NEW
Font size
WorksheetsUJIAN KEFAHAMAN KURSUS INTENSIF HAJI
Total questions: 25
Worksheet time: 16mins
Definisi Haji ialah…...
A. Mengungjungi Masjid Nabawi di Madinah sepanjang tahun untuk menziarahi Maqam Rasulullah
B. Mengunjungi Baitullah al Haram di Makkah pada bulan-bulan Haji untuk mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syaratnya.
C. Mengunjungi Baitullah al Haram di Madinah pada bulan Haji.
D. Mengunjungi Baitullah al Haram di Makkah sepanjang tahun untuk mengerjakan ibadah tertentu mengikut syarat-syaratnya.
Sebahagian daripada Rukun Haji ialah…..
A. Bermalam di Mina dan melontar Jamrah
B. Wuquf , Mabit di Muzdalifah dan saie
C. Tawaf, Wuquf, Saie
D. Meninggalkan larangan Ihram, melontar jamrah
Berapakah bilangan Rukun Haji
A. 5
B. 6
C. 3
D. 2
Rukun Haji ialah…..
A. Pekerjaan yang mesti ditunaikan oleh Jemaah haji, jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sah hajinya.
B. Perkara sunat dalam ibadat haji.
C. Pekerjaan yang tidak mesti ditunaikan oleh Jemaah haji, jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak maka sah hajinya.
D. Perkara-perkara yang dilarang semasa mengerjakan haji.
Bermula dan berakhir pusingan tawaf hendaklah di penjuru (rukun)…..
A. Iraqi
B. Syami
C. Yamani
D. Hajarul Aswad
Perkara yang boleh membatalkan pusingan tawaf ialah….
A. Bercakap-cakap semasa tawaf
B. Tidak membaca doa semasa tawaf.
C. Menyentuh Kaabah dan Hijr Ismail semasa tawaf
D. Menyentuh Maqam Ibrahim
Bagaimanakah cara menyambunng semula pusingan tawaf yang telah batal?
A. Mengulangi semula semua pusingan dan dimulakan semula dari penjuru (rukun) Hajarul Aswad
B. Mengulangi hanya pada pusingan yang batal sahaja dan boleh dimulakan ditempat yang batal tersebut tetapi afdhal dimulakan semula di penjuru (rukun) hajarul Aswad
C. Perlu sambung dan Jemaah dikenakan dam
D. Tidak perlu sambung
Adakah batal wuduk jika bersentuhan antara lelaki dan wanita ketika tawaf dan dalam keadaan mashaqqah(kepayahan/Kesusahan)semasa di Tanah Suci Makkah dan Madinah?
A. Batal wuduk
B. Tidak batal wuduk tetapi dikenakan dam
C. Tidak batal wuduk jika tanpa syahwat dan boleh melakukan sebarang ibadat lain seperti solat,membaca al-quran dan sebagainya
D. Tidak batal wuduk jika tidak sengaja.
Saie hendaklah dimulakan di....
A. Bukit Jabal Rahmah dan berakhir di Bukit Marwah
B. Bukit Marwah dan berakhir di Bukit Safa
C. Bukit Qubaisy dan berakhir di bukit Marwah
D. Bukit safa dan berakhir di Bukit Marwah
Apakah maksud bercukur atau bergunting?
A. Menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut dari mana-mana sudut kepala
B. Menanggalkan sekurang-kurangnya dua helai rambut
C. Menanggalkan mana-mana bulu di anggota badan.
D. Menanggalkan sekurang-kurangnya dua helai rambut dari mana-mana sudut kepala
Jemaah Haji Wanita adalah afdal menggunting rambut dengan kadar...
A. Keseluruhan kepala
B. Sepanjang seruas jari dari mana-mana sudut kepala
C. Kesemua ukuran rambut mengikut kesesuaian
D. Tiga inci Panjang rambut
Apakah dibolehkan menggunting rambut sendiri untuk tahallul setelah sempurna saie?
A. Perbuatan tersebut haram dan dikenakan dam
B. Perbuatan tersebut dibolehkan dan tidak dikenakan dam
C. Perbuatan tersebut makruh sahaja
D. Perbuatan tersebut tidak sah dan perlu mencari kawan untuk menggunting rambut semula.
Wajib Haji ialah…..
A. Pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji,jika tidak dilakukan salah satu daripadanya sah hajinya dan wajib dam dengan syarat-syaratnya.
B. Pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji, jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya tidak sah hajinya.
C. Wajib bagi seorang Islam melaksanakan ibadat haji
D. Perkara-perkara sunat dalam ibadat haji.
Berniat Ihram di miqat adalah…..
A. Makruh
B. Rukun
C. Sunat.
D. Wajib.
E. Harus
Jemaah haji yang melalui laluan penerbangan dari Malaysia dan terus memasuki Makkah terlebih dahulu akan berniat ihram di miqat yang bernama…...
A. Zul Hulaifah (Bir Ali)
B. Juhfah
C. Qarnul Manazil
D. Mesir
Jemaah haji yang memasuki Madinah terlebih dahulu kemudian bertolak ke Makkah akan berniat ihram di Miqat yang bernama...
A. Ja'ranah
B. Iraqi
C. Qarnul Manazil
D. Zul Hulaifah (Bir Ali)
Jemaah haji yang keluar meninggalkan Mina pada petang 12 Zulhijjah dengan syarat-syarat tertentu dan tidak kembali lagi ke Mina untuk mabit/melontar jamrah pada 13 Zulhijjah dikenali sebagai…..
A. Tahallul Awwal
B. Tahallul Thani
C. Nafar Awwal
D. Nafar Thani
Berapakah cara pelaksanaan ibadat Haji?
A. 3 cara iaitu Haji Tamattu, Haji Qiran dan Haji Ifrad
B. 2 cara iaitu Haji Tamattu dan Haji Qiran
C. 1 cara iaitu Haji Qiran
D. 4 cara iaitu Haji Tamattu, Haji Qiran , Haji Ifrad dan Haji Nazar
Jika seseorang Jemaah haji mengerjakan Haji Tamattu, ia hendaklah berniat……....sebelum mengerjakan Ibadat Haji pada 8 Zulhijjah
A. Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala
B. Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala
C. Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala
D. Sahaja aku mengerjakan Haji Qiran kerana Allah Taala
Haji Ifrad ialah…….
A. Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji dan umrah pula dilakukan setelah selesai mengerjakan haji.
B. Mengerjakan umrah dahulu kemudian mengerjakan haji
C. Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja
D. Memasuki Makkah dengan memakai pakaian ihram tanpa niat
Bolehkah wanita yang berada dalam keadaan haid berniat ihram?
A. Boleh tapi dikenakan dam
B. Boleh tetapi wajib berniat semula apabila suci
C. Boleh tetapi berdosa
D. Boleh niat, tidak berdosa dan tidak dikenakan dam
Adakah dikenakan dam jika Jemaah haji masih lagi dalam keadaan ihram memakai wangian kerana terlupa atau tidak sengaja?
A. Tidak dikenakan Dam
B. Dikenakan Dam
Adakah dikenalkan Dam jika Jemaah haji lelaki sengaja menutup kepala dengan pakaian sedangkan masih lagi dalam keadaan ihram?
A. Tidak dikenakan Dam
B. Dikenakan Dam
Kelebihan menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi ialah…...
A. 100 kali ganda berbanding masjid lain
B. 1000 kali ganda berbanding masjid lain.
Berikut adalah lokasi ziarah tempat bersejarah semasa di Madinah kecuali….
A. Maqam Syuhada Uhud
B. Masjid Quba
C. Masjid Hudaibiyyah
D. Masjid Qiblatain
