wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

perniagaan set 2

Total questions: 93

Worksheet time: 1hrs 24mins

Name
Class
Date
1.

1. Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mendapatkan keyakinan daripada pelabur

b)

Membantu golongan yang kurang berkemampuan

c)

Untuk memajukan perniagaan

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

2.

KEDAI RUNCIT SHAM

Pernyataan menunjukkan sejenis milikan perniagaan. Pernyataan manakah yang merupakan tujuan perniagaan tersebut?

a)

A. Menyediakan perkhidmatan secara percuma

b)

B. Memaksimumkan keuntungan

c)

C. Menawarkan perkhidmatan pada harga kos

d)

D. Menawarkan perkhidmatan di bawah kos

3.

1. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kelebihan perkongsian?

I. Kemahiran pengurusan yang pelbagai

II. Mengumpul modal daripada orang awam

III. Cukai pendapatan yang tinggi

IV. Proses penubuhan yang mudah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

4.

1. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang hubungkait antara ketiga-tiga sektor?

I Sektor kedua memerlukan sektor utama untuk

membekalkan bahan mentah

II Sektor pertama memerlukan sektor ketiga untuk

membekalkan pekerja

III Sektor ketiga membantu untuk memproses bahan

mentah sektor kedua

IV Sektor ketiga membantu untuk memasarkan

produk sektor kedua

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

5.

1. Maklumat di bawah berkaitan skala perniagaan.

· Aktiviti perniagaan yang melibatkan sebuah negara dengan negara lain.

· Barang yang dihasilkan dieksport ke luar negara.

Skala perniagaan tersebut ialah

a)

skala zon

b)

skala negeri

c)

skala tempatan

d)

skala kebangsaan

6.
Apakah tujuan setiap pemiagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan?
a)
Meningkatkan imej pemiagaan
b)
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
c)
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
d)
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
7.
Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dan pembeli dikenali sebagai ...
a)
konsep asas pemiagaan
b)
konsep asas keuntungan
c)
konsep pemilikan pemiagaan
d)
konsep penawaran dan permintaan
8.
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang konsep asas pemiagaan?
a)
Pertukaran nilai - Melibatkan tindakan pembeli membayar dengan sesuatu yang bemilai (wang) untuk mendapat barang daripada penjual
b)
Keuntungan pemiagaan  - Penjual dapat mengawal jumlah kos yang ditanggung demi memperolehi kerugian dari jumlah jualan
c)
Penjual dan pembeli - Melibatkan pertukaran barang yang diingini antara penjual dan pembeli
d)
Kontrak pemiagaan - Sesuatu perjanjian tentang penjual akan mematuhi undang-undang semasa menjalankan urus niaga
9.
Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak dalam perniagaan?
a)
Keperluan susah untuk dipenuhi manakala kehendak mudah dapat dan dipenuhi
b)
Keperluan untuk meneruskan hidup manakala kehendak untuk hidup lebih selesa
c)
Keperluan dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan manakala kehendak tidak dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
d)
Barang keperluan tidak semestinya perlu  untuk hidup manakala barang kehendak diperlukan untuk hidup
10.
Aktiviti pemiagaan terbahagi kepada aktiviti berasaskan barang dan aktiviti berasaskan perkhidmatan. Antara berikut manakah aktiviti berasaskan barang. 
a)
Kembara Travel & Tour Sdn Bhd
b)
Butik Jahit dan Sulaman Nauqaida
c)
Pusat Tuisyen Akademik Kasturi
d)
Kedai Dobi Itrack Enterprise
11.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan keuntungan kepada pemiagaan?
a)
Mengembangkan pemiagaan
b)
Merancang strategi pemiagaan
c)
Melancarkan proses pengeluaran
d)
Mengukur tahap prestasi pekerja
12.
Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak. 
Apakah kaedah perniagaan ini ?
a)
Secara percuma
b)
Pada harga kos
c)
Pada harga di bawah kos
d)
Secara sumbangan masyarakat
13.
Nusa's Malaysia memohon sumbangan barang keperluan seperti makanan dan wang tunai untuk membantu mangsa banjir. 
Apakah kaedah perniagaan ini?
a)
Secara percuma
b)
Pada harga kos
c)
Pada harga di bawah kos
d)
Secara sumbangan masyarakat
14.

Isu perlindungan pengguna akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab seperti..

a)

Parlimen

b)

Kerajaan Pusat

c)

Tribunal Tuntutan Pengguna

d)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

15.

1. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan konsep perancangan strategik organisasi.

· Boleh dibahagikan kepada matlamat jangka pendek dan jangka panjang

· Matlamat yang ditełapkan untuk jangka pendek kurang daripada lima tahun

Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?

a)

Visi

b)

Polisi

c)

Objektif

d)

Prosedur

16.

1. Penyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

A. Mewujudkan faedah kepada pengguna

b)

B. Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

C. Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

D. Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

17.

2. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk milikan perniagaan.


Ditubuhkan oleh

- sekumpulan individu secara sukarela

- Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli ahlinya

Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?

a)

A. Maxis Berhad

b)

B. Pasar Raya Jimat

c)

C. Bank Simpanan Nasional

d)

D. Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad

18.

Aktiviti peniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

19.

Pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Jangka hayat adalah kekal

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hungga 50 orang

d)

Perniagaan boleh diteruskan jika terdapat rakan kongsi meninggal

20.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah menerangkan penubuhan syarikat awam berhad?

a)

Mengisi borang PNA42

b)

Mendaftar dengan pendaftar Pesuruhjaya Koperasi Malaysia

c)

Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan

d)

Mempamerkaan sijil perakuan pendaftaran (Borang D)

21.

Deflasi merupakan satu keadaan

a)

pengurangan import barang dan perkhidmatan secara berterusan

b)

penambahan import barang dan perkhidmatan secara berterusan

c)

kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

d)

kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

22.

Berapakah yuran pendaftaran untuk Restoran Naz?

a)

RM10 setahun

b)

RM60 setahun

c)

RM30 setahun

d)

RM15 setahun

23.

Faktor manakah yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan untuk memulakan perniagaan kecuali

a)

Pesaing

b)

Rancangan perniagaan

c)

Modal

d)

Lokasi

24.
Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dan pembeli dikenal sebagai...
a)
konsep asas perniagaan
b)
konsep asas keuntungan
c)
konsep pemilikan perniagaan
d)
konsep penawaran dan permintaan
25.
Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak dalam perniagaan?
a)
Keperluan - susah dipenuhi
Kehendak  - mudah dapat dan dipenuhi
b)
Keperluan - untuk meneruskan kehidupan
Kehendak - untuk hidup lebih selesa
c)
Keperluan - dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
Kehendak - tidak dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
d)
Keperluan - barang yang tidak semestinya perlu
Kehendak - barang yang semestinya perlu
26.
Aktiviti perniagaan terbahagi kepada aktiviti berasaskan barang dan aktiviti berasaskan perkhidmatan. Pilih pernyataan yang betul.
a)
Aktiviti berasaskan barang - Kembara Travel & Tour Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Butik Jahit dan Sulaman Nadia
b)
Aktiviti berasaskan barang - Kilang perabot Siva Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kilang Elektrik Infineon Melaka
c)
Aktiviti berasaskan barang - kilang Kopi ah Long Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Pusat Tuisyen Akademik Kasturi
d)
Aktiviti berasaskan barang - Kedai Gunting Rambut Moorthy
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kedai Dobi Fast Enterprise
27.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
I    Mengembangkan perniagaan
II   Merancang strategi perniagaan
III  Melancarkan proses pengeluaran
IV  Mengukur tahap prestasi perniagaan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
28.
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang konsep asas perniagaan?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
29.
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?
I     Memberikan bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan
II    Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan
III   Menawarkan barang dan perkhidmatan yang mendatangkan keuntungan maksimum
IV   Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan kepada pekerja tempatan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
30.
Pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu barang.
Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak.
Apakah kaedah perniagaan ini?
a)
Secara percuma
b)
Pada harga kos
c)
Pada harga di bawah kos
d)
Secara sumbangan masyarakat
31.
Gambar menunjukkan sebuah organisasi bukan bermotifkan untung menawarkan barang dan perkhidmatan.
Ini menunjukkan Nusa's Malaysia menawarkan barang dan perkhidmatan ...
a)
secara percuma
b)
pada harga kos
c)
pada harga di bawah kos
d)
secara sumbangan masyarakat
32.
Susun langkah-langkah dalam prosedur pendaftaran penubuhan perniagaan selepas langkah mengisi Borang Carian Nama.
I   Mengisi Borang A
II  Membuat pembayaran
III Mendapatkan Borang D
IV Hantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
a)
I --> II --> III --> IV
b)
I --> IV --> II --> III
c)
IV --> I --> III --> II
d)
IV --> I --> II --> III
33.
Mengapakah sesetengah perniagaan memilih penubuhan perkongsian biasa berbanding dengan perkongsian berhad?
a)
Bilangan rakan kongsi lebih ramah iaitu dua orang hingga 50 orang
b)
Modal dapat dikongsikan hanya kepada rakan kongsi aktif sahaja
c)
Semua pekongsi mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan
d)
Perniagaan boleh diteruskan jika rakan kongsi meninggal dunia atau muflis
34.

Berikut merupakan jenis-jenis modal perniagaan kecuali..

a)

Inventori

b)

Pekerja mahir

c)

Mesin dan jentera

d)

Bangunan dan kilang

35.

Puan Manisah ingin memulakan perniagaan butik. Memandangkan beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM50,000 dengan kadar yang segera, Puan Manisah menjadikan barang kemas miliknya sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman melalui Skim Pajak Gadai-I, Bank Rakyat.Apakah sumber pembiayaan berkenaan?

a)

Pajakan

b)

Sewa beli

c)

Ar-Rahnu

d)

Pemfaktoran

36.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman kepada usahawan?

a)

Tertakluk kepada terma dan syarat

b)

Memerlukan penjamin dan cagaran

c)

Menghadapi kos seperti faedah atas pinjaman

d)

Sukar menambahkan modal dalam masa yang singkat

37.

Pilih prosedur yang betul bagi mendapatkan sumber pembiayaan.

a)

Menyediakan rancangan perniagaan → Mendapatkan khidmat nasihat kewangan → Membuat permohonan → Pembiayaan diluluskan

b)

Mendapatkan khidmat nasihat kewangan → Membuat permohonan → Menyediakan rancangan perniagaan → Pembiayaan diluluskan

c)

Menyediakan rancangan perniagaan → Membuat permohonan → Mendapatkan khidmat nasihat kewangan → Pembiayaan diluluskan

d)

Membuat permohonan → Menyediakan rancangan perniagaan → Pembiayaan diluluskan → Mendapatkan khidmat nasihat kewangan

38.

Maklumat yang berikut berkaitan sebuah agensi kerajaan dalam memberi bantuan pembiayaan dan kewangan kepada usahawan.


- Menawarkan modal tambahan

- Mewujudkan satu jaringan usahawan

a)

CGC

b)

MARA

c)

TEKUN

d)

Agro Bank

39.

Seseorang yang dapat mereka cipta keluaran baharu yang tidak pernah dicipta oleh orang lain dikatakan mempunyai ciri …..

a)

kreatif

b)

inovatif

c)

Berpandangan jauh

d)

Berani mengambil risiko

40.

Apakah ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh seseorang yang berusaha mengubah suai sesuatu produk supaya menjadi lebih bermutu?

a)

Kreatif

b)

Inovatif

c)

Berpandangan jauh

d)

Berinisiatif dan berpandangan jauh

41.

Erik Johnson seorang pengasas permainan online, iaitu ‘Dota 2’ telah bekerjasama dengan IceFrog, pencipta asal Dota, sejenis permainan online dalam grafik 2D. Erik Johnson telah berbincang bersama IceFrog melalui e-mel untuk memperbaharui permainan tersebut dalam bentuk grafik 3D. Projek dilancarkan pada 13 Oktober 2010. Apakah keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Erik Johnson?

a)

Tabah

b)

Berdikari

c)

Semangat sepasukan

d)

Kebolehan menentukan visi dan misi

42.

Tindakan manakah yang dapat membantu usahawan membina jenama yang kukuh dalam jangka panjang?

a)

Memberi diskaun

b)

Menghasilkan produk bermutu

c)

Mejual produk pada harga murah

d)

Menjalankan promosi jualan yang intensif

43.

Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat?

a)

Menyediakan peluang pekerjaan

b)

Memenuhi keperluan

c)

Menggalakkan pertukaran wang asing

d)

Menyumbang kepada kemajuan teknologi

44.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD) memberi bantuan khidmat nasihat dan rundingan kepada usahawan.Apakah faktor berkenaan?

a)

Modal

b)

Pemasaran

c)

Kemahiran

d)

Bantuan profesional

45.

Mengapakah seseorang usahawan memerlukan pelbagai jenis latihan?

a)

Menjadikan usahawan lebih berdaya maju dan mampu bersaing

b)

Membolehkan usahawan menguruskan stok pada tahap yang optimum

c)

Membolehkan usahawan mengurus aliran tunai perniagaan dengan baik

d)

Membolehkan usahawan menjalankan aktiviti pemasaran dengan berkesan

46.

Bagaimanakah kerjaya dalam bidang perniagaan memberi faedah kepada matlamat peribadi seseorang usahawan?

a)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial perniagaan

b)

Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat

c)

Memberi kebebasan mengurus kehidupan harian diri dan keluarga

d)

Dapat menghasilkan pelbagai produk yang memenuhi keperluan pengguna

47.

Seseorang yang ditugaskan mengurus semua pekerja di dalam sesebuah organisasi

a)

pengurus besar

b)

pengurus sumber manusia

c)

pengurus kewangan

d)

pengurus pengeluaran

48.

berikut ialah kemahiran kebolehkerjaan kecuali

a)

pandai berkmunikasi

b)

mahir kerja dlm kumpulan

c)

mahir berkaraoke

d)

bijak mengurus diri

49.

agensi ini terlibat memberi pampasan kepada pekerja yang mendapatkan kemalangan...

a)

perkeso

b)

kwsp

c)

takaful

d)

petronas

50.

Pengurusan sumber fizikal dlm organisasi perniagaan melibatkan....

a)

inventori

b)

rekacipta

c)

karya novel

d)

perisian komputer

51.

pengurusan teknologi melibatkan pengurusan...

a)

bangunan

b)

produk

c)

inventori

d)

harta intelek

52.

prosedur mengurus sumber teknologi ialah dengan memohon........dari MyIPO

a)

pendapatan

b)

elaun

c)

paten

d)

insurans

53.

Hak cipta terpelihara perlu dipohon oleh peniaga yang ingin mencipta...

a)

rekabentuk kereta

b)

karya sastera

c)

perisian komputer

d)

rekabentuk robotik

54.

Peniaga boleh menggunakan mesin/ jentera dgn cara menyewa dari bank merujuk kepada kaedah pembiayaan...

a)

pajakan

b)

modal permulaan

c)

overdraf

d)

pemfaktoran

55.

Berikut adalah agensi kerajaan yang membantu peniaga bantuan pembiayaan kecuali...

a)
b)
c)
d)
56.

Campuran pemasaran melibatkan elemen-elemen penting iaitu ........................................ dlm operasi perniagaan

a)

produk, agihan,

b)

agihan, produk, promosi

c)

promosi, harga, produk, agihan

d)

promosi, agihan, sumber manusia, harga

57.

Antara berikut, yang manakah aset semasa?

a)

kenderaan

b)

komputer

c)

inventori

d)

overdraf bank

58.

Pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Jangka hayat adalah kekal

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hungga 50 orang

d)

Perniagaan boleh diteruskan jika terdapat rakan kongsi meninggal

59.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang koperasi?

a)

Kawalan secara autokratik

b)

Menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Pulangan syer dalam bentuk elaun

d)

Semua anggota berhak membuat keputusan

60.

Apakah kesan trend menurun kepada ekonomi negara?

a)

Permintaan barang pengguna meningkat

b)

Perbelanjaan mengurus perniagaan meningkat

c)

Peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan

d)

Peningkatan kawalan kuantiti pengeluaran produk

61.

Pernyataan manakah yang tepat menerangkan visi perniagaan?

a)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Penilaian organisasi secara spesifik

d)

Tujuan penubuhan organisasi

62.

Pernyataan manakah yang mempunyai ciri objektif perniagaan yang baik?

a)

Gedung Pakaian Mega menetapkan sasarn jualan yang tinggi sepanjang 2 tahun operasi.

b)

Kilang Roti Bintang Hati mensasarkan pengeluaran sebanyak 200 000 unit dalam setahun

c)

Mak Cik Timah menganggarkan 4000 bungkus nasi lemak terjual di gerainya dalam tempoh 2 jam.

d)

Perolima Automotif Berhad berhasrat mengeluarkan 100 000 unit kereta keluaran pada masa hadapan.

63.

Apakah faktor dalaman yang dapat mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?

a)

Teknologi

b)

Sumber manusia

c)

Undang-undang

d)

Ekonomi

64.

Maklumat berikut berkaitan operasi pengeluaran sebuah kilang.


Kilang Sinar Suria bercadang untuk mengeluarakan kasut dalam skala besar untuk pasaran tempatan. Kilang menanggung kos sewaan sebanyak RM3000 sebulan dan bayaran gaju pekerja RM12 000 sebulan. Kilang menganggarkan kos berubah sebnyak Rm20 untuk menghasilkan sepasang kasut yang dijual pada harga RM50.


Berapakah pasang kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun untuk syarikat mencapai titik pulang modal (TPM)

a)

2880 pasang

b)

3600 pasang

c)

48000 pasang

d)

6000 pasang

65.

Apakah tindakan yang wajar diambil jika perniagaan gagal mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan?

a)

Memberhentikan pekerja yang tidak efisyen

b)

Mencipta matlamat dan objektif baharu

c)

Mengurangkan kos pengeluaran

d)

Mengurangkan gaji pekerja

66.

Bahagian-bahagian fungsian utama dalam organisasi perniagaan diwujudkan adalah untuk?

a)

meningkatkan fokus dan kemahiran pekerja

b)

memberi tumpuan dalam pelbagai bidang tugas

c)

memberi peluang staf bekerja melebihi satu bahagian

d)

meningkatkan keyakinan staf untuk bergelar pengurus

67.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu proses komunikasi.


"Pengolahan idea berbentuk gambar, tulisan atau pertuturan agar mudah difahami"


Apakah proses tersebut?

a)

Maklum balas

b)

Penghantaran

c)

Dekod

d)

Enkod

68.

Kos manakah yang tidak dipengaruhi oleh perubahan pengeluaran output?

a)

Kos tetap

b)

Kos buruh

c)

Kos modal

d)

Kos berubah

69.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan.


"Langkah kerajaan untuk mengubah cara perbelanjaan kerajaan dan menstruktur semula percukaian"


Apakah dasar tersebut?

a)

Dasar fiskal

b)

Dasar ekonomi

c)

Dasar kewangan

d)

Dasar pembangunan

70.

Apakah fungsi bahagian teknologi dan maklumat?

a)

Menerima dan menghantar mesej

b)

Menerima dan merekodkan permohonan kerja

c)

Menyediakan penyata dan pembayaran gaji pekerja

d)

Memperkenalkan sistem dan Software baharu

71.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.


Dua atau lebih syarikat membentuk satu perikatan yang bertujuan untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu.


Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Koperasi

c)

Usaha sama

d)

Perkongsian

72.

Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.


EN. Ali seorang nelayan terpaksa berhenti menangkap ikan semasa musim tengkujuh kerana ombak bergelora.


Pengangguran di atas dikenali sebagai

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran bermusim

73.

Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.


a) Menurunkan kadar cukai

b) Menurunkan kadar faedah


Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah

a)

deflasi

b)

inflasi

c)

sunsidi

d)

peningkatan cukai

74.

Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?

a)

Memperoleh pendapatan yang tinggi

b)

Aktiviti promosi dapat dikurangkan

c)

Meningkatkan kualiti barang

d)

Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan

75.

Berikut menunjukkan campuran pemasaran


PRODUK

X

HARGA

PROMOSI


Apakah X?

a)

Kos

b)

Agihan

c)

Jualan

d)

Penawaran

76.

Pernyataan manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi

b)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

c)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

d)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

77.

Elemen manakah yang perlu dimuatkan dalam rancangan perniagaan?

a)

Latar belakang projek

b)

Lokasi tapak projek

c)

Kedudukan tapak projek

d)

Objektif tapak projek

78.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan?

I Sebagai alat kawalan

II Sebagai alat penanda aras

III Sebagai alat pengukur

IV Sebagai alat komunikasi

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

79.

Apakah maksud rancangan perniagaan?

a)

Satu dokumen yang menerangkan visi, misi dan objektif perniagaan

b)

Satu dokumen yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan perniagaan

c)

Satu dokumen yang menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan

d)

Satu dokumen yang menerangkan risiko kritikal yang akan dihadapi oleh perniagaan pada masa depan

80.

Siapakah yang memerlukan rancangan perniagaan selain usahawan?

a)

Tiada sesiapa

b)

Pembekal

c)

Graduan universiti

d)

Guru sekolah

81.

Apakah kepentingan rancangan perniagaan kepada Pekerja?

a)

bantu menjustifikasikan permohonan usahawan bagi pembiayaan perniagaan

b)

meyakinkan bahawa perniagaan tersebut mampu memenuhi keperluan kontrak kerja dengan baik dan berterusan

c)

memberikan pendedahan terhadap matlamat organisasi serta peranan yang dimainkan oleh mereka

d)

meyakinkan terhadap kemantapan perancangan perniagaan untuk memperoleh bekalan bahan mentah atau barang niaga secara kredit

82.

Antara berikut yang mana perlu ada dalam ringkasan eksekutif?

a)

Bentuk perniagaan

b)

Peta lokasi perniagaan

c)

Rancangan operasi

d)

Rancangan pemasaran

83.

Antara berikut, yang mana definisi sasaran jualan yang betul?

a)

Anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

b)

Amaun jualan yang diterima selepas ditolak semua kos perniagaan

c)

Anggaran jualan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

d)

Amaun jualan yang berjaya diperoleh selepas tempoh masa tertentu

84.

Apakah yang dibincangkan dalam rancangan pentadbiran?

a)

Menerangkan secara terperinci tentang aktiviti perniagaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan bagi mencapai objektif pemasaran organisasi

b)

Menjelaskan perancangan organisasi untuk memperoleh sumber pembiayaan dan penggunaan dana untuk jangka masa panjang dan pendek

c)

Menjelaskan rangkaian aktiviti pengeluaran yang akan dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan

d)

Menerangkan semua maklumat yang berkaitan dengan sumber manusia dan kos pentadbiran yang berlaku di bahagian pentadbiran sesebuah organisasi

85.

Antara berikut, yang mana definisi sasaran pelanggan yang betul?

a)

Anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

b)

Kumpulan pelanggan yang bakal menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi

c)

Anggaran jualan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

d)

Anggaran bilangan pelanggan yang mengambil tahu tentang produk atau perkhidmatan

86.

Antara yang berikut, yang manakah dicatatkan dalam penyata pendapatan?

I Aset

II Hasil

III Belanja

IV Liabiliti

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

87.

Mengapakah Kunci Kira-Kira disediakan?

a)

Mengetahui prestasi perniagaan

b)

Menentukan untung atau rugi operasi

c)

Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan

d)

Menunjukkan keadaan aset dimiliki oleh perniagaan

88.

G = Aset semasa - Liabiliti semasa


Apakah G?

a)

Aset Bukan Semasa

b)

Liabiliti Jangka Panjang

c)

Modal Kerja

d)

Modal Awal

89.

Pihak manakah yang memerlukan penyata kewangan?

I Pelabur

II Pesaing

III Broker

IV Ejen

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

90.

Kedai Runcit Azizi Basir


Jualan RM100 000

Kos Jualan RM 67 000

Kos Tetap RM 13 000


Berapakah untung kasarnya?

a)

RM167 000

b)

RM 33 000

c)

RM 20 000

d)

RM 87 000

91.

Apakah fungsi analisis nisbah untung?

a)

Mengukur kecekapan perniagaan mengurus inventori

b)

Melihat kemampuan perniagaan menjelaskan hutang

c)

Mengukur keberkesanan aktiviti perniagaan menjana keuntungan

d)

Mengukur kecekapan perniagaan mengendalikan aset bukan semasa

92.

Apakah fungsi pusing ganti aset?

a)

Mengukur jumlah aset yang dimiliki oleh perniagaan

b)

Menilai nisbah aset semasa kepada jumlah aset yang ada

c)

Menilai bagaimana aset bukan semasa sedia ada dibiayai

d)

Mengukur jumlah jualan yang dapat dijana daripada aset sedia ada

93.

Apakah nisbah yang digunakan oleh pemilik untuk memastikan modal yang dilaburkan mendapat pulangan?

a)

Pusing ganti aset

b)

Peratusan pulangan atas modal

c)

Peratusan margin untung kasar

d)

Peratusan margin untung bersih