wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh bilangan Tahap 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Bibi membelikan ibunya _______ baju kurung semasa membeli-belah di Kuala Lumpur.

a)

sepasang

b)

sehelai

c)

sekeping

d)

sepotong

2.

Chong membeli _______ pen di kedai buku itu.

a)

sepasang

b)

sebatang

c)

sebentuk

d)

sepucuk

3.

Pelancong dari Korea itu makan dua ______ buah mangga.

a)

biji

b)

keping

c)

ulas

d)

tandan

4.

Encik Raju membelah kayu menggunakan _______ kapak

a)

sebatang

b)

sebentuk

c)

sebilah

d)

sepucuk

5.

Kakak menerima ___________ surat daripada tunangnya.

a)

senaskhah

b)

sekeping

c)

sepucuk

d)

sebentuk

6.

Encik Kamal menghadiahi isterinya lima______ bunga mawar sempena hari jadinya.

a)

kuntum

b)

batang

c)

keping

d)

biji

7.

Masukkan ______ garam ke dalam sup ayam itu untuk menambah kesedapannya.

a)

sebungkus

b)

segenggam

c)

secubit

d)

sebiji

8.

Ayah membeli ________ petai di gerai itu.

a)

sekaki

b)

sebungkus

c)

sekeping

d)

sepapan

9.

Nenek membaca _______ surat khabar di ruang tamu.

a)

sekeping

b)

senaskhah

c)

sebuah

d)

sehelai

10.

__________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makanan.

a)

Seangkatan

b)

Sekawan

c)

Sepasukan

d)

Sekumpulan