wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEMBANGUNAN NEGARA: NASIONALIISME

Total questions: 8

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

a)

membantu dalam membanteras jenayah

b)

mematuhi undang-undang negara

c)

perasaan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira kaum.

d)

perasaan cintakan dan bangga dgn tanah air sendiri yg mendalam

2.

Apakah konsep nasionalisme?

a)

nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

b)

nasionalisme adalah satu cara untuk masyarakat menunjukkan tunjuk perasaan.

c)

nasionalisme adalah satu pendekatan dalam mempertahankan negara daripada serangan musuh dan bersama menjaga kesejahteraan negara

d)

nasionalisme ialah satu pemikiran masyarakat dalam menghargai pengorbanan pengorbanan pejuang dahulu.

3.

Petikan: En.Muhammad mengambil risiko untuk berhenti kerja dan membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk kepentingan dirinya dan penduduk kampung. En.Muhammad dijadikan pengerusi syarikat kerana dia dipercayai dapat mempengaruhi penduduk Kampung Pulai, sebuah kampung yang termasuk dalam kawasan yang akan dilombong. Jika sekiranya En.Muhammad tidak mengambil risiko untuk membuka syarikat tersebut nescaya dia tidak akan berjaya menjadi ahli perniagaan yang tersohor dan penduduk kampung Lembah Tualang tidak akan berkembang maju.


Berdasarkan petikan di atas, apakah ciri nasionalisme yang diberikan?

a)

Berbakti kepada Negara melalui peluang pekerjaan yang diberikan

b)

Berbakti kepada Negara melalui pembukaan Lombong Lembah Tualang

c)

Berbakti kepada Negara melalui berkorban mempertahankan musuh

d)

Berbakti kepada Negara melalui melakukan jamuan makan bersama pekerjanya.

4.

Pekan Tualang telah dibersihkan.Bendera-bendera negeri dan bendera Persekutuan berkibaran pada tiap kedai.Pintu gerbang telah dibina dekat batu tanda Majlis Bandaran,sebuah lagi dekat rumah rehat,sebuah dekat simpang masuk bandar dan sebuah di perimpangan ke pejabat daerah. Kelab pegawai kerajaan di hujung padang bola itu pun sudah diberihkan dan di hias dengan bendera dan panji-panji.Keliling padang juga di barisi oleh panji-panji berbagai warna Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan berangakat mengadakan lawatan 2 hari mulai esok.Tiap-tiap tahun peritiwa begitu berlaku.Baginda Sultan berangkat menemui rakyat dari daerah ke daerah sebulan dua sebelum perayaan puja umur Baginda.


Berdasarkan petikan di atas, apakah ciri nasionalisme yang ditonjolkan?

a)

kedaulatan undang-undang

b)

kebajikan kepada rakyat dan negara

c)

taat dan setia kepada raja dan negara

d)

keluhuran perlembagaan

5.

“Ah, bukan ladang, kebun saja, barangkali empat lima ekar. Entahlah.Saya pun tak tahu sangat tujuannya.Tapi agak saya dia nak ajar budak- budak di sini berusaha menanam orkid untuk dijadikan perniagaan. Bunga orkid memang laku di bandar- bandar, bahkan laku dijual ke luar negeri".

a)

Berbakti kepada negara dengan menambah pendapatan ekonomi

b)

Berbakti kepada negara dengan mempelajari pelbagai ilmu kesenian

c)

Berbakti kepada negara dengan membantu memperkembangkan sektor peranginan

d)

Berbakti kepada negara dengan melakukan perubahan terhadap dasar negara

6.

Brikut adalah kepentingan nasionalisme, kecuali:

a)

Membentuk jati diri masyarakat

b)

Mengekalkan keamanan negara

c)

Mewujudkan rakyat yang cinta akan negara

d)

Mewujudkan masyarakat yang adil

7.

PETIKAN: Pekan Tualang telah dibersihkan. Bendera-bendera negeri dan bendera Persekutuan berkibaran pada tiap kedai. Pintu gerbang telah dibina dekat batu tanda Majlis Bandaran, sebuah lagi dekat rumah rehat,sebuah dekat simpang masuk bandar dan sebuah di perimpangan ke pejabat daerah. Kelab pegawai kerajaan di hujung padang bola itu pun sudah diberihkan dan di hias dengan bendera dan panji-panji. Keliling padang juga di barisi oleh panji-panji berbagai warna Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan berangakat mengadakan lawatan 2 hari mulai esok. Tiap-tiap tahun peritiwa begitu berlaku. Baginda Sultan berangkat menemui rakyat dari daerah ke daerah sebulan dua sebelum perayaan puja umur Baginda.


Berdasarkan petikan berikut, apakah kesannya terhadap rakyat?

a)

Setiap warganegara perlu menumpahkan taat setia kepada raja sebagai pemimpin tertinggi dalam negara kita yang mengamalkan konsep demokrasi beraja.

b)

Sebagai seorang pelajar, kita haruslah berbakti kepada negara dalam apa jua bentuk sumbangan untuk memajukan negara dan memperbaiki sistem sosial dalam hidup kita.

c)

Kita mestilah sentiasa memastikan setiap orang mendapat kebebasan untuk melangkah kepada hidup yang lebih baik

d)

Kita perlu mengambil sedikit risiko bagi mencapai kejayaan dalam hidup agar kita terus maju kehadapan

8.

Kemudian segera dia mencapai gambar Robert,anak sulungnya yang kacak berumur 23 tahun.Dua tahun lagi anaknya akan pulang dari London dengan ijazah Kejuruteraan Lombong itu pilihan ayahnya.


Rahim,terutamanya akhir-akhir ini kerap menulis dari London tentang kemerosotan moral di seluruh dunia oleh kerana manusia sekarang telah menurunkan darjat mereka menjadi hamaba kepada kekayaan, hamba hawa nafus, hamba kemewahan dan kemalasan.Manusia sekarang tidak mempertahankan dirinya lagi sebagai manusia,makhluk Allah yang berdarjat.


Apakah ciri nasionalisme yang ditonjolkan berdasarkan petikan tersebut?

a)

Menghormati peraturan dan undang-undang negara

b)

Berbakti terhadap negara

c)

Menghormati perlembagaan negara

d)

Taat setia kepada raja dan negara