wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Ekonomi adalah kajian tentang

a)

A bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas

b)

A bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi

c)

A tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang terhad

d)

A tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber

2.

Masalah kekurangan berlaku kerana

a)

A kadar pertambahan penduduk yang tidak terkawal

b)

A kehausan dan kepupusan sumber alam semula jadi

c)

A faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam ekonomi

d)

A faktor pengeluaran adalah terhad berbanding dengan kehendak yang pelbagai

3.

Gambar berikut menunjukkan faktor pengeluaran.


Pernyataan manakah yang menggambarkan sumber ekonomi A?

a)

A Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi

b)

A Mempunyai penawaran yang tidak terhad

c)

A Menggabungkan faktor pengeluaran yang lain

d)

A Mencapai pengeluaran output yang maksimum

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Embun Sdn. Bhd


Apakah kos lepas jika Syarikat Embun Sdn. Bhd menukar teknik pengeluaran daripada B ke D?

a)

30 unit meja makan

b)

60 unit meja makan

c)

A 60 unit sofa

d)

70 unit sofa

5.

Rajah berikut menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran.

Pilih pernyataan yang tepat apabila kombinasi pengeluaran bergerak daripada titik D ke E.

a)

Semakin banyak barang X dikeluarkan dalam ekonomi

b)

Semakin banyak barang Y dikeluarkan dalam ekonomi

c)

Kadar pengangguran adalah tinggi dalam ekonomi

d)

Berlaku kemajuan tingkat teknologi pengeluaran

6.

Jadual berikut menunjukkan kombinasi pengeluaran makanan dan pakaian sebuah ekonomi.

Apakah akan berlaku jika kombinasi pengeluaran 9 tan metrik makanan dan 12 ribu helai pakaian dipilih?

a)

konomi tidak berupaya mencapai kombinasi pengeluaran yang dipilih

b)

Ekonomi akan beroperasi pada tahap guna tenaga penuh

c)

Ekonomi akan mengalami pembaziran sumber

d)

Ekonomi berlaku pengangguran yang serius

7.

Apakah faktor yang mendorong kerajaan untuk campur tangan dalam sistem ekonomi campuran?

a)

Melaksanakan projek pembangunan yang berisiko tinggi

b)

Memastikan pulangan keuntungan yang tinggi

c)

Memaksimumkan kebajikan rakyat

d)

Mengelakkan pembaziran sumber

8.

Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi motosikal tempatan.


Apakah faktor yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1?

a)

Harga motosikal menurun

b)

Kadar cukai pendapatan menurun

c)

Harga motosikal jenama import menurun

d)

Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan

9.

Rajah berikut menunjukkan keadaan ketidakseimbangan dalam pasaran


Pilih pernyataan yang dapat menerangkan situasi AB.

a)

Kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti ditawar

b)

Wujud lebihan penawaran

c)

Wujud lebihan permintaan

d)

Harga cenderung naik

10.

Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan


Apakah kesan kepada pasaran jika berlaku peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1


I Kuantiti keseimbangan akan meningkat

II Kuantiti keseimbangan akan menurun

III Harga keseimbangan akan menurun

IV Harga akan naik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.


Berapakah nilai keanjalan harga permintaan bagi barang tersebut jika harganya meningkat?

a)

0.43

b)

0.89

c)

1.10

d)

2.32

12.

Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi dua barang.


Pergerakan titik manakah yang menunjukkan masalah pilihan?

a)

R ke S

b)

Q ke S

c)

P ke Q

d)

R ke P

13.

Ilmu ekonomi ialah kajian tentang

a)

mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran

b)

menyelesaikan masalah kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan

c)

memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sumber yang tidak terhad

d)

menggunakan modal yang ada bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad

14.

Sumber ekonomi yang terhad akan menyebabkan

a)

Barang awam diutamakan

b)

keuntungan firma akan bertambah

c)

agihan pendapatan yang tidak setara dalam masyaraka

d)

pengeluaran sesuatu barang perlu dikurangkan untuk menambahkan barang lain

15.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azman.


Encik Azman mengusahakan sebuah kilang pemprosesan bahan makanan daripada hasil laut. Beliau mempunyai seramai 25 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.


Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azman?

I Pasar raya besar

II Bahan makanan

III Tenaga pekerja

IV Bangunan kilang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Jadual di bawah berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Seri Santai.


Apakah kos lepas jika Syarikat Seri Santai menukar teknik pengeluaran daripada X kepada Z?

a)

20 botol sos cili

b)

40 botol sos cili

c)

60 botol sos tiram

d)

80 botol sos tiram

17.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Murni.


Syarikat Murni mengeluarkan 5000 bungkus rempah sehari untuk pasaran tempatan.


Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Murni?

a)

Apa yang hendak dikeluarkan

b)

Berapa yang hendak dikeluarkan

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Untuk siapa barang itu dikeluarkan

18.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang hukum permintaan?


I Apabila harga meningkat, kuantiti diminta berkurang


II Apabila harga meningkat, kuantiti diminta bertambah


III Apabila harga menurun, kuantiti diminta berkurang


IV Apabila harga menurun, kuantiti diminta bertambah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan suatu barang.


Apakah yang akan berlaku ke atas titik-titik pada keluk permintaan jika promosi yang dijalankan mencapai kejayaan?

a)

Titik F beralih ke titik G

b)

Titik F beralih ke titik E

c)

Titik G beralih ke titik E

d)

Titik G beralih ke titik H

20.

Pernyataan manakah menunjukkan kuantiti keseimbangan?

a)

Jualan purata firma untuk satu tahun

b)

Keluaran purata firma untuk satu tahun

c)

Jumlah kuantiti ditawar sama dengan kuantiti diminta

d)

Keadaan firma memperoleh keuntungan yang maksimum

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan harga penawaran?

a)

Ukuran perubahan harga akibat perubahan kuantiti ditawar

b)

Ukuran perubahan kuantiti ditawar akibat perubahan pendapatan

c)

Ukuran perubahan harga akibat daripada perubahan pendapatan

d)

Ukuran perubahan kuantiti ditawar akibat daripada perubahan harga

22.

Situasi di bawah berkaitan dengan kekurangan cik Izati.


Mengapakah Cik Izati menghadapi masalah tersebut?

a)

Beliau seorang yang boros

b)

Kehendak beliau tidak terhad

c)

Beliau suka membeli barang mewah

d)

Beliau tidak membeli barang mengikut keutamaan

23.

Mengapakah kerajaan wajar merancang perbelanjaan dengan cermat?

a)

Kekurangan teknologi

b)

Kekurangan sumber hasil

c)

Kekurangan sumber alam

d)

Kekurangan kakitangan awam

24.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?

a)

Menyedut udara segar

b)

Menikmati pemandangan di tepi laut

c)

Mendengar ceramah motivasi selama dua jam

d)

Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

25.

Antara yang berikut, yang manakah digambarkan oleh titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran?

I Sumber ekonomi terhad

II Mencapai guna tenaga penuh

III Teknologi berubah dengan cepat

IV Wujud ketidakcekapan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan Iv

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Andaikan Joshua membeli sebatang raket badminton baharu, apakah kos lepasnya?

a)

Harga raket badminton

b)

Barang lain yang boleh dibeli dengan jumlah wang yang sama

c)

Masa yang digunakan oleh Joshua untuk bermain badminton

d)

Alatan lain yang perlu dibeli untuk bermain badminton

27.

Permintaan berkesan dalam ekonomi merujuk kepada

a)

Kehendak individu untuk memaksimumkan kepuasan

b)

Keinginan individu yang disokong oleh kuasa beli

c)

Keperluan asas individu untuk meneruskan hidup

d)

Kehendak individu yang pelbagai dan tidak terhad

28.

Penggunaan racun serangga yang berlebihan oleh pekebun sayur telah

a)

Menambahkan permintaan sayur-sayuran

b)

Mengurangkan permintaan sayur-sayuran

c)

Mengurangkan penawaran sayur-sayuran

d)

Menambahkan hasil pekebun sayur.

29.

Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan

a)

Penawaran bertambah

b)

Permintaan bertambah

c)

Permintaan berkurang

d)

Penawaran berkurang

30.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat?

I Motif firma adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat

II Individu, swasta dan kerajaan memiliki faktor pengeluaran

III Harga barang ditentukan oleh mekanisme pasaran dan kerajaan

IV Kerajaan membuat keputusan tentang peruntukan sumber dalam ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

III dan IV

d)

II dan IV

31.

Sebuah Negara merancang untuk menyediakan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah ke peringkat Universiti untuk semua rakyat.

Apakah kesan daripada tindakan kerajaan di atas?

a)

Segala kehendak manusia dapat dipenuhi

b)

Peningkatan sumber ekonomi dalam Negara

c)

Segala masalah asas ekonomi Negara dapat diselesaikan

d)

Peningkatan penggunaan sumber ekonomi dalam sektor pendidikan

32.

Perubahan kuantiti diminta sesuatu barang disebabkan oleh perubahan

a)

Dasar kerajaan

b)

Harga barang itu

c)

Cita rasa pengguna

d)

Tingkat pendapatan

33.

Syarikat Menora berhad bercadang untuk menambahkan penawaran air mineral sebanyak 40% untuk pasaran tempatan. Peningkatan penawaran ini mungkin disebabkan oleh

a)

Penurunan kos upah

b)

Peningkatan sewa kilang

c)

Penurunan harga air

d)

Peningkatan cukai ke atas bahan

34.

Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit yang kedua terbesar di dunia.

Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan kenaikan harga minyak sawit?

a)

Kenaikan penawaran sebanyak 20% tetapi permintaan tidak berubah

b)

Penurunan penawaran sebanyak 20% tetapi permintaan tidak berubah

c)

Penurunan penawaran sebanyak 20% tetapi permintaan tidak berubah

d)

Kenaikan permintaan sebanyak 10% dan kenaikan penawaran sebanyak 10%

35.

Antara yang berikut, yang manakah ciri sistem ekonomi kapitalis?

a)

kebajikan masyarakat diutamakan

b)

wujud persaingan bebas

c)

pilihan pengguna terhad

d)

harga ditentukan oleh kuasa pasaran

36.

Antara berikut, yang manakah merupakan penggunaan pendapatan boleh guna?

a)

. Membayar ansuran kereta

b)

Menjelaskan zakat

c)

Memberi derma

d)

Melunaskan cukai pendapatan

37.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azman.


Encik Azman mengusahakan sebuah kilang pemprosesan bahan makanan daripada hasil laut. Beliau mempunyai seramai 25 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.


Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azman?


I Pasar raya besar

II Bahan makanan

IIITenaga pekerja

IV Bangunan kilang

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

38.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Murni.


Syarikat Murni mengeluarkan 5000 bungkus rempah sehari untuk pasaran tempatan.


Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Murni?

a)

Apa yang hendak dikeluarkan

b)

Bagaimana hendak dikeluarkan

c)

Berapa yang hendak dikeluarkan

d)

Untuk siapa barang itu dikeluarkan

39.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azman.


Encik Azman mengusahakan sebuah kilang pemprosesan bahan makanan daripada hasil laut. Beliau mempunyai seramai 25 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.


Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azman?


I Pasar raya besar

II Bahan makanan

IIITenaga pekerja

IV Bangunan kilang

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

40.

Sumber ekonomi yang terhad akan menyebabkan

a)

barang awam diutamakan

b)

agihan pendapatan yang tidak setara dalam masyaraka

c)

keuntungan firma akan bertambah

d)

pengeluaran sesuatu barang perlu dikurangkan untuk menambahkan barang lain