NEW
Font size
Worksheets900/1 - SET 1
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Yang manakah merupakan ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?
I Mempunyai sempadan
II Mempunyai identiti sendiri
III Mempunyai perlembagaan sendiri
IV Mempunyai penduduk yang tinggal tetap
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah benar tentang konsep pengasingan kuasa di Malaysia?
A. Mengasingkan semua bidang kuasa Negeri dengan Persekutuan
B. Mengasingkan kuasa kerajaan tempatan dengan kerajaan negeri
C. Memisahkan kuasa pemerintah Persekutuan dengan Tempatan
D. Mengasingkan kuasa pentadbiran bagi penggubal dasar kerajaan, pengadil undang- undang dengan penggubal undangundang
Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
A. Mencuri duit tabung masjid
B. Wasiat pembahagian tanah
C. Pecah amanah wang zakat
D. Menyebarkan ajaran sesat
Mahkamah X --> Menentukan sama ada undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat sah atau sebaliknya
Mahkamah X di atas merujuk kepada
A. Mahkamah Sesyen
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Persekutuan
Yang manakah pelantikan jawatan di bawah memerlukan rundingan dengan Majlis Raja-Raja?
A. Perdana Menteri
B. Peguam Negara
C. Ketua Audit Negara
D. Ketua Setiausaha Negara
Laporan perbelanjaan pilihan raya mestilah dihantar kepada Y dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta Kerajaan
Y yang dinyatakan dalam penyataan di atas merujuk kepada
A. Pengarah Pilihan Raya Daerah
B. Pengarah Pilihan Raya Negeri
C. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
D. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
Yang manakah berikut peranan Peguam Negara dalam Mahkamah Khas Raja-Raja?
A. Menjadi pemerhati
B. Menjadi peguam bela
C. Memulakan pendakwaan
D. Mencabar keputusan mahkamah
Yang manakah berikut merupakan badan pelaksana Kerajaan Persekutuan?
A. Kabinet
B. Parlimen
C. Majlis Raja-Raja
D. Yang di Pertuan Agong
Yang manakah berikut merupakan tugas yang dilaksanakan oleh Ketua Whip?
A. Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat
B. Menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul
C. Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat
D. Menghantar notis untuk memulakan persidangan kepada ahli Dewan Rakyat
Yang manakah berikut merupakan elemen tadbir urus yang baik dalam sesebuah organisasi?
A. Responsif
B. Kebebasan
C. Keterbukaan
D. Berani menanggung risiko
“Menjalankan tugas eksekutif : merumus, merancang dan membentuk rancangan pembangunan negara"
Tugas di atas dilaksanakan oleh
A. Majlis Tindakan Negara
B. Unit Perancang Ekonomi
C. Jabatan Perdana Menteri
D. Jabatan Perkhidmatan Awam
Yang manakah berikut merupakan prinsip tadbir urus baik?
I Berdisiplin
II Ketekunan
III Fokus kepada pelanggan
IV Akauntabiliti dan integriti
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Kelulusan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan diperoleh daripada pihak
A. Kerajaan Negeri
B. Perbendaharaan
C. Kerajaan Persekutuan
D. Majlis Kewangan Negara
Kes manakah yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?
A. Pegawai bank yang dikenakan tindakan turun pangkat
B. Kerani sekolah rendah kebangsaan dikenakan tindakan tatatertib
C. Pegawai tentera yang dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tent
D. Pembantu makmal sekolah menengah persendirian yang dibuang kerja
