WorksheetsPembubaran perkahwinan
Total questions: 12
Worksheet time: 4mins
Seorang perempuan diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga.
Apakah hak yang boleh dituntut oleh perempuan itu semasa idah?
Berhak mendapat tempat tinggal sahaja jika tidak mengandung
Berhak mendapat nafkah perbelanjaan dan pakaian
Jika mengandung berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal
Jika sedang menyusukan anak,berhak mendapatkan upah menyusu
Pilih pernyataan yang benar mengenai tempoh idah.
Idah kematian suami ialah empat bulan
Tidak ada idah bagi isteri hamil yang diceraikan
Idah bagi perempuan yang putus haid tiga bulan genap
Idah isteri yang belum disetubuhi ialah 3 kali suci daripada haid
Syarat sah rujuk
-Dalam tempoh idah
-Suami akil baligh
-Talak rujie'
-Isteri sebenar yang ditalak
-X
Berdasarkan rajah di atas, X ialah
Tanpa diikat dengan syarat
Terdapat 2 orang saksi
Dipersetujui oleh isteri
Isteri bukan dalam keadaan haid
Seorang perempuan diceraikan oleh suaminya dengan talak 3.
Nyatakan hak yang boleh dituntut oleh perempuan itu semasa idah.
Harta sepencarian
Mahar yang belum dibayar
Nafkah sahaja jika mengandung
Upah menyusu jika sedang menyusukan anak
Antara yang berikut yang manakah tidak benar mengenai syarat sah rujuk.
Talak rujie'
Dalam tempoh idah
Tanpa diikat dengan syarat
Dengan persetujuan isteri
Perkahwinan akan terfasakh dengan sendirinya apabila.....
Berlaku kecacatan atau keaiban
Fasakh kerana tidak sekufu atau setaraf
Suami tidak mampu atau cuai memberi nafkah
Selepas berlaku akad ternyata isteri adalah mahram
Perkara yang membezakan antara khuluk dan fasakh ialah...
Pengurangan jumlah talak
Isteri tidak mendapat hak mut'ah
Tidak boleh rujuk kecuali dengan akad yang baru
Isteri hanya berhak mendapat tempat tinggal sahaja
وَالۡمُطَلَّقٰتُ يَتَرَ بَّصۡنَ بِاَنۡفُسِهِنَّ ثَلٰثَةَ قُرُوۡٓءٍ
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)
Ayat di atas berkaitan dengan tempoh idah bagi isteri yang...
Haid
Mengandung
Belum disetubuhi
Kematian suami
Salmah diceraikan oleh suaminya dengan talak 1 atas permintaannya.
Apakah hak yang boleh dituntut oleh Salmah semasa idah?
Berhak mendapat bayaran mut'ah
Berhak mendapat nafkah tempat tinggal dan pakaian
jika sedang menyusukan anak,berhak mendapat upah menyusu
Jika mengandung berhak mendapat nafkah tempat tinggal dan pakaian
Pilih keadaan yang paling tepat bagi membolehkan bekas suami dan isteri berkahwin semula selepas bercerai dengan talak 3
Berkahwin dengan suami baharu kemudian bercerai
Tamat idah kemudian berkahwin semula dengan akad yang baharu
Tamat idah,berkahwin dengan suami baharu kemudian bercerai
Berkahwin dengan suami baharu,berlaku persetubuhan,bercerai dan tamat idah
Aminah telah diceraikan oleh suaminya ketika dia sedang mengandung.
Apakah nafkah yang boleh dituntut oleh Aminah semasa dalam tempoh idah?
Makan dan minum sahaja
Tempat tinggal dan pakaian sahaja
Makan,minum dan tempat tinggal sahaja
Makan, minum,tempat tinggal dan pakaian
Perpisahan antara suami dan isteri dengan bayaran tertentu.
Pernyataan di atas merujuk kepada......
Talak
Fasakh
Khuluk
Ta'liq
