Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz ASURITO

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi kesakitan?

a)

Rasa yang tidak selesa daripada segi rangsangan deria dan emosi yang berkait dengan kecederaan tisu dan boleh juga berlaku tanpa kecederaan

b)

Pengembangan sistem deria dan otot.

c)

Hubungan antara entrainment dan biorhythms.

d)

Keadaan idiopatik yang berkait rapat dengan kerosakan tisu.

2.

Mengapakah permukaan kulit perlu sentiasa dalam keadaan lembab dengan minyak urut?

a)

Mengelakkan kecederaan.

b)

Mengurangkan iritasi.

c)

Memudahkan urutan.

d)

Menjimatkan masa.

3.

Urutan sukan yang betul dapat membantu mengurangkan ketegangan otot selepas melakukan aktiviti bersukan. Berikut adalah susunan yang betul dalam urutan sukan.


i. Menguli, menekan, dan menggelek (seperti mencanai) dan ia dilakukan dengan menggunakan satu atau kedua-dua tangan atau kedua-dua ibu jari.


ii. Memotong arah berlawanan otot untuk mengurangkan kekasaran pengkritalan yang terbentuk diantara selaput tendon dan tisu tendon.


iii. Urutan mendalam ke arah jantung supaya meningkatkan sirkulasi darah dengan menggunakan genggaman tangan atau siku.


iv. Dilakukan dengan telapak tangan membuat gerakan membelai panjang.

a)

I, II, III, IV

b)

II, III, IV, I

c)

III, IV, I, II

d)

IV, I, II, III

4.

Apakah fungsi urutan sukan sebelum aktiviti (pre-massage activity)

a)

Memanaskan bahagian otot.

b)

Melancarkan perjalanan darah.

c)

Mengurangkan ketegangan otot.

d)

Membantu otot bergerak.

5.

Manakah antara berikut teknik utama dalam urutan sukan ?


i) Pressuring

ii) Effleurage

iii) Vibration

iv) Kneading

a)

i dan ii.

b)

ii dan iii.

c)

iii dan iv.

d)

ii dan iv.

6.

Meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan edema merupakan tujuan bagi teknik ?

a)

Effleurage

b)

Kneading

c)

Cross Fibre

d)

Draining

7.

Mengapakah urutan sukan dikatakan berbeza dengan urutan biasa?


I Mengelakkan kecederaan

II Mempersediakan badan untuk melakukan aktiviti

III Mengekalkan badan dalam keadaan optimum

IV Membantu memulihkan dari kecederaan

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

8.

Amir mengalami kecederaan di bahagian bahu akibat dikunci pergerakkannya dalam perlawanan pencak silat peringkat kebangsaan. Anda selaku pakar urutan sukan, bagaimana anda mengenalpasti kecederaan tersebut?

a)

Melakukan rawatan tuam ais terhadap kawasan kecedaraan.

b)

Bertanyakan soalan kepada atlet tersebut mengenai kecederaan yang dialami.

c)

Melakukan jarak pergerakan otot (range of motion) yang boleh dilakukan oleh atlet

d)

Melakukan urutan secara kuat dengan menggunakan genggaman tangan atau siku.

9.

Ali telah mendaftar untuk menyertai larian 42km. Bilakah tempoh sesuai untuk beliau mendapatkan pre-event massage?

a)

2 hari sebelum.

b)

7 hari sebelum.

c)

5 hari sebelum

d)

2 jam sebelum.

10.

Bandingkan perbezaan antara urutan sukan dan urutan tradisional.

a)

Fokus utama urutan sukan adalah otot manakala urutan tradisional adalah saraf.

b)

Masa yang singkat bagi urutan sukan dan masa yang panjang bagi urutan tradisional.

c)

Minyak yang sejuk digunakan dalam urutan sukan dan minyak panas digunakan bagi urutan tradisional.

d)

Urutan sukan untuk mencegah kecederaan manakala urutan tradisional untuk merawat kecederaan.

11.

Langkah yang terakhir dalam urutan sukan merupakan Proprioceptive Neuromuscular Fascilitation (PNF). Apakah kepentingan latihan PNF dalam memastikan keberkesanan urutan sukan.

a)

Pemulihan otot tegang supaya lebih fleksibel dalam melakukan aktiviti sukan yang melibatkan fleksibiliti dan secara langsung meningkatkan kekuatan otot.

b)

Melancarkan peredaran darah dan mengelakkan berlakunya ketegangan otot semasa melakukan aktiviti sukan.

c)

Membantu proses pemulihan kecederaan otot seperti terkehel, terseliuh dan disloket.

d)

Memastikan pengecutan otot supaya lebih bersedia melakukan aktiviti bersukan.

12.

Apakah faedah yang boleh diperolehi oleh seseorang melalui urutan sukan ?

a)

Menguatkan otot.

b)

Mengurangkan kebimbangan somatik.

c)

Mengurangkan ketegangan otot.

d)

Meningkatkan kadar jantung.

13.

Nyatakan nama otot X dan Y dalam gambar di bawah.

a)

X : Pectoralis Major

Y : Quadricep

b)

X : Teres Major

Y : Sartorius

c)

X : Pectoralis Major

Y : Sartorius

d)

X : Teres Major

Y : Quadricep

14.

Urutan sukan mempunyai lima teknik lakuan yang berbeza, apakah perbezaan antara teknik urutan effleurage dengan teknik urutan kneading?

a)

Effleurage merupakan stroke yang pertama manakala kneading merupakan stroke urutan yang ketiga.

b)

Teknik urutan kneading adalah menguli, menekan dan menggelek dengan menggunakan kedua-dua tangan atau kedua-dua jari berbanding effleurage menggunakan teknik genggaman tangan.

c)

Urutan stroke pertama bertujuan otot merasai belaian memanjang urutan manakala kneading adalah teknik kedua selepas effleurage.

d)

Kneading dan effleurage merupakan teknik urutan yang sama.

15.

Urutan sukan diklasifikasikan dalam kategori?

a)

Fisiologi sukan.

b)

Pemulihan sukan.

c)

Pemakanan sukan.

d)

Kecederaan sukan.