuk solat fardhu dalam setiap taman perumahan
d)
Tempat yang dibina untuk tempat perjumpaan bagi orang Islam
32.
Yang manakah bukan adab ketika masuk ke dalam masjid?
a)
Mendahului kaki kanan
b)
Tidak membawa sesuatu yang berbau
c)
Berniat iktikaf
d)
Membaca selawat ketika melihat masjid
33.
Berikut adalah adab keluar dari masjid, kecuali……
a)
Memberi salam kepada jemaah yang tinggal
b)
Memulakan langkah dengan kaki kiri
c)
Memperkatakan sesuatu yang berfaedah
d)
Membaca doa ketika keluar masjid
34.
Yang manakah bukan hikmah beradab di masjid.
a)
Merasai ketenangan jiwa
b)
Mengeratkan persaudaraan sesama Islam
c)
Memperkasakan fungsi masjid
d)
Mendapat pujian daripada rakan-rakan
35.
Berikut cara mengimarahkan masjid KECUALI
a)
Mewujudkan bilik bagi musafir
b)
Sentiasa mengunci masjid
c)
Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik
d)
Menunaikan solat fardhu berjemaah
Reset
