wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu [PT3 Bahagian A]

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Makanan itu telah________kerana terlalu lama disimpan di dalam peti sejuk.

a)

kaku

b)

beku

c)

pegun

d)

keras

2.

Program kelas bimbingan secara percuma telah_______oleh sebuah syarikat penerbitan buku.

a)

berbincang

b)

disenaraikan

c)

ditaja

d)

ditahan

3.

Tali ampaian yang diikat oleh Puan Hayati agak__________.

a)

luntur

b)

lentur

c)

rendah

d)

kendur

4.

Kami sangat takut untuk mandi di sungai itu kerana arusnya sangat ___________dan berbahaya.

a)

laju

b)

deras

c)

pantas

d)

kuat

5.

kesalahan ejaan

Anak lelaki Saidah suka menyendiri di dalam rumah kerana dia seorang yang anti sosial.

a)

menyendiri- bersendiri

b)

anti sosial- antisosial

c)

kerana- disebabkan oleh

d)

anti sosial- anti-sosial

6.

Kesalahan ejaan

Pihak polis dan RELA bekerjasama untuk memastikan marathon antarabangsa itu berjalan lancar.

a)

antarabangsa- antara bangsa

b)

RELA- rela

c)

marathon- maraton

d)

bekerjasama- berkerjasama

7.

Kesalahan ejaan

Adik mengambil setongkul jagung yang telah direbus oleh ibu pada pagi tadi.

a)

setongkul- setongkol

b)

direbus- dibakar

c)

jagung- ikan

d)

setongkul- setungkul

8.

kesalahan bahasa

Puan Anis telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memperhamba pembantu rumahnya.

a)

dihadapkan- dihadap

b)

memperhamba- memperhambakan

c)

kesalahan- jenayah

d)

memperhamba- perhamba

9.

kesalahan bahasa

Kakitangan pejabat sedang menyusun timbunan majalah-majalah yang terdapat di dalam stor bagi membudayakan amalan 5S.

a)

kakitangan- kaki tangan

b)

majalah-majalah- majalah

c)

amalan 5S- amalan 3R

d)

membudayakan- budayakan

10.

kesalahan bahasa

Delegasi ASEAN sedang berbincang terhadap masalah pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang.

a)

terhadap-tentang

b)

sedang-tengah

c)

masalah-isu

d)

sekarang-kini

11.

Kesalahan bahasa

Pak Akod tidak kaya sangat tetapi dia sering membantu penduduk kampung yang kesusahan.

a)

tidak kaya sangat - tidak kaya

b)

tidak kaya sangat - bukan kaya sangat

c)

kesusahan - miskin

d)

sering - selalu

12.

Kesalahan bahasa

Ibu menyuruh kakak mengasingkan telur putih terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam aduan itu.

a)

dimasukkan - memasukkan

b)

telur putih - putih telur

c)

aduan - acuan

d)

menyuruh - mengarahkan

13.

kesalahan bahasa

Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu akan dilakukan pada hujung minggu ini.

a)

kerja-kerja - kerja

b)

memperdalamkan - memperdalam

c)

itu - berkenaan

d)

hujung minggu ini - minggu ini

14.

kesalahan bahasa

Setengah belia hanya berminat menceburi sukan olahraga ketika di sekolah.

a)

setengah - sesetengah

b)

berminat menceburi - meminati

c)

olahraga - olah raga

d)

ketika di - ketika masih

15.

kesalahan bahasa

Baginda telah bersetuju untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Pengkalan Chepa esok.

a)

telah bersetuju - bersetuju

b)

kempen masyarakat penyayang - 'Kempen Masyarakat Penyayang'

c)

bersetuju - berkenan

d)

yang akan diadakan - yang berlangsung

16.

kesalahan ejaan

Proses kitar semula sukar dilakukan sekiranya sampah yang dibuang bercampuraduk.

a)

kitar semula - kitarsemula

b)

sekiranya - seandainya

c)

sukar - sulit untuk

d)

bercampuraduk - bercampur aduk

17.

kesalahan ejaan

Perbuatan caci mencaci boleh mencetuskan perasaan ketidakfahaman antara anggota masyarakat.

a)

mencetuskan - menimbulkan

b)

ketidakfahaman - ketidak fahaman

c)

caci mencaci - caci-mencaci

d)

antara anggota masyarakat - dalam kalangan masyarakat

18.

Kesalahan ejaan

Membeli-belah di pasaraya lebih memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan semua barangan.

a)

Membeli-belah - membeli belah

b)

pasaraya - pasar raya

c)

pengguna - penguna

d)

semua barangan - semua barang

19.

kesalahan ejaan

Banyak bahan mentah yang dieksport keluar negara dapat menjanakan pendapatan negara.

a)

Banyak - Ke semua

b)

dieksport - di eksport

c)

keluar - ke luar

d)

menjanakan - meningkatkan

20.

kesalahan ejaan

Cerekarama yang disiarkan di televisyen semalam mengesahkan keruntuhan rumah tangga kesan perkahwinan pilihan keluarga.

a)

Cerekarama - Carekarama

b)

disiarkan - di siarkan

c)

Mengesahkan - mengisahkan

d)

rumah tangga - rumahtangga

21.

kesalahan ejaan

Kami baru sahaja melihat kemalangan jalan raya yang cukup dasyhat.

a)

jalan raya - jalanraya

b)

sahaja - saja

c)

melihat - menyaksikan

d)

dasyhat - dahsyat

22.

kesalahan ejaan

Arif akan memperoleh komisyen jika buku modul yang dijualnya dibeli oleh pelanggan.

a)

memperoleh - memperolehi

b)

komisyen - komisen

c)

dijualnya - dijual olehnya

d)

dibeli oleh - di beli

23.

kesalahan ejaan

Mesyuarat agung koperasi sekolah tidak dapat dijalankan kerana ahli yang hadir tidak cukup korum.

a)

agung - agong

b)

dijalankan - di jalankan

c)

kerana - oleh sebab

d)

korum - kuorum