wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM P1 (2)

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?.

I. Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar

II. Suatu kelompok yang mendiami sesebuah wilayah

III. Sebuah wilayah yang mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan

IV. Negara yang mempunyai identitinya sendiri seperti ideologi, bendera dan jata sendiri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Yang manakah benar tentang sistem kerajaan persekutuan seperti yang diamalkan oleh Malaysia?

I. Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

II. Kerajaan negeri mempunyai kuasa pentadbiran yang kurang

III. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa yang diperuntukkan

IV. Setiap peringkat kerajaan memiliki kuasa autonomi perundangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk

a)

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

b)

Melibatkan rakyat dalam pentadbiran

c)

Melaksanakan sistem demokrasi tulin

d)

Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama

4.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang pilihan raya?

I. Calon mesti anggota parti politik

II. Kelemahan fizikal bukan penghalang kepada calon untuk bertanding

III. Seseorang calon tidak boleh menarik diri selepas hari penamaan calon

IV. Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing layak bertanding

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

5.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Perbuatan rasuah

b)

Perbuatan minum arak

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

6.

Yang manakah faktor yang mempengaruhi pemberian peruntukan Kerajaan Pusat kepada

Kerajaan Negeri?

I Panjang jalan raya

II Luas kawasan

III Bilangan penduduk

IV Hasil kerajaan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Yang manakah benar tentang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja?

I Merupakan Setiausaha Majlis Raja-raja

II Menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal agama Islam

III Memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

IV Pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Menambah baik tatacara pentadbiran kerajaan

Melaksanakan kajian tentang sistem dan pengurusan pejabat

Mewujudkan kecekapan jentera pentadbiran


Pernyatan di atas merujuk kepada tanggungjawab

a)

Perbendaharaan

b)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

c)

Unit Kerjasama Awam dan Swasta

d)

Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia

9.

Memberikan nama jalan

Mengeluarkan lesen pusat hiburan


Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam tugasan di atas ialah

a)

Pihak Berkuasa Tempatan

b)

Pejabat Tanah dan Daerah

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

10.

Ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam boleh dielakkan dengan cara

a)

melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan

b)

penggunan sumber yang ekonomik

c)

prosedur kerja yang lebih kompleks

d)

meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam

11.

Bapa

-

Pemastautin tetap tetapi belum memperoleh hak kewarganegaraan

Ibu

-

Bukan warganegara

Anak

-

Dilahirkan di Malaysia

Apakah taraf kewarganegaraan anak di atas?

a)

Bukan warganegara

b)

Warganegara secara kemasukan

c)

Warganegara secara pendaftaran

d)

Warganegara melalui kuat kuasa undang-undang

12.

Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan kepada prinsip

a)

akauntabiliti

b)

budi bicara

c)

prosedur

d)

kawalan dalaman

13.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

I Menyebarkan ajaran sesat

II Melakukan pecah amanah wang

Baitulmal

III Mengelak daripada membayar

zakat fitrah

IV Menyamar sebagai penguat

kuasa Jabatan Agama Islam

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Yang manakah benar tentang kepentingan Perlembagaan.

IPerlembagaan menjamin kedudukan para pentadbir.

II Perlembagaan menjamin hak sesuatu kaum untuk hidup sebagai warganegara secara aman dan harmoni.

III Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

IV Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?

a)

Yang diPertuan Agong adalah Ketua Kerajaan

b)

Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet

c)

Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum

d)

Parlimen berfungsi sebagai badan yang menjalankan kuasa pentadbiran

16.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja apabila baginda ingin melantik

a)

Peguam Negara

b)

Ketua Polis Negara

c)

Akauntan Negara

d)

Ketua Hakim Negara

17.

Yang manakah merujuk kepada Doktrin Duluan Kehakiman ?

a)

Hakim Mahkamah Persekutuan berhak membuat prinsip kehakimannya sendiri

b)

Hakim Mahkamah Tinggi mematuhi arahan Ketua Hakim Negara dalam usaha membicarakan kes

c)

Hakim mahkamah yang kanan lebih berkuasa daripada Hakim mahkamah yang baru dilantik

d)

Hakim mahkamah berhak membuat pilihan antara prinsip-prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah yang lebih tinggi

18.

Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di Malaysia?

I Pengamalan ajaran sesat

II Penjualan minuman keras

III Pengambilan anak angkat

IV Pembahagian harta pusaka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

19.

Alasan yang manakah membolehkan seseorang calon yang bertanding kerusi Dewan Rakyat membuat petisyen pilihan raya?

a)

Disyaki melakukan amalan rasuah

b)

Tidak patuh peruntukan undang-undang pilihan raya

c)

Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya

d)

Bukan pemastautin kawasan parlimen yang ditandingi

20.

Yang manakah faktor yang diambil kira dalam mengukur daya saing negara?

I Kestabilan politik

II Kecekapan kerajaan

III Kemudahan prasarana

IV Keharmonian penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Di antara mahkamah-mahkamah berikut, yang manakah tidak boleh menjatuhkan hukuman bersalah dalam keputusan

a)

Mahkamah Juvana

b)

Mahkamah Koroner

c)

Mahkamah Perusahaan

d)

Mahkamah Bumiputera

22.

Yang manakah di antara berikut merupakan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

I Mengawasi proses kempen pilihanraya

II Menyemak dan mengemaskini daftar pemilih

III Menjalankan proses pempersempadanan semula kawasan pilihan raya

IV Mendenda calon yang melanggar peraturan pilihan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Yang manakah antara berikut yang berkuasa meluluskan pertukaran status tanah daripada tanah pertanian kepada tanah pembangunan?

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Pejabat Daerah dan Tanah

24.

Yang manakah antara kes-kes pembuangan kerja berikut boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan?

I Seorang pembantu makmal yang telah dipecat oleh Pengetua SMK Ayer Tawar, Perak

II Seorang askar wataniah yang dibuang kerja oleh Majlis Angkatan Tentera

III Seorang kerani yang dibuang kerja oleh Syarikat Federal Express Sdn Bhd.

IV Seorang pengawal keselamatan dipecat oleh Tenaga Nasional Bhd.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia?

I Menghalang penyebaran ideologi komunis

II Mempercepat proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura

III Meningkatkan jumlah penduduk di Tanah Melayu

IV Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak dan Singapura

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

26.

Semua yang berikut ialah keistimewaan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong , kecuali

a)

baginda tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia

b)

keutamaan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan

c)

baginda adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera

d)

baginda berhak menolak pembubaran Parlimen

27.

Yang manakah merupakan punca-punca hasil Kerajaan Negeri ?

I. Hasil duti rokok dan minuman alcohol

II. Hasil daripada harta karun

III. Hasil tanah , galian dan hutan

IV. Denda daripada mahkamah awam

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

28.

Antara yang berikut yang manakah hasil Kerajaan Persekutuan?

I. Cukai taksiran harta

II. Cukai pendapatan

III. Cukai jalan

IV. Lesen pusat hiburan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Pernyataan di bawah merujuk kepada

Merupakan undang undang

bertulis yang digubal oleh agensi atau menteri yang diberi kuasa oleh

Parlimen

a)

Akta

b)

Enakmen

c)

Perundangan kecil

d)

Perlembagaan Persekutuan

30.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah

a)

diluluskan oleh Dewan Rakyat

b)

diisytiharkan oleh Perdana Menteri

c)

diwartakan sebagai Warta Kerajaan

d)

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong