Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 (AL-QURAN 2)

Total questions: 39

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Sabda Rasulullah S.A.W:


إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ"


Apakah maksud bagi potongan hadis bergaris?

a)

Sesungguhnya yang halal itu baik dan yang haram itu jahat

b)

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas

c)

Sesiapa saja boleh makan yang halal dan menjauhi yang haram

d)

Sesungguhnya yang halal dapat pahala dan yang haram dapat dosa

2.

Pilih maksud halal yang tepat.

a)

Sesuatu yang halal dimakan

b)

Sesuatu yang diperolehi dengan cara yang betul

c)

Sesuatu ibadat kita yang diterima Allah

d)

Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak

3.

Apakah contoh makanan yang haram dalam Islam?

a)

Minum air kopi

b)

Makan khinzir

c)

Minum air sirap

d)

Makan ayam

4.

Manakah potongan hadis yang membawa maksud : “seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan”

a)

ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً

b)

كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ

c)

وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ

d)

ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ

5.

Aminah terbeli produk makanan luar Negara yang tidak mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Maka makanan yang dibeli olehnya termasuk dalam hukum……

a)

Halal

b)

Haram

c)

Syubhah

d)

Makruh

6.

Berikut adalah hikmah menjauhi perkara yang haram, kecuali……

a)

Memelihara kesehatan daripada kemudharatan

b)

Menjadikan seseorang mendapat kekayaan

c)

Menjaga nasab

d)

Menjamin kewarasan akal fikiran

7.

Apakah peranan anggota manusia dalam potongan hadis di bawah


إنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً

a)

Akal merupakan pemimpin bagi badan

b)

Jantung merupakan pemimpin bagi badan

c)

Tangan merupakan pemimpin bagi badan

d)

Hati merupakan pemimpin bagi badan

8.

Yang manakah bukan ciri-ciri hati yang bersih.

a)

Berkeluh kesah

b)

Gementar hati apabila disebut nama Allah

c)

Tidak tertarik dengan nafsu keduniaan

d)

Sabar dan tenang

9.

Apakah maksud Al-Qadir pada bahasa?

a)

Yang Berkuasa

b)

Yang Menentukan

c)

Yang Bijaksana

d)

Yang Menguasai segalanya

10.

Apakah nama Allah yang menunjukkan Allah yang Maha Kuasa menentukan segala perkara berdasarkan kehendak (Iradat ) dan Ilmunya?

a)

المنتقم

b)

المقدم

c)

القادر

d)

القوى

11.

Apakah bukti Allah bersifat Al-Qadir dalam ayat di bawah?


قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

surah al-An’am, ayat 65

a)

Allah menguasai seluruh alam meliputi matahari, bulan, bintang dan cakrawala.

b)

Allah berkuasa mencipta langit dan bumi

c)

Allah berkuasa mengurniakan mukjizat kepada nabi dan rasul

d)

Allah berkuasa menukarkan siang dan malam

12.

Berikut adalah kaitan sifat Al-Qadir dengan sains, kecuali………

a)

Segala alam semesta dan segala cakrawala berpusing pada paksinya

b)

Pertukaran siang dan malam silih berganti

c)

Menebang hutan untuk mendapatkan kayu balak

d)

Hujan yang turun untuk menyejukkan bumi

13.

Apakah maksud Al-Qawiy pada bahasa?

a)

Yang Kaya

b)

Yang Bijaksana

c)

Yang Memerintah

d)

Yang Gagah

14.

Apakah nama Allah yang menunjukkan Allah yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna?

a)

المنتقم

b)

المقدم

c)

القادر

d)

القوى

15.

Apakah hukum beriman kepada sifat Al-Qawiy?

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Harus

d)

Makruh

16.

Apakah bukti Allah bersifat Al-Qawiy dalam ayat di bawah?


اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Surah Asy-Syura,ayat 19

a)

Allah berkuasa mengazabkan sesiapa yang melakukan dosa dengan azab yag sangat pedih

b)

Allah berkuasa memberi rezeki kepada orang yang berusaha mencarinya

c)

Allah berkuasa membantu sesiapa yang meembantu agamaNya

d)

Allah berkuasa mengalahkan kerajaan yang zalim

17.

Allah telah membinasakan umat Nabi Lut kerana dosa yang mereka lakukan. Apakah kesalahan mereka?

a)

Menganggap Nabi Isa A.S sebagai Tuhan

b)

Melakukan penyembahan kepada patung berhala

c)

Melakukan Homoseksual

d)

Melakukan pengurangan dalam timbangan jualbeli

18.

Apakah maksud beriman kepada malaikat?

a)

keyakinan tentang kewujudan makhluk halus

b)

keyakinan yang mantap terhadap rukun iman dan perkara ghaib

c)

yakin malaikat adalah mahkluk Allah daripada cahaya dan sentiasa mentaati Allah

d)

keyakinan bahawa semua perkara yang dilakukan oleh manusia dicatat oleh malaikat

19.

Apakah hukum beriman kepada malaikat?

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Harus

d)

Makruh

20.

Berapakah jumlah malaikat yang wajib kita ketahui nama-namanya?

a)

20

b)

11

c)

15

d)

10

21.

Apakah tugas malaikat Jibril?

a)

Mencatat amalan baik manusia

b)

Meniup sangkala

c)

Menguruskan rezeki dan menurunkan hujan

d)

Menyampaikan wahyu kepada para rasul

22.

Malaikat yang bertugas untuk menjaga syurga ialah……………………

a)

Ridhuan

b)

Malik

c)

Raqib

d)

‘Atid

23.

Malaikat yang bertugas untuk mencatat dosa ialah………………

a)

Ridhuan

b)

Malik

c)

Raqib

d)

Atid

24.

Berikut adalah tugas-tugas lain bagi malaikat kecuali………..

a)

Meniup sangkakala

b)

Menanggung Arasy

c)

Mendoakan ksejahteraan dan keampunan kepada orang Islam yang taat

d)

Menghamparkan sayap kepada orang yang menuntut ilmu

25.

Apakah persamaan yang ada pada manusia dan malaikat?

a)

Manusia bernafsu

b)

Mahkluk Allah

c)

Malaikat tidak makan dan minum

d)

Diciptakan daripada cahaya

26.

Berikut adalah hikmah beriman kepada malaikat, kecuali……..

a)

Tidak menginfakkan hartanya

b)

Sentiasa memperbanyak amalan soleh

c)

Sentiasa berwaspada dalam melakukan setiap pekerjaan

d)

Membentuk peribadi muslim yang sejati

27.

Apakah maksud beriman kepada kitab?

a)

Yakin bahawa Allah mewajibkan agar umat Islam percayai kitab

b)

Membaca kitab yang telah diturunkan kepada manusia

c)

Yakin bahawa Allah menurunkan kitab dan suhuf kepada para rasul sebagai panduan hidup

d)

Mengamalkan kitab-kitab yang telah diturunkan dalam kehidupan manusia

28.

Apakah hukum beriman kepada kitab?

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Wajib

29.

Apakah suhuf?

a)

Kalamullah yang diturunkan kepada para rasul untuk disampaikan kepada manusia

b)

Kalamullah yang mengandungi hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran

c)

Kata-kata yang disandarkan kepada Rasulullah

d)

Makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah

30.

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi………….?

a)

Nabi Musa

b)

Nabi Idris

c)

Nabi Ilyas

d)

Nabi Daud

31.

Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S menggunakan bahasa……………….

a)

Bahasa Ibrani

b)

Bahasa Siryani

c)

Bahasa Arab

d)

Bahasa Inggeris

32.

Berikut nama nabi yang menerima Suhuf, kecuali………….

a)

Nabi Idris

b)

Nabi Syith

c)

Nabi Muhammad

d)

Nabi Ibrahim

33.

Nabi idris A.S telah menerima sejumlah …………………Suhuf

a)

10

b)

30

c)

40

d)

50

34.

Siapakah nabi yang telah menerima sejumlah 50 Suhuf?

a)

Nabi Musa

b)

Nabi Muhamad

c)

Nabi Ibrahim

d)

Nabi Syith

35.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ia merupakan mukjizat……………………?

a)

Mukjizat Hissi

b)

Mukjizat Maknawi

c)

Mukjizat Samawi

d)

Mukjizat Ukhrawi

36.

Berikut adalah keistimewaan Al-Quran berbanding kitab-kitab yang terdahulu, kecuali……….

a)

Kandungan yang lengkap

b)

Terpelihara sehingga kiamat

c)

Menasakhkan kitab-kitab terdahulu

d)

Kitab yang diturunkan dari langit

37.

Dalam Al-Quran ada menceritakan tentang proses kejadian manusia. Apakah Istilah yang digunapakai dalam Al-Quran bagi seketul daging

a)

Alaqah

b)

Mudghah

c)

Izom

d)

Nutfah

38.

Kitaran proses kejadian manusia di peringkat “ ‘Alaqah “ membawa maksud………

a)

Seketul daging

b)

Sperma

c)

Tulang

d)

Segumpal darah

39.

Apakah tujuan Allah menggantikan kulit yang terbakar dengan kulit baru di akhirat nanti?

a)

Supaya manusia merasa takut untuk melakukan dosa dan maksiat

b)

Supaya penghuni neraka tidak hangus rentung

c)

Supaya penghuni neraka merasakan azab berterusan

d)

Supaya segala dosanya akan terhapus kerana dibakar