WorksheetsBAHASA MELAYU PERIBAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
" Kasut itu agak mahal harganya, tetapi tahan lama. Kata orang ____________________________________, " kata Subra kepada Amin.
seperti telinga kuali
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
titik peluh
alah membeli menang memakai
Suasana di pasar itu ______________________________ pada waktu pagi.
bagai pahat dengan penukul
bagai bertih direndang
bagai ikan kena tuba
bagai belut pulang ke lumpur
Tse Shung memang ________________________ kerana perbualan kami dapat didengarinya walaupun kami berbisik.
telinga kuali
telinga lintah
kepala batu
telinga gajah
Dua hari yang lepas adik bongsunya menjalani pembedahan disebabkan apendiks. Hari ini ayahnya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kejadian yang menimpa keluarga Zali ibarat
ada pasang surutnya
belum duduk sudah berlunjur
nasi sudah menjadi bubur
sudah jatuh ditimpa tangga
Janganlah kamu risau tentang perkara itu kerana saya sudah lama memaafkan kamu. Lagipun saya juga melakukan kesilapan kerana kita ini manusia biasa. Hal ini diibaratkan
berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya
bumi mana yang tidak ditimpa hujan
sudah terhantuk baru hendak tergadah
ikut hati mati, ikut rasa binasa
Farid menyuruh adiknya diam sahaja dan jangan berkata tentang apa-apa ketika ayah mereka sedang marah kerana
air tenang jangan disangka tiada buaya
berani kerana benar, takut kerana salah
belut pulang ke lumpur
sarang tebuan jangan dijolok
Usahlah kamu menasihatinya lagi kerana dia bagai
mencurah air ke daun keladi
ikan di kuali, habis melompat
hidup segan mati tak mahu
itik diajar berenang
Puan Janis seperti __________________________ kerana dia langsung tidak tahu kemajuan dunia.
lagi lauk lagi nasi
lagi lebai lagi berjanggut
katak di bawah tempurung
kepala yu, ekor babi
Jemputan itu saya terima dengan berpuas hati; _________________________," kata Yami.
kecil-kecil anak harimau
lagi lebai lagi berjanggut
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
lagi murah, lagi ditawar
Semua pelajar bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah mereka, bak kata pepatah __________________________.
rezeki harimau
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
rambut sama hitam hati lain-lain
rezeki mata
Kaki Zamri sakit kerana dia __________________ berjalan di padang.
kaki judi
langkah kanan
langkah bendul
kaki ayam
Ayah Cindy selalu pulang lewat dalam keadaan mabuk kerana dia __________________.
kaki botol
kaki judi
kaki perempuan
kaki pukul
Kucing itu ______________________ semasa ditemui Suraya.
naik tangan
orang kebanyakan
nyawa-nyawa ikan
orang harapan
Sukar untuk mengajar Naim kerana dia _________________.
pasang telinga
otak udang
otak cair
patah otak
Dina ____________________ apabila melihat banyak beg tangan yang dijual di Pasaraya Aeon Seremban sehingga tidak tahu untuk memilih yang mana satu.
sinar mata
kabur mata
putih mata
rambang mata
Amin berbaik-baik dengan bosnya kerana dia _______________________________.
bakar tak berapi
ayam terlepas, tangan bau tahi
bak cetus api
ada udang di sebalik batu
Manakah antara berikut BUKAN peribahasa berkaitan kerjasama
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Yang manakah berikut, peribahasa berkaitan keberanian
Mengukur baju di badan sendiri
Pantang berndur sebelum berjuang
Biar lambat asal selamat
Takut akan bayang-bayang sendiri
Yang manakah berikut merupakan BUKAN peribahasa bertemakan budi bahasa.
Bagai kacang lupakan kulit
Bawalah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
Harapkan guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
Manakah yang berikut merupakan peribahasa bertemakan ilmu
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Bunga yang harum itu ada juga durinya
Habis manis sepah dibuang
Lempar batu sembunyi tangan
