wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pintas Bab 8 Bahan Buatan Dalam Industri

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bahan X mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal dan juga dalam keadaan leburan. Bahan X adalah bahan

a)

Aloi

b)

Garam

c)

Lemak

d)

Logam oksida

2.

Rajah 1 menunjukkan susunan atom dalam tembaga. Mengapakah tembaga lebih keras daripada kuprum tulen?

a)

Atom zink membentuk ikatan hidrogen yang sangat kuat dengan atom kuprum

b)

Atom zink menghalang lapisan atom kuprum daripada menggelongsor di atas satu sama lain

c)

Atom zink menghalang elektron daripada bergerak bebas dalam lautan elektron

d)

Atom zink menyumbang lebih banyak elektron kepada lautan elektron

3.

Bahan utama dalam pembuatan semua jenis kaca ialah

a)

kalsium karbonat

b)

natrium karbonat

c)

plumbum(II) oksida

d)

silikon dioksida

4.

Pembuatan barangan tembikar melibatkan proses pemanasan objek tanah liat pada suhu tinggi dalam relau. Mengapakah proses ini dilakukan?

a)

Untuk menyingkirkan air

b)

untuk mengekalkan bentuk

c)

untuk memecahkan semua ikatan antara atom

d)

untuk membentuk ikatan kovalen dan ikatan ion yang kuat

5.

Silikon karbida, SiC, merupakan contoh seramik termaju yang boleh digunakan untuk membuat

a)

brek kereta

b)

cermin tingkap

c)

kabel elektrik

d)

tangki air

6.

Apakah sifat kaca gentian yang terlibat dalam pembuatan bampar kereta?

i. Ringan

ii. Penebat elektrik

iii. Mudah dibentuk

iv. Tahan haba

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

7.

Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) menyaksikan Internet Untuk Segala-galanya (Internet of Things, IOT) dalam hampir semua aspek kehidupan harian. Semua alatan elektronik boleh disambungkan kepada Internet melalui perkabelan rangkaian komputer. Apakah bahan yang paling sesuai untuk membuat kabel tersebut?

a)

Aluminium

b)

Kuprum

c)

Optik gentian

d)

Kaca gentian

8.

Sesuatu bahan konduktor akan kehilangan rintangan elektrik di bawah suatu suhu yang dinamakan sebagai

a)

suhu lebur

b)

suhu didih

c)

suhu genting

d)

suhu sifar

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan persamaan kimia yang berlaku semasa kaca fotokromik menjadi gelap?

a)

AgCl ⟶ Ag⁺ + Cl-

b)

Ag+ + e- ⟶ Ag

c)

Clˉ + UV ⟶ Cl

d)

Cl + e- ⟶ Cl-

10.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai sifat kaca soda kapur dan kaca borosilikat?

a)

Kaca soda kapur mempunyai ketumpatan rendah dan takat lebur tinggi, manakala kaca borosilikat mempunyai ketumpatan tinggi dan takat lebur rendah

b)

Kaca soda kapur mempunyai ketumpatan rendah dan pekali pengembangan rendah, manakala kaca borosilikat mempunyai ketumpatan tinggi dan pekali pengembangan tinggi

c)

Kaca soda kapur mempunyai takat lebur tinggi dan rintangan kejutan terma yang rendah, manakala kaca borosilikat mempunyai takat lebur rendah dan rintangan kejutan terma yang tinggi

d)

Kaca soda kapur mempunyai pekali pengembangan rendah dan rintangan kejutan terma yang rendah, manakala kaca borosilikat mempunyai pekali pengembangan tinggi dan rintangan kejutan terma yang tinggi