WorksheetsProses Hidup Tumbuhan
Total questions: 40
Worksheet time: 37mins
Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?
Akar
Daun
Pucuk
Batang
Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?
Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.
Tumbuhan tidak mempunyai kaki.
Tumbuhan tidak membiak.
Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.
Berdasarkan gambar di atas, tumbuhan tersebut bergerak balas terhadap______________________.
Air
Cahaya
Graviti
Sentuhan
Manakah antara tumbuhan berikut BUKAN melindungi dirinya dengan bulu halus
Daun buluh
Daun tebu
Lalang
Pokok semalu
Manakah tumbuhan yang mempunyai ciri perlindungan yang sama seperti tumbuhan di atas?
Cendawan
Semalu
Tembakau
tebu
Ciri-ciri yang manakah membantu pokok di atas untuk hidup di kawasan padang pasir?
Mempunyai akar yang panjang
menggulungkan daun
Batang menyimpan air
Daun berpecah-pecah
Mengapakah pokok jagung dan pokok pisang menggulungkan daunnya?
Menyejukkan daunnya
Mengelakkan dari angin kencang
Mengurangkan kehilangan air
Menghalau serangga perosak
Manakah ciri-ciri bagi tumbuhan yang dihidup di kawasan angin kencang seperti di tepi pantai?
Menggugurkan daun
Daun berpecah-pecah
Akar panjang
Batang boleh lentur
Apakah yang dimaksudkan pencaran
Cara pembiakan tumbuhan
Cara pertumbuhan tumbuhan
Cara penyebaran biji benih
Cara pergerakan biji benih
Manakah antara berikut merupakan agen pencaran yang betul?
Air, Angin, Haiwan dan Tumbuhan
Air, Angin, Mekanisma letupan dan Haiwan
Hujan, Tiupan, Mekanisma balingan dan Haiwan
Air, Angin, Mekanisma sentuhan dan Haiwan
I Buah meranti
II Buah pong pong
III Buah rambutan
IV Buah kelapa
Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akar, pucuk, daun dan bunga. Apakah bahagian tumbuhan bergerak balas dalam rajah di atas?
Pucuk dan daun
Akar dan daun
Bunga dan akar
Berdasarkan gambar di atas, tumbuhan tersebut bergerak balas terhadap______________________.
Air
Cahaya
Graviti
Sentuhan
Berdasarkan gambar di atas, AKAR tumbuhan tersebut bergerak balas terhadap______________________.
Air
Cahaya
Graviti
Sentuhan
Apakah hasil proses fotosintesis?
Kanji sahaja
Oksigen sahaja
Bunga dan buah
Kanji dan oksigen
Tumbuhan melindungi diri daripada musuh. Apakah contoh cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh?
Berduri
Tanduk
Sisik keras
Apakah tumbuhan yag melindungi diri daripada musuh dengan mempunyai bulu halus?
Buluh, tebu, lalang
Pokok semalu, kaktus
nangka, keladi
Pong-pong, sesetengah cendawan
Apakah tumbuhan yag melindungi diri daripada musuh dengan mempunyai bergetah?
Buluh, tebu, lalang
Pokok semalu, kaktus
nangka, keladi
Pong-pong, sesetengah cendawan
Bagaimana pokok tembakau dan Rafflesia melindungi diri daripada musuh?
Mengeluarkan bau tidak menyenangkan
Beracun
Bergetah
Berduri
Apakah ciri khas pokok kaktus dan pokok pisang untuk menyesuaikan dengan iklim dan perubahan musim?
Akar panjang
Batang menyimpan air
menggulungkan daun
menggugurkan daun
Apakah ciri khas pokok jagung,pokok pisang, pokok tomato dan pokok kunyit untuk menyesuaikan dengan iklim dan perubahan musim?
Akar panjang
Batang menyimpan air
menggulungkan daun
menggugurkan daun
Bagaimana daun berpecah-pecah pada pokok kelapa dapat membantunya menyesuaikan dengan iklim dan perubahan musim?
Mengurangkan rintangan angin
Mengurangkan kehilangan air
Menyerap air dengan lebih baik
Apakah dua ciri yang terdapat pada buah kelapa yang membolehkannya dipencarkan melalui air?
Sabut berongga, kulit kalis air
Berbulu halus, kecil, ringan
struktur bersayap seperti helikopter
mempunyai cangkuk yang melekat pada bulu haiwan dan manusia
Apakah ciri-ciri yang terdapat pada biji benih lalang yang membolehkannya dipencarkan melalui angin?
Sabut berongga, kulit kalis air
Berbulu halus, kecil, ringan
struktur bersayap seperti helikopter
mempunyai cangkuk yang melekat pada bulu haiwan dan manusia
Apakah ciri-ciri yang terdapat pada biji benih pokok meranti yang membolehkannya dipencarkan melalui angin?
Sabut berongga, kulit kalis air
Berbulu halus, kecil, ringan
struktur bersayap seperti helikopter
mempunyai cangkuk yang melekat pada bulu haiwan dan manusia
Apakah ciri-ciri yang terdapat pada biji benih kemuncup yang membolehkannya dipencarkan melalui manusia dan haiwan?
Sabut berongga, kulit kalis air
Berbulu halus, kecil, ringan
struktur bersayap seperti helikopter
mempunyai cangkuk yang melekat pada bulu haiwan dan manusia
Apakah agen pencaran bagi buah di dalam gambar?
angin
haiwan
mekanisme letupan
air
Mengapakah biji benih perlu dipencarkan?
Untuk mendapat ruang yang lebih luas
Untuk memastikan kemandirian spesies
Untuk memberi ruang yang selesa
Untuk memudahkan tumbuhan yang baru tumbuh
Gas yang manakah diperlukan untuk tumbuhan membuat makanan?
Nitrogen
Oksigen
Hidrogen
Karbon dioksida
Kulit buah X akan menjadi kering dan meletup apabila matang. Biji benihnya akan terdebar jauh daripada induknya. Apakah buah X?
Kelapa
Kemuncup
Bendi
Durian
Antara berikut, tunbuhan yang manakah memencarkan biji benih dengan cara yang sama?
Pokok kelapa dan pokok teratai
Pokok keembung dan pokok betik
Pokok teratai dan pokok getah
Pokok bendi dan kemuncup
Berdasarkan ciri-ciri yang berikut, buah yang manakah dipencarkan oleh haiwan?
Keras dan kalis air
Warna terang dan menarik
Kecil dan ringan
Mempunyai sayap
Apakah ciri khas pada pokok buluh yang membolehkannya hidup di tempat berangin kencang ?
akar panjang
daun berbulu halus
daun berbentuk jarum
batang mudah melentur
Pilih buah yang dipadankan dengan agen pencaran yang BETUL
kemuncup => angin
pong-pong => haiwan
keembung => mekanisme letupan
meranti => air
