NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsSimpulan Bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Name
Class
Date
1.
Adik dimarahi ibu kerana hanya _________ sewaktu bermain di halaman rumah.
a)
kaki pukul
b)
kaki ayam
c)
kaki botol
d)
kaki bangku
2.
Golongan muda-mudi pada zaman sekarang semakin __________ kerana sering dimanjakan oleh ibu bapa masing-masing.
a)
besar kepala
b)
kepala angin
c)
ambil angin
d)
kuku besi
3.
Encik Amirul memperoleh _________ setelah sajak ciptaannya sempena Hari Kebangsaan telah terpilih sebagai pemenang tempat pertama.
a)
rambang mata
b)
anak emas
c)
bunga emas
d)
durian runtuh
4.
Setiap hari Encik Rahman ________ bagi menyera keluarganya setealh kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.
a)
mandi kerbau
b)
mandi peluh
c)
hidung belang
d)
hidung tinggi
5.
Sakinah tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang kedekut dan digelar ________.
a)
hati batu
b)
keras kepala
c)
tangkai jering
d)
buruk siku
6.
_____________ yang sering berkumpul di kedai arak itu berlari lintang-pukang setelah melihat sebuah kereta polis muncul secara tiba-tiba.
a)
Kaki perempuan
b)
Kaki botol
c)
Kaki bangku
d)
Kaki pukul
7.
Salmah dan Asyikin tidak menyukai Fatimah kerana dia bukan _________ bapa mereka.
a)
anak bongsu
b)
anak emas
c)
anak kandung
d)
anak tunggal
8.
Perilaku Aminah yang kurang sopan pada tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.
a)
buah mulut
b)
buah fikiran
c)
buah cakap
d)
buah-buahan
9.
Pemboncang motosikal itu _________ setelah terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan 3 buah kereta dan lima buah motosikal.
a)
hilang akal
b)
lupa daratan
c)
nyawa-nyawa ikan
d)
mandi kerbau
10.
Pihak syarikat masih belum dapat memberikan ______ berhubung kes pembahagian saham syarikat kepada ahli-ahli penaungnya.
a)
kata hubung
b)
kata putus
c)
kata kunci
d)
kata nasihat
11.
Murid-murid kelas 4 Bakawali tidak lagi mempercayai Alimin setelah mengetahui dia suka membongkarkan rahsia orang lain. Dia digelar ______________.
a)
mulut murai
b)
lidah bercabang
c)
lidah pisau
d)
mulut tempayan
12.
Lelaki yang kaya-raya harus menjauhi perempuan-perempuan di luar sana yang bersikap ____________.
a)
ambil berat
b)
mulut murai
c)
pisau cukur
d)
lidah bercabang
13.
Serbuan pihak polis kebelakangan ini tidak berhasil kerana wujudnya ______________ dalam kalangan polis yang membocorkan maklumat.
a)
ikat perut
b)
kacang hantu
c)
tali barut
d)
mulut tempayan
14.
Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah mempercayai __________ dan perlu merujuk sumber yang betul bagi memperoleh maklumat yang sahih.
a)
khabar baik
b)
surat khabar
c)
khabar angin
d)
khabar gembira
15.
Lee Meng terpaksa __________ selepas dibuang kerja 2 bulan yang lepas.
a)
hidung tinggi
b)
tangkai jering
c)
lompat pagar
d)
ikat perut
16.
Syarikat NPS Sdn Bhd memecat semua pekerjanya setelah syarikat itu menanggung hutang yang tinggi dan terpaksa _______________.
a)
durian runtuh
b)
atas angin
c)
gulung tikar
d)
tutup untung
17.
Lagu terbaru penyanyi muda, Daniel Halif sering diputarkan di corong radio dan kini telah menjadi ____________ orang ramai.
a)
halwa telinga
b)
pemanis mulut
c)
jinak merbok
d)
alunan bayu
18.
Azman telah menggunakan abangnya sebagai __________ untuk berjaya dalam kariernya meskipun telah diberi amaran oleh kakaknya.
a)
batu api
b)
batu loncatan
c)
batu perigi
d)
batu kejayaan
19.
Keluarga Encik Azmi bertambah gembira selepas kehadiran _______________ yang ketiga buat mereka.
a)
cahaya hati
b)
cahaya mata
c)
cahaya fajar
d)
cahaya anak
20.
Kita tidak boleh terus ____________ sahaja tanpa mempunyai bukti yang kukuh dan saksi yang melihat kejadian tersebut
a)
tembak rambang
b)
guna akal
c)
tarik tali
d)
serkap jarang
Reset
