Worksheets30 Soalan Ulum Hadis
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Hadis menurut muhaddisin ialah ...
Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w dari perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau sifat dalaman mahupun luaran sama ada sebelum kenabian.
Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w dari perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau sifat dalaman mahupun luaran sama ada selepas kenabian.
Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w dari perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau sifat dalaman mahupun luaran sama ada sebelum kenabian atau selepasnya.
Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w dari perkataan, perbuatan dan pengakuan tanpa sifat dalaman mahupun luaran sama ada sebelum kenabian atau selepasnya.
Kitab Matan Baiqunah ialah ...
Kitab Ilm Rijal Hadis
Kitab Mustalah Hadis
Kitab Mutun Hadis
Kitab Takhrij Hadis
Peranan Sunnah terhadap Al-Quran adalah seperti berikut KECUALI
Memperkuat hukum yang ada dalam Al-Quran
Menjelas hukum yang ada dalam Al-Quran
Mengubah hukum yang ada dalam Al-Quran
Menambah hukum yang tiada dalam Quran
Pilih penyataan yang benar dan tepat mengikut situasi di Malaysia
Hadis, sunnah dan athar adalah dari Nabi s.a.w
Hadis, athar dan khabar adalah dari sahabat Nabi s.a.w
Sunnah, athar dan khabar adalah dari sahabat Nabi s.a.w
Hadis, sunnah dan khabar adalah dari Nabi s.a.w
Pilih DUA orang sahabat yang paling banyak menghafal hadis.
Abu Sa'id Al-Khudri
Abdullah bin Umar
'Aisyah binti Abu Bakar
Abu Hurairah
Pilih pembahagian hadis dari aspek bilangan perawi.
Mutawatir, Masyhur, Aziz, Gharib
Mutawatir, Sahih, Hasan, Dhoif
Marfu', Mansub, Majrur, Majzum
Qudsi, Marfu', Mauquf, Maqtu'
Pilih pembahagian hadis dari aspek kesahan.
Mutawatir, Masyhur, Aziz, Gharib
Mutawatir, Sahih, Hasan, Dhoif
Marfu', Mansub, Majrur, Majzum
Qudsi, Marfu', Mauquf, Maqtu'
Pilih pembahagian hadis dari aspek siapa yang berkata.
Mutawatir, Masyhur, Aziz, Gharib
Mutawatir, Sahih, Hasan, Dhoif
Marfu', Mansub, Majrur, Majzum
Qudsi, Marfu', Mauquf, Maqtu'
Berikut adalah syarat hadis mutawatir KECUALI
Sekurangnya lima rantaian pada setiap peringkat
Diambil riwayat dalam bentuk yang diyakini
Perawi yang adil dan dhobit ramai
Disebarkan riwayat pada orang yang baik
Berikut adalah syarat hadis sahih KECUALI
Bersambung sanad
Perawi yang adil
Perawi yang dhobit
Hilang syaz atau 'illah
Berikut adalah syarat hadis hasan KECUALI
Bersambung sanad
Perawi yang adil
Perawi yang dhobit
Tiada syaz dan 'illah
Apakah hukum beramal dengan hadis dhoif menurut Imam Ibnu Hajar Al-'Asqolani?
Harus bersyarat
Sunat
Harus tanpa syarat
Makruh
Hadis masyhur ialah hadis yang diriwayat oleh
ramai perawi yang terkenal
tak lebih dari empat perawi
dua orang perawi yang tsiqah
seorang perawi yang adil dan dhobit
Sanad ialah
senarai perawi
rantaian perawi
isi hadis
huraian hadis
Matan ialah
senarai perawi
rantaian perawi
isi hadis
huraian hadis
Dalam ilmu hadis, sahabat mestilah mencukupi syarat berikut KECUALI
pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w
mati dalam keimanan
berjihad bersama Rasulullah s.a.w
beriman dengan Rasulullah s.a.w
Pilih penyataan yang BENAR dan TEPAT
ilmu dirayah ialah ilmu syarah hadis
ilmu riwayah ialah ilmu istilah hadis
ilmu dirayah ialah ilmu pengambilan hadis
ilmu riwayah ialah ilmu kaji matan hadis
Hadis aziz ialah hadis yang diriwayat oleh
ramai perawi yang terkenal
tak lebih dari empat perawi
dua orang perawi yang tsiqah
seorang perawi yang adil dan dhobit
Hadis gharib ialah hadis yang diriwayat oleh
ramai perawi yang terkenal
tak lebih dari empat perawi
dua orang perawi yang tsiqah
seorang perawi yang adil dan dhobit
Hadis marfu' ialah hadis yang diriwayat dari
Rasulullah s.a.w
Sahabat r.a
Tabi'in r.h
Mana-mana kalangan ulamak hadis
Hadis mauquf ialah hadis yang diriwayat dari
Rasulullah s.a.w
Sahabat r.a
Tabi'in r.h
Mana-mana kalangan ulamak hadis
Hadis maqtu' ialah hadis yang diriwayat dari
Rasulullah s.a.w
Sahabat r.a
Tabi'in r.h
Mana-mana kalangan ulamak hadis
Hadis qudsi ialah
Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah di Palestin
Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah dari Allah
Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah yang suci
Hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah dari hal thoharah
Dhobit menurut ilmu hadis terbahagi kepada dua iaitu ...
di hati
di akal
ditulis
diamal
Berikut adalah syarat seorang perawi diiktiraf sebagai adil KECUALI
baligh dan berakal
dikenali sebagai ulamak
tidak fasiq
tidak tercemar maruahnya
Perbezaan hadis qudsi dengan al-Quran ialah
Al-Quran lafaz dan makna dari Allah
Al-Quran harus diriwayat dengan makna sahaja
Hadis lafaz dari Nabi dan makna dari Allah
Hadis disyaratkan tsabit mutawatirnya
Hukum beramal dengan hadis dhoif adalah seperti berikut KECUALI
Tidak boleh beramal secara mutlak
Harus beramal kecuali dalam perkara aqidah
Sunat beramal kecuali dalam perkara aqidah dan syariat
Makruh beramal kecuali dalam perkara syariat
Dua syarat meriwayatkan hadis dhoif ialah
Ada hadis lain yang sama isinya dan riwayat lebih kuat
Ada banyak hadis lain yang hampir sama matannya
Tidak berkait dengan perkara aqidah
Tidak berkait dengan perkara syariat
Perbezaan hadis sahih dan hasan dari segi
perawi kurang adil
perawi kurang dhobit
panjang matan hadis
nama perawi yang tak dikenali
Ilmu takhrij hadis ialah
ilmu mencari hadis yang hilang
ilmu mengenalpasti makna hadis
ilmu merujuk hadis kepada sumbernya
ilmu menghurai kesamaran dalam hadis
