NEW
Font size
WorksheetsLatihan Kata Banyak Makna
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar
negeri.
II Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-
cara mengisi borang Amanah Saham Nasional.
III Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap
kedua orang tuanya.
IV Walaupun usianya agak lanjut namun dia masih gemar
membaca.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Suasana di Kampung Teratai menjadi gamat apabila kedengaran satu letupan yang kuat.
II Kawasan setinggan yang berdekatan itu gamat dengan rumah-rumah.
III Penjual ubat itu gamat kerana dikerumuni oleh orang ramai.
IV Majlis perkahwinan itu gamat dengan gelak ketawa.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Sudah menjadi rutin bulan Amir untuk menziarahi anak-anak yatim di Padang Serai.
II Ayah akan mengirimkan perbelanjaan bulan bagi kami sekeluarga melalui pos.
III Mengapakah Azila sudah beberapa bulan tidak datang ke sekolah?
IV Setiap akhir bulan ayah menerima gaji daripada majikannya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Oleh kerana ayah Kamal suntuk wang, Kamal tidak dapat menyertai rombongan sekolahnya ke Melaka.
II Petani itu dapat menuai kesemua padinya kerana dia sekeluarga bekerja sehari suntuk.
III Para peserta gagal menyiapkan projek mereka disebabkan masa yang diberi begitu suntuk.
IV Perasaannya suntuk apabila musim tengkujuh tiba kerana dia tidak dapat turun ke laut.
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat kabur.
II Soalan yang kabur biasanya sukar dijawab boleh murid.
III Cuaca hari ini diramalkan kabur pada sebelah pagi.
IV Intan kabur wang dengan syarikat pelaburan itu.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Gasing itu berputar dengan kencang apabila dilemparkan ke tanah.
II Tendangannya yang kencang telah menyebabkan bola Itu keluar padang.
III Angin yang kencang menyebabkan beberapa batang pokok tumbang.
IV Kita tidak digalakkan bercakap kencang dengan orang tua-tua.
I dan II
II dan III
II dan IV
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kapal terbang itu dibenarkan mendarat setelah juruterbangnya menerima alamat dari menara kawalan.
II Ayam berkokok alamat hari hendak siang.
III Alamat suka panjat pokok, Daniel telah patah kaki.
IV Alamat Leman akan dimarahi ibunya kerana dia mandi di lombong itu.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Cahaya hari itu hangat sekali.
II Tidak lama lagi abang akan memperoleh cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
I dan II
III dan IV
II dan III
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Maria tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk melanjutkan pelajaran keluar negeri.
II Cik Liza menyuruh Mary berganjak dari tempat duduknya.
III Setelah lima tahun tinggal di Muar, Encik Maniam pun berganjak ke Ipoh.
IV Mona berganjak dari rumahnya setelah mendapat tawaran bekerja di bandar.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pokok rambutan itu berbuah lebat.
II Rambutnya ikal, lebat dan kelihatan bersinar.
III Pendebat itu lebat berhujah sehingga penonton terpegun.
IV Dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yang lebat corak emasnya dalam masa dua hari.
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Seorang yang mempunyai paras yang cantik belum tentu mempunyai perangai yang baik.
II Pak Amin membeli sebilah paras.
III Dia membeli baju yang tidak sama paras badannya.
IV Gambar itu digantung sama paras dengan ketinggian saya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kebanyakan orang tua yang hidup melarat telah dimasukkan ke rumah kebajikan.
II Saya tidak melarat untuk mengangkat almari yang berat itu.
III Kebakaran hutan itu telah melarat ke kawasan perkampungan.
IV Paku yang berada di dalam kotak itu telah melarat.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Setiap hari Pak Zuri memerah pokok getah untuk mendapatkan susunya.
II Budak itu memerah telinga untuk mendengar percakapan kawannya.
III Emak memerah isi kelapa untuk mendapatkan santannya.
IV Abang memerah otaknya untuk menghadapi ujian itu.
I dan II
II dan IV
I dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Barang-barang itu disusun mengikut kaum di atas rak.
II Kaum Malaysia yang berbilang keturunan hidup bersatu padu.
III Masih terdapat kaum asli yang mengamalkan cara hidup seperti nenek moyang mereka.
IV Majlis perkahwinan itu diadakan khas untuk kaum kerabat mereka sahaja.
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Dahinya berkerut apabila dia disoal siasat oleh pegawai polis itu.
II Badannya berkerut setelah beberapa lama mandi di sungai.
III Kakinya kelihatan berkerut setelah lukanya sembuh.
IV Wajahnya semakin berkerut apabila umurnya meningkat tua.
I dan IV
I dan II
II dan IV
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Dia mengalami kerugian yang agak besar dalam kebakaran itu.
II Agak yang dibuat oleh ibu itu sangat sedap.
III Bangunan itu tingginya agak dua puluh meter.
IV Jangan main agak sahaja apabila menjawab pertanyaan guru.
I dan IV
II dan III
I dan III
II dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kalau semangat kita lemah, kita tidak akan dapat mencapai segala cita-cita.
II Keropok yang telah digoreng itu menjadi lemah kerana tidak disimpan di dalam tin.
III Badannya terasa lemah kerana dia tidak berselera makan selama beberapa hari..
IV Sikapnya yang lemah itu telah memikat hati penduduk di kampung itu.
I dan IV
I dan III
II dan IV
II dan III
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Perasan Mak Tijah bergelora semasa menanti kepulangan anaknya yang bertugas di sempadan.
II Kebanyakan pemimpin kita mempunyai semangat yang bergelora untuk memperjuangkan nasib anak bangsa.
III Kampung itu bergelora akibat diancam oleh gajah liar.
IV Nelayan tidak digalakkan turun ke laut ketika laut bergelora.
I dan IV
I dan III
II dan IV
II dan III
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pasang suami isteri itu baru sahaja berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.
II Alif membeli beberapa pasang pisang daripada pekebun untuk dijual di pasar.
III “ Air laut mulai pasang pada pukul 10.00 pagi, “ kata ayah kepada ibu.
IV Yusof pasang pelita kerana bekalan elektrik terputus.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Rumah rendah di taman itu dijual dengan kos yang berpatutan.
II Barangan elektrik yang murah itu tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional jauh lebih rendah daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid Tahun Enam Dedikasi rendah dalam mata pelajaran Matematik.
I dan IV
I dan III
II dan III
II dan IV
