WorksheetsKSSM SAINS TINGKATAN 4 BAB 12
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Bahan manakah yang digunakan untuk membuat bekas bagi menyimpan bahan radioisotop dengan selamat?
Kaca
Plumbum
Keluli
Plastik
Neutron + Nukleus Uranium-235 ---> Nukleus kripton + Nukleus barium + 3 Neutron
Apakah proses yang ditunjukkan di atas?
Penghasilan tenaga nuklear
Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus
Pemecahan nukleus
Di manakah pelakuran nukleus berlaku secara semula jadi?
Bulan
Marikh
Matahari
Jupiter
Apakah kesan pembuangan bahan sisa radioaktif ke dalam sungai?
Perubahan pH air sungai
Kesan rumah hijau
Penipisan lapisan ozon
Mutasi gen haiwan
Pekerja yang mengendalikan bahan sisa radioaktif terdedah kepada sinar radioaktif. Antara berikut, yang manakah langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pekerja tersebut?
Mencuci tangan dan kaki dengan antiseptik
Memakai pakaian pelindung plumbum
Mensteril peralatan selepas digunakan
Memakai cermin mata khas
Bahan manakah yang digunakan dalam arkeologi?
Karbon-14
Kobalt-60
Iodin-131
Plutonium-239
Apakah kesan pertambahan kebergantungan bahan api fosil untuk penjanaan elektrik?
Pencemaran air
Pemusnahan ekosistem
Penipisan lapisan ozon
Perubahan suhu udara yang mendadak
Natrium-24 disuntik ke dalam saluran darah seorang pesakit yang mengalami sakit kepala yang kronik. Apakah tujuan tindakan ini?
Merawat kesakitan di bahagian kepala
Melarutkan pembekuan darah di bahagian kepala
Mencegah pembekuan darah pada bahagian kepala
Mengesan kedudukan pembekuan darah di bahagian kepala
Antara berikut, yang manakah kesan ujian senjata nuklear?
Tsunami
Gempa bumi
Luruhan radioaktif
Letupan gunung berapi
Bagaimanakah jurutera yang mengendalikan reaktor nuklear dapat menambahkan jumlah penjanaan tenaga elektrik?
Menaikkan rod boron
Mengurangkan ketebalan dinding reaktor
Memutarkan turbin pada kelajuan yang lebih tinggi
Menambahkan kelajuan neutron yang membedil nukleus uranium-235
