wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejauh mana anda mengenali amalan PAK21 + SKPMg2?

Total questions: 17

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah terpenting dalam PAK21?

a)

Lot Parkir (PL)

b)

carta ganjaran (RC)

c)

isyarat senyap (QS)

d)

Struktur koperatif

2.

Paling awal dilaksanakan sebelum sesi PdP bermula dalam PAK21 ialah...............

a)

Menulis OPKK

b)

Menyusun murid dalam kelas secara berkumpulan

c)

Membina Lot Parkir

d)

Membacakan Kriteria Kejayaan

3.

Menurut garis panduan PAK21 KPM elemen 4K1N sebagai standard asas yang digunakan. Di antara berikut yang manakah bukan elemen 4K1N yang dimaksudkan itu.

a)

Komunikasi

b)

Pemikiran Kritis

c)

Karektor

d)

Nilai murni dan etika

4.

Pilih platform yang terbaik untuk mendapatkan suara murid yang menjadi salah satu ciri PAK21 dalam dua hala guru dan murid di bilik darjah.

a)

Lot Parkir

b)

Isyarat senyap

c)

carta ganjaran

d)

perisian padlet

5.

Rajah menunjukkan salah satu bentuk alat yang digunakan oleh guru untuk merealisasikan................................dalam SKPMg2 yang selari dengan pelaksanaan PAK21.

a)

Guru sebagai pendorong, pendorong minda murid

b)

Guru sebagai penilai, melaksanakan penilaian

c)

Guru sebagai pengawal, pengawal suasana pembelajaran

d)

Guru sebagai perancang, perancang pelaksanaan PdPc.

6.

Pada tahun 2025 semua sekolah harian (SK dan SMK) akan dilaksanakan sepenuhnya melalui Program TS25 yang telah dimulakan secara berperingkat mulai tahun 2015. Elemen 6K atau 6C telah diperkenalkan bagi memenuhi ciri PAK21. Apakah dua elemen tambahan 2K daripada 6K yang telah diperkenalkan ini berbanding oleh KPM iaitu 4K1N pada sebelum ini.

a)

Kewarnegaraan dan Kreativiti

b)

pemikiran Kritis dan Karektor

c)

Karektor dan kewarnegaraan

d)

Kolaboratif dan Komunikasi

7.

Lupakan perbezaan dan cari titik persamaan, itulah cogan kata demi merealisasikan persepsi guru terhadap PAK21. Pilih peta pemikiran (i-think) yang sesuai digunakan bagi mencerna maklumat cogan kata tadi di dalam amalan struktur koperatif PdP, mind and combined.

a)

Peta Pokok

b)

Peta Buih

c)

Peta Buih Berganda

d)

Peta Titi

8.

Rajah menunjukkan seorang guru baru sahaja menyusun atur kedudukan murid di bilik darjah menerusi kaedahnya dan rasionalnya yang tersendiri. Beliau terus mengambil gambar supaya jika ada sebarang pertukaran tempat duduk dapat dikesan dengan mudah. Maka setiap kali bermulanya sesi PdP guru akan memaparkan gambar tersebut. Guru tersebut menekankan aspek tanpa streaming dalam kelompok makro dan mikro kumpulan murid. Apakah aspek yang digunakan bagi memenuhi tahap tindakan tersebut menurut SKPMg2 Standard 4 yang selari dengan kehendak PAK21 ini.

a)

Guru merancang

b)

Guru mengawal

c)

Guru mendorong

d)

Guru membimbing

9.

Seorang guru lebih menggemari menggunakan aplikasi whatsapp secara kumpulan dengan murid-muridnya melalui nombor telefon bimbit ibubapa atau penjaga masing-masing secara terkawal. Gambar Ikon whatsapp yang digunakan dan ditadbir oleh guru tersebut sebagai Lot Parkir Kelas 2A. Guru itu kerap juga memberi alamat yang dapat di link terus oleh murid ke tapak seperti perisian Padlet, Blendspace, Quizizz dan FrogVle di mana banyak bahan bermaklumat dan latihan PdP dapat dikongsikan secara e-learning atau bila-bila masa. Apakah hasrat utama penguasaan dan amalan Digital Tools di dalam PAK21 ini?

a)

Supaya dapat di kongsi sehingga ke peringkat dunia

b)

Supaya dapat manfaatkan kemudahan ICT yang disediakan

c)

Supaya mendapat maklum balas murid

d)

Supaya dapat memenuhi bilangan kali penggunaan ICT sekolah.

10.

Rajah menunjukkan struktur koperatif inside-outside circle yang diamalkan di bilik darjah bagi membincangkan sesuatu informasi dan mencambah berfikir secara lanjutan oleh sesama murid. PdP ini yang berpusatkan murid seperti kehendak PAK21 jelas dinyatakan juga dalam SKPMg2 Standard 4 dalam tahap tindakan......

a)

Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc

b)

Guru mengawal proses pembelajaran dengan memberi peluang kepada penyertaan aktif murid.

c)

Guru membimbing murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

d)

Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan merangsang murid berkomunikasi.

11.

Lazimnya, guru akan memberi lembaran latihan atau pun pelbagai bentuk latihan sebagai kerja rumah. Situasi ini berlaku kerana latihan pada penghujung sesi PdP tidak sempat diadakan. Maka inilah peluang guru tersebut menyelitkan soalan latihan yang berunsur KBAT. Sebaliknya , bagaimanakah unsur KBAT dapat dilaksanakan dalam struktur koperatif di bilik darjah?

a)

Menghafal sifir.

b)

Membaca rencana yang diberikan

c)

Mendedahkan video tentang sesuatu topik

d)

Memilih dan membina Peta Pemikiran yang sesuai

12.

Lazimnya hasil kerja kumpulan secara struktur koperatif yang telah dilaksanakan di bilik darjah akan ditampal atau digantungkan di satu lokasi di bilik darjah. Murid akan berasa bangga dan seperti dihargai oleh semua pihak khususnya oleh guru. Selepas dua minggu, guru akan menganggalkannya dan menggantikan yang baru. Guru sempat mengambil foto/gambar dan di hantar terus ke Lot Parkir 2A secara whatsapp kumpulan. Maka ia akan disaksikan oleh ibubapa atau penjaga malah dapat disimpan lama secara soft copy berbanding ia disimpan dalam fail bilik darjah sehingga berdebu. Sekali lagi murid berasa dihargai dan mendapat pujian serta motivasi oleh ibubapa dan penjaga. (Ada pendapat menyatakan bahawa jika 6K atau 6C telah dapat diamalkan di bilik darjah, ini bermakna PAK21 pun tercapai) . Apakah elemen K atau C yang telah dapat dikecapi murid (perkataan dihargai daripada ayat sebelum ini) daripada 6K atau 6C dalam PAK21?

a)

Komunikasi

b)

Kolaboratif

c)

Kreatif

d)

Karektor

13.

Sifat ketagihan berapa bilangan A yang diperolehi murid di dalam peperiksaan di kalangan ibubapa dan guru adalah amat merbahaya. Inilah punca guru hanya memberi murid itu latih tubi di sepanjang sesi PdP dari mula Tahun 1 sehinggalah Tahun 6. Akibatnya, akhirnya walaupun memperolehi keputusan banyak A, tetapi murid ini pasif dari segi komunikasi dan lebih bersifat mementingkan diri sendiri. Malah murid ini tidak dapat bergerak aktiviti secara berpasukan dan lebih pendiam. Fizikalnya, murid ini kelihatan lesu dan tidak aktif apa lagi bersukan. Murid ini terlalu bergantung kepada panduan guru dan tidak kreatif dan selalu takut tersilap buat. Akibatnya murid ini lebih bersifat menonton dan menerima sahaja. Secara tidak langsung ia amat tidak menepati PAK21. Mutakhir ini apakah langkah yang diambil oleh pihak KPM dalam isu berkaitan tersebut.

a)

Penilaian Bilik Darjah atau STEM

b)

Pentaksiran Bilik Darjah

c)

Pembelajaran Berasaskan Projek

d)

Pembelajaran Masteri

14.

Pada tahun 2012, kebanyakan guru telah banyak membelanjakan dengan menggunakan wang saku sendiri untuk menyediakan traffic light, parking lot dan reward chart di bilik darjah demi PAK21. Iaitu sebahagian alat yang digunakan dalam amalan PAK21. Namun demikian, yang terbaru, bila kita melakukan tinjauan di bilik-bilik darjah, didapati ia tidak lagi digunakan dan menjadi seperti hiasan di papan kenyataan bilik darjah. Apakah langkah yang perlu diambil untuk merealisasikan PAK21 dengan tanpa putus asa oleh semua pihak.

a)

Jika tidak lagi sesuai wajarlah ia dibuang.

b)

Jika tidak relevan dengan perubahan zaman maka perlulah di inovasikan dengan hasrat yang sama.

c)

Jika di rasakan tidak perlu maka teruskan saja dengan amalan strategi seperti Pembelajaran berasaskan projek

d)

Jika tidak sesuai maka perlulah di wujudkan Bilik PAK21 di sekolah.

15.

Sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu kemahiran baru merupakan tuntutan batil murid-murid yang tanpa disedari oleh guru. Apa lagi sifat mengongkong dan menyekat perkembangan mental dan fizikal murid semata memudahkan guru untuk mengawal kelas semata-mata. Putus asa dalam sifat senantiasa ingin menegur kesilapan murid. Malangnya dipadamkan terus peluang murid dengan peraturan tertentu. Sepatutnya, yang berada di sekelilingnya perlu berkerja keras. Akibatnya murid ini tertinggal jauh dalam bidang sains dan teknologi serta bidang ICT yang terkini. Murid perlu dilatih dan dididik bagi membezakan yang mana baik dan buruk untuk dipilih. Proses mengamal dan ditegur berterusan dapat meningkat antibodi dan jatidiri murid itu sendiri bagi mendepani di hari muka kehidupan dalam abad 21. Kesilapan memberi banyak pengalaman berguna di masa akan datang. Apakah fokus dalam PAK21 berkaitan perkara tersebut?

a)

Kemampuan bersaing di peringkat global

b)

Membangun secara seimbang dan futuristik

c)

PdPc berpusatkan guru perlu diutamakan

d)

Perkembangan murid berfokuskan peperiksaan.

16.

Ada pendapat menyatakan bahawa sekiranya struktur koperatif dapat dilaksanakan di bilik darjah pun secara minimum dan memadai dikira telah melaksanakan PAK21. Di antara berikut yang manakah merupakan amalan Struktur koperatif Three Stray, One Stay?

a)
b)
c)
d)
17.

Rajah menunjukkan tema sebuah Perancangan PrBL (Projek Base Learning) -KmR (Kemahiran melalui rekabentuk) yang menjalani merungkai dan seterusnya dirangkai (inter displinary) antara 3 SP kurikulum mata pelajaran Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tingkatan 1. The Big Idea yang dicetuskan oleh kumpulan ini adalah Pemuliharaan Alam Sekitar. Justeru itu beberapa soalan pencetus idea diutarakan bagi setiap mata pelajaran tersebut. Kemudian, beberapa tugasan dapat dijelmakan berserta pentaksiran setiapnya dilakukan. Keseluruhannya berjalan selama 4 minggu. Mengapakah proses berbentuk PdP ini dikatakan memenuhi PAK21?

a)

Kerana struktur koperatif diamalkan di dalam setiap tugasan

b)

Kerana corak persembahan perkongsian proses pembentukan PdP ini melalui tapak yang berciri Digital Tools.

c)

Kerana menggunakan rubrik 6C semasa pentaksiran tugasan showcase.

d)

Kerana Standard Prestasi yang dicapai pada setiap mata pelajaran sehingga ke TP 6.