wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kiuz Interaktif 10

Total questions: 15

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Sistem pengangkutan penting bagi organisma multisel kerana

a)

organisma multisel mempunyai badan yang leper.

b)

organisma multisel mempunyai nisbah luas permukaan per isi padu yang kecil.

c)

organisma multisel mempunyai luas permukaan per isi padu yang besar.

d)

organisma terdiri dari satu lapisan sel sahaja.

2.

Antara sel darah yang berikut, yang manakah bertanggungjawab dalam pembekuan darah?

a)
b)
c)
d)
3.

Pilih pernyataan yang salah mengenai sel darah.

a)

Platlet: Serpihan sel yang tiada bentuk tetap dan terlibat dalam mekanisme pembekuan darah.

b)

Monosit: Tanpa granul dan memusnahkan patogen secara fagositosis.

c)

Neutrofil: Sejenis granulosit yang memusnahkan patogen secara fagositosis.

d)

Eritrosit: Berbentuk dwicekung dan boleh ditukar bentuknya untuk bergerak.

4.

Rajah menunjukkan keratan membujur suatu vena. Apakah peranan X?

a)

Mengurangkan saiz lumen pada vena.

b)

Membenarkan darah mengalir dalam satu arah sahaja.

c)

Meningkatkan tekanan darah dalam vena.

d)

Meningkatkan pengaliran darah

5.

Apakah fungsi utama sel di dalam rajah di atas?

a)

Mengangkut karbon dioksida

b)

Menghasilkan antibodi

c)

Mengangkut oksigen

d)

Mengangkut antitoksin

6.

Rajah menunjukkan keratan rentas bagi tiga jenis saluran darah. Pilih pernyataan yang betul mengenai P, Q dan R.

a)

P: Darah mengalir pada tekanan yang tinggi;

Q: Bendalir boleh melalui dinding saluran ini;

R: Kadar aliran darah adalah perlahan.

b)

P: Bendalir boleh melalui dinding saluran ini;

Q: Darah mengalir pada tekanan yang tinggi;

R: Kadar aliran darah adalah perlahan.

c)

P: Bendalir boleh melalui dinding saluran ini;

Q: Kadar aliran darah adalah perlahan;

R: Darah mengalir pada tekanan yang tinggi.

d)

P: Kadar aliran darah adalah perlahan;

Q: Darah mengalir pada tekanan yang tinggi;

R: Bendalir boleh melalui dinding saluran ini.

7.

Rajah menunjukkan sistem peredaran bagi sejenis organisma. Antara organisma yang berikut, yang manakah mempunyai jenis sistem peredaran darah seperti dalam rajah di atas?

a)

Ikan

b)

Katak

c)

Burung

d)

Belalang

8.

Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri darah yang diangkut oleh suatu salur darah dalam badan manusia. Apakah salur darah itu?

a)

Aorta

b)

Vena kava

c)

Arteri pulmonari

d)

Vena pulmonari

9.

Seorang pekebun mengalami pendarahan tidak henti setelah kakinya tercedera semasa berkebun. Apakah yang akan terjadi jika darahnya gagal membeku?

a)

Tekanan darah menurun

b)

Kapilari darah membesar

c)

Kadar denyutan jantung bertambah

d)

Kadar respirasi bertambah

10.

Berikut adalah jenis protein yang terlibat dalam pembekuan darah. Pilih urutan proses pembekuan darah yang betul.

a)

P → Q → R → S

b)

Q → R → S → P

c)

R → P → S → Q

d)

S → Q → R → P

11.

Rajah menunjukkan satu keratan rentas arteri koronari. Makanan apakah yang perlu dielakkan bagi mencegah situasi seperti di dalam rajah di atas?

a)

Ikan

b)

Roti

c)

Oren

d)

Burger daging

12.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan limfa?


I. Untuk mengumpulkan dan mengembalikan cecair interstis kepada sistem peredaran.

II. Untuk mempertahankan badan daripada penyakit dengan menghasilkan limfosit.

III. Untuk mengangkut eritrosit yang ditapis keluar dari kapilari.

IV. Untuk mengangkut hasil akhir lemak yang dicernakan dari vilus ke hati.

a)

I dan II

b)

I, II dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

13.

Rajah menunjukkan pembentukan cecair interstis. Apakah kemungkinan bahan P?

a)

Asid amino

b)

Platlet

c)

Eritrosit

d)

Globulin

14.

Pilih urutan yang betul bagi penghantaran impuls saraf melalui dinding jantung.

a)

Nodus sinoatrium (nodus SA) → Cabangan berkas → Gentian Purkinje → Nodus atrioventrikel (nodus AV)

b)

Nodus atrioventrikel (nodus AV) → Nodus sinoatrium (nodus SA) → Cabangan berkas → Gentian Purkinje

c)

Nodus sinoatrium (nodus SA) → Nadus atrioventrikel (nodus AV) → Cabangan berkas → Gentian Purkinje

d)

Gentian Purkinje → Cabangan berkas → Nodus atrioventrikel (nodus AV) → Nodus sinoatrium (nodus SA)

15.

Rajah menunjukkan sistem peredaran terbuka seekor serangga. Apakah cecair tidak berwarna yang terdapat pada X?

a)

Bendalir limfa

b)

Plasma

c)

Hemolimfa

d)

Bendalir tisu