BARU
Ukuran huruf
Lembar kerjaSemester 1 STPM - Bahasa Melayu Moden: Era Pramerdeka
Total soal: 20
Worksheet time: 20mins
Yang manakah ciri bahasa Melayu moden?
I Bersifat dinamik
II Mengalami perancangan
III Mempunyai laras yang terhad
IV Tidak menerima pengaruh bahasa asing
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah tokoh bahasa pada zaman pramerdeka?
Asmah Haji Omar
Nik Safiah Karim
Hassan Ahmad
Za'ba
Yang manakah BUKAN sumbangan Raja Ali Haji?
I Bustanul Katibin
II Tuhfat al-Nafis
III Jalan Basa Melayu
IV Ilmu Mengarang Melayu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- Penokok dan Penambah
- Buku Ketetapan Hejaan Melayu
Siapakah penulis buku-buku di atas?
Raja Ali Haji
Mohd Said Sulaiman
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Zainal Abidin bin Ahmad
Yang manakah sumbangan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)?
Menerbitkan buku untuk sekolah Melayu
Menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Menerbitkan buku bahasa, sejarah dan kebudayaan
Menterjemah buku untuk bacaan umum masyarakat Melayu
Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu moden?
Bahasa ilmu
Bahasa perpaduan
Bahasa perhubungan
Bahasa kebangsaan
Yang manakah tidak berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?
Bahasa pengantar
Penciptaan istilah baharu
Menyatukan pelbagai kaum di Malaysia
Kewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti asing
Yang manakah yang membezakan bahasa Melayu moden daripada bahasa Melayu klasik?
Mengalami perancangan
Mendapat pengaruh bahasa Arab
Menggunakan imbuhan
Menggunakan ayat pasif
Yang manakah yang berkaitan dengan Za'ba?
Buku Ketetapan Hejaan Bahasa Melayu
Kitab Pengetahuan Bahasa
Syair Singapura Terbakar
Ilmu Mengarang Melayu
Yang manakah berkaitan dengan Pejabat Karang-Mengarang?
I- O.T. Dussek
II- Angkatan Sasterawan 50
III- Maktab Perguruan Sultan Idris
IV- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pertubuhan yang manakah mengasaskan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu?
Angkatan Sasterawan 50
Dewan Bahasa dan Pustaka
Maktab Perguruan Sultan Idris
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
Yang manakah karya Raja Ali Haji yang dijadikan buku pegangan bahasa nasional Indonesia?
Bustanun Katibin
Gurindam Dua Belas
Syair Sultan Abdul Muluk
Kitab Pengetahuan Bahasa
Yang manakah BUKAN buku yang dihasilkan oleh Dato' Mohd Said bin Haji Sulaiman?
Jalan Basa Melayu
Penokok dan Penambah
Buku Katan PBMPB Diraja Johor
Pelita Bahasa Melayu Penggal I, II, dan III
Akhbar yang manakah yang mula-mula menggunakan tulisan Jawi?
Saudara
Warta Malaya
Utusan Melayu
Jawi Peranakan
- Kerja raya
- Setiausaha
- Jurucakap
- Jadual waktu
Pertubuhan yang manakah yang mempelopori penggunaan istilah terjemahan di atas?
Pejabat Karang-Mengarang
Angkatan Sasterawan 50
Maktab Perguruan Sultan Idris
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pegawai Inggeris yang manakah yang menubuhkan Pejabat Karang-Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris?
W. Marsden
O.T. Dussek
R.J. Wilkinson
R.O. Winstedt
- Memperjuangkan "Seni untuk Masyarakat"
- Karangan ahli diberikan bayaran dan dilindungi dari segi undang-undang
Perkara di atas adalah tentang
Angkatan Sasterawan 50
Pejabat Karang-Mengarang
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Tokoh yang pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar upahan dari India sehingga beliau digelar "munsyi" ialah
Mohd Said bin Haji Sulaiman
Zainal Abidin bin Ahmad
Abdullah bin Abdul Kadir
Raja Ali Haji
Perkembangan bahasa Melayu moden pada zaman pramerdeka merupakan sumbangan daripada
tokoh bahasa asing
tokoh bahasa tempatan
tokoh bahasa asing dan tokoh bahasa tempatan
tokoh bahasa asing, tokoh bahasa tempatan, dan pertubuhan tempatan
Tokoh tempatan yang memberikan sumbangan kepada penubuhan Pejabat Karang-Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris ialah
Raja Ali Haji
Abdullah Munsyi
Zainal Abidin bin Ahmad
Mohd Said bin Haji Sulaiman
