Font size
WorksheetsKuiz 4 : Kesihatan Diri
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Kesihatan harus dipelihara oleh setiap orang kerana
dapat menjalani kehidupan yang selesa
supaya nasib kita dirundung malang
dapat melakukan pelbagai aktiviti yang kita suka
mudah dijangkiti pelbagai penyakit
Apakah kesan jika TIDAK mementingkan aspek penjagaan kesihatan ?
prestasi dalam pelajaran atau pekerjaan akan meningkat.
kita akan sentiasa disanjungi
prestasi dalam pelajaran atau pekerjaan akan merosot
boleh menambah pendapatan
Bagaimanakah caranya untuk kita mengelakkan masalah obesiti atau kegemukan?
sentiasa mengawal pengambilan makanan
menonton televisyen sepanjang masa
mengambil makanan yang berlemak
sentiasa bersenam atau beriadah
Apakah BUKAN tujuan kita membersihkan tubuh badan ?
supaya badan kita berbau wangi
kita rasa selesa untuk melakukan pelbagai aktiviti
badan berasa lemah dan tidak bertenaga
badan berasa segar
Antara maklumat berikut manakah BUKAN faedah kita menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik ?
memastikan tahap kesihatan diri.
mengesan penyakit yang dihidapi.
mengambil rawatan awal sebelum penyakit tersebut menjadi semakin serius.
menjadikan penyakit yang dihidapi semakin teruk.
Antara yang berikut BUKAN tujuan kita tidur ?
mengurangkan rasa lapar
mendapat rehat yang mencukupi.
lebih bertenaga untuk belajar atau bekerja pada keesokan harinya
menghilangkan stres.
Antara aktiviti berikut, kenal pasti aktiviti yang TIDAK mengeluarkan peluh untuk kesihatan tubuh badan.
zumba
bermain congkak
mendaki gunung
berjoging
Antara yang berikut kenal pasti aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stres?
menonton rancangan kegemaran
mengurungkan diri dalam bilik
beriadah bersama rakan-rakan
menangis
Antara maklumat berikut kenal pasti BUKAN cara yang boleh kita lakukan untuk membersihkan diri.
mandi sebaik sahaja bangun dari tidur
menggosok gigi seminggu sekali
menggunakan sabun dan syampu yang sesuai
memotong kuku yang telah panjang sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Apakah KESAN sekiranya kita tidak mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya?
tubuh badan akan bertenaga
tubuh badan menjadi letih dan lesu
kita sering mengantuk di dalam kelas
prestasi dalam pelajaran akan meningkat
