wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MEKANISME PENGANGKUTAN AIR DARI AKAR KE PUCUK TUMBUHAN

Total questions: 15

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor yang membantu pergerakan air dari akar ke daun?

a)

Tekanan akar

b)

Tindakan kapilari

c)

Tarikan graviti

d)

Tarikan transpirasi

2.

Apakah punca yang menyebabkan tekanan akar terbentuk di dalam akar?

a)

Penyerapan ion mineral daripada tanah

b)

Air tanah yg hipertonik berbanding sel akar rambut

c)

Proses osmosis berterusan

d)

Tindakan kapilari di dalam xilem

3.

Antara berikut, yang manakah BUKAN sel yang terlibat dalam pergerakan air di akar?

a)

Sel akar rambut

b)

Sel korteks

c)

Sel epidermis

d)

Sel endodermis

e)

Sel parenkima

4.

Antara berikut, yang manakah daya-daya yang terlibat dalam mewujudkan kesan tindakan kapilari dalam xilem tumbuhan?

a)

Daya lekatan

b)

Daya lekitan

c)

Daya mampatan

d)

Daya geseran

e)

Daya magnet

5.

Rajah menunjukkan analogi kesan tindakan kapilari di dalam xilem. Apakah daya Y?

a)

Daya lekitan

b)

Daya lekatan

c)

Daya tarikan

d)

Daya ikatan

6.

Rajah menunjukkan analogi kesan tindakan kapilari di dalam xilem. Apakah daya X?

a)

Daya lekitan

b)

Daya lekatan

c)

Daya tarikan

d)

Daya ikatan

7.

Apakah kebaikan tindakan kapilari dalam pengangkutan air di dalam xilem?

a)

Air dapat mengikut tarikan graviti

b)

Turus air tidak terputus di dalam xilem

c)

Air dapat kekal di dalam xilem

d)

Pergerakan air dapat diperlahankan

8.

Rajah menunjukkan paras larutan berwarna di dalam tiub yang berbeza saiz. Apakah punca yang menyebabkan tiub paling halus lebih tinggi parasnya?

a)

Tekanan udara

b)

Daya mengufuk

c)

Tindakan kapilari

d)

Daya geseran

9.

Apakah kesan yang ditunjukkan oleh rajah grafik ke atas pengangkutan air?

a)

Tekanan akar

b)

Tindakan kapilari

c)

Tarikan transpirasi

d)

Penyejatan air

10.

Antara berikut, yang manakah BUKAN punca yang menyebabkan wujudnya tarikan transpirasi?

a)

Sel-sel mesofil kerap kehilangan air akibat penyejatan

b)

Proses osmosis di antara xilem dan sel-sel daun

c)

Penyejatan air di antara ruang udara dalam daun dan atmosfera

d)

Pergerakan udara yang lebih laju

11.

Rajah menunjukkan fenomena yang berlaku pada waktu malam yang panas dan lembab. Namakan fenomena tersebut?

a)

Pengembunan

b)

Gutasi

c)

Translokasi

d)

Transpirasi

12.

Antara berikut, yang manakah BUKAN punca fenomena gutasi berlaku?

a)

Kesan tekanan akar menolak air menerusi liang hidatod daun

b)

Liang stoma tertutup waktu malam

c)

Udara yang panas dan lembab mengurangkan kadar sejatan air

d)

Tindakan kapilari pada saluran xilem di daun

13.

Bagaimanakah air dapat bergerak di sepanjang sel-sel akar ke xilem yang mewujudkan tekanan akar?

a)

Pengangkutan aktif

b)

Osmosis

c)

Resapan ringkas

d)

Resapan berbantu

14.

Apakah faktor yang BUKAN menyebabkan air bergerak secara berterusan melalui xilem?

a)

Daya lekitan molekul air

b)

Daya lekatan molekul air

c)

Tekanan hidrostatik

d)

Tindakan kapilari

15.

Antara berikut, yang manakah TIDAK membantu proses pengangkutan air daripada akar ke daun?

a)

Tekanan akar

b)

Tindakan kapilari

c)

Tarikan transpirasi

d)

Tenaga ATP