Font size
WorksheetsUjian Asas Ilmu Tafsir Al-Quran
Total questions: 25
Worksheet time: 2hrs 5mins
Definisi Al-Quran adalah seperti berikut KECUALI
Kalam Allah yang mukjizat
Diturunkan kepada Rasulullah s.a.w
Membacanya adalah ibadah
Menulisnya adalah sunnah
Berikut adalah nama-nama bagi Al-Quran KECUALI
Al-Furqan
Al-Kitab
Al-Zikra
As-Syifa'
Berikut adalah sifat-sifat Al-Quran KECUALI
Al-Burhan
An-Nur
Al-Huda
Al-Majid
Mutawatir ialah
riwayat dari lima orang perawi yang terkenal
pada setiap peringkat disampaikan secara langsung
riwayat dari ramai perawi yang adil
pada setiap zaman disebarkan secara meluas dan terbuka
Mengapa Al-Quran disebut sebagai kalam Allah yang "mukjizat"?
kerana ia diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w, rasul yang terakhir diutuskan
kerana ia mengandungi panduan kepada semua umat hingga akhir zaman
kerana ia melemahkan penentangan musuh Allah terhadap ajarannya iaitu Islam
kerana ia tak sama dengan ilham, istidraj, ma'unah mahupun sihir
Berapakah tempoh berlakunya penurunan ayat Al-Quran ketika di Mekah dan di Madinah?
13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah
10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah
20 tahun di Mekah dan 3 tahun di Madinah
3 tahun di Mekah dan 20 tahun di Madinah
Proses nuzul Al-Quran adalah seperti berikut KECUALI
Dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah di langit dunia
Dari Baitul 'Izzah ke jiwa Nabi Muhammad s.a.w
Dari malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w
Dari jiwa Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabat-sahabatnya
Apakah yang dimaksudkan dengan “tauqifi”?
Arahan dari nabi Muhammad s.a.w
Arahan dari para sahabat dan perantaraan kepada tabi`in
Arahan dari Rasulullah dan perantaraan kepada para sahabat
Aturan yang telah ditetapkan oleh Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Berikut merupakan zaman Al-Quran melalui proses pengumpulan, KECUALI
Zaman Nabi Muhammad s.a.w
Zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Zaman Saidina Umar Al-Khattab
Zaman Saidina `Uthman bin `Affan
Berikut merupakan adab penghormatan terhadap Al-Quran, KECUALI
Berwuduk sebelum membacanya
Bersiwak sebelum membacanya
Memakai wangian semasa membacanya
Menghadap kiblat ketika membacanya
Tafsir bil ma'sur ialah
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan kaedah ilmu bahasa Arab
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan kaedah ilmu usul fiqh
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan Al-Quran dan Al-Sunnah
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan kajian saintifik
Hikmah penurunan Al-Quran secara berperingkat adalah seperti berikut KECUALI
Sebagai pemakluman kepada ahli langit yang tujuh bahawa ini kitab yang terakhir
Mengukuhkan hati Nabi Muhammad s.a.w dalam menghadapi tabiat buruk orang arab
Bukti mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w bukan rekaan baginda s.a.w
Memudahkan sahabat untuk menghafaz Al-Quran dan memahami maksudnya.
Asbabun Nuzul ialah
Pintu yang diturunkan Al-Quran melaluinya
Ayat yang punyai tujuan tertentu padanya
Sebab yang diturunkan seperti taqdir
Ayat yang wujud sebab penurunannya
Dua bentuk asbabun nuzul dalam Al-Quran ialah
Apabila seseorang bertanya soalan kepada Rasulullah s.a.w
Apabila berlaku masalah dan isu yang besar di zaman Rasulullah s.a.w
Apabila berlaku sesuatu peristiwa di zaman Rasulullah s.a.w
Apabila seseorang yang hebat melakukan sesuatu masalah di zaman Rasulullah s.a.w
Ayat-ayat Makiyyah mempunyai ciri-ciri tersebut KECUALI
Surah yang terdapat ayat sajadah
Surah yang mengandungi kisah-kisah sirah Nabi dan umat terdahulu
Surah yang mengandungi kisah Nabi Adam & Iblis
Surah yang terdapat tanda ayat berulang padanya
Ayat-ayat Madaniyyah mempunyai ciri-ciri tersebut KECUALI
Ayat yang menyentuh tentang kepentingan aqidah dan akhlaq
Ayat yang menerangkan mengenai hukum hakam syari'at seperti muamalat dan jinayat
Surah yang mengizinkan berjihad dan menerangkan hukum jihad
Surah yang menyebutkan keadaan orang yang munafiq
Tafsir bil ra'yi ialah
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan akal berpandukan kaedah ilmu bahasa arab dan usul fiqh
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan ilmu tasawuf dan kasyaf dengan muraqabah kepada Allah
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan Al-Quran dan Al-Sunnah
Menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan kajian saintifik
Siapakah di kalangan sahabat yang banyak meriwayatkan tafsir Al-Quran?
Abu Musa Al-Asy`ari
Abdullah bin Abbas
Zaid bin Thabit
Ali bin Abi Talib
Apakah status bagi surah Al-Fatihah menurut ijma’ ulamak?
Surah Makiyyah
Surah Madaniyyah
Surah Makiyyah dan Madaniyyah
Surah yang tidak dinyatakan Makiyyah atau Madaniyyah
Ayat-ayat Makiyyah kebanyakannya diturunkan dengan tujuan berikut, KECUALI
Membebaskan manusia dari kegelapan
Membezakan antara hukum yang ada di dalam Al-Quran
Melarang syirik dan penyembahan berhala
Menguatkan akidah tauhid
Bentuk Israiliyyat adalah seperti berikut KECUALI
Cerita yang sudah diketahui kebenarannya dari wahyu dan tiada keraguan padanya
Cerita yang sudah diketahui kebohongannya kerana bercanggah dengan syari'at
Cerita yang berada di antara dua keadaan, maka tidak boleh dipercayai kesemuanya
Cerita yang berada di antara dua keadaan, maka tidak boleh dipercayai atau ditolak sepenuhnya
Para sahabat r.a menafsirkan Al-Quran berpandukan sumber yang berikut KECUALI
Kemampuan mereka berijtihad dan mengambil intisari makna ayat (istinbat)
Penjelasan dari Al-Quran atau nabi s.a.w mengenai ayat tersebut
Keterangan dari bekas ahli kitab yang mendalami Injil dan Taurat
Ilham yang datang dari munajat dan mimpi mereka ketika tidur
Berikut adalah beberapa kitab tafsir karangan ulamak nusantara KECUALI
Tafsir al-Azhar oleh Dr. Abdul Karim Amrullah
Tafsir al-Misbah oleh Dr. Quraisy Shihab
Tafsir al-Nur oleh Dr. Muhd. Hasbi al-Siddiqi
Tafsir al-Munir oleh Dr. Wahbah Zuhaili
Pilih penyataan yang BENAR mengenai al-Isti'azah.
Merupakan sebahagian dari ayat surah al-Fatihah.
Merupakan sebahagian dari ayat surah al-Nahl.
Wajib dibaca setiap kali memulakan bacaan Al-Quran.
Merupakan sumpah yang dilafaz untuk memerangi syaitan.
Pilih penyataan yang SALAH mengenai surah al-Fatihah.
Surah yang menerangkan tentang golongan yang dibenci dan disesatkan oleh Allah.
Menjelaskan tentang sifat Allah sebagai tuhan yang menguasai semua alam dan makhluk.
Surah yang mengandungi asas Islam yang kukuh untuk panduan mukmin.
Menghurai tentang peristiwa hari akhirat yang sangat digeruni oleh semua makhluk.
