NEW
Font size
WorksheetsKSSM SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Bahan manakah yang terdiri daripada ion?
larutan gula
larutan garam
paku besi
gas neon
Unsur manakah yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk zarah?
Unsur oksigen dalam gas oksigen dan air
Unsur hidrogen dalam asid sitrik dan gas hidrogen
Unsur ferum dalam karat dan garam ferum(II) sulfat
Unsur natrium dalam garam biasa dan serbuk penaik
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan unsur alkali bumi dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
A
B
C
D
Berdasarkan rajah di atas, berapakah bilangan elektron valens dalam atom natrium?
1
2
8
11
Apakah susunan elektron bagi atom X dengan nombor proton 9 dan nombor nukleon 19
2.7
2.8
2.8.9
2.8.8.1
Atom kalsium mempunyai 20 elektron. Bagaimanakah atom kalsium membentuk ion?
Menerima 6 elektron untuk menjadi ion negatif
Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion negatif
Menerima 6 elektron untuk menjadi ion positif
Melepaskan 2 elektron untuk menjadi ion positif
Antara berikut, yang manakah bukan cara mencegah pengaratan besi
Pengaloian
Penggalvanian
Pempolimeran
Penyaduran timah
Suatu atom W mempunyai 3 petala dengan 3 elektron valens. Diberi bahawa bilangan neutron dalam atom W ialah 14. Apakah nombor nukleon bagi atom W?
11
13
17
27
Natrium-23 dan natrium-24 ialah isotop. Bilangan neutron dalam natrium-24 ialah 13. Berapakah bilangan neutron dalam natrium-23?
11
12
23
24
Isotop Q boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengawet makanan dan buah-buahan. Apakah isotop Q?
Iodin-131
Karbon-12
Kobalt-60
Natrium-24
