wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAMADUN MELAYU

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan contoh natijah daripada pengaruh tamadun Islam yang wujud di Alam Melayu?

a)

Mengucap salam dan berjabat tangan sesama saudara seagama.

b)

Kepercayaan terhadap Allah S.W.T. sebagai Tuhan yang Maha Esa.

c)

Berpakaian tradisional seperti baju Kurung dan baju Melayu.

d)

Hiburan berbentuk nasyid dan marhaban.

2.

Manakah antara berikut adalah contoh perkataan Melayu yang diambil daripada perbendaharaan kata bahasa Sanskrit?

a)

Sembahyang - puasa - namaste

b)

Dosa - sembahyang - raja

c)

Raja - nabi - solat

d)

Tuhan - sultan - daulat

3.

Berikut ialah etnik Melayu di Nusantara KECUALI

a)

Sulawesi

b)

Sulu

c)

Siam

d)

Sunda

4.

Apakah contoh pengaruh budaya Arab yang terdapat di dalam masyarakat Melayu?

a)

Makanan nasi ambeng.

b)

Berpuasa di bulan Ramadhan.

c)

Pakaian jubah.

d)

Permainan wau bulan.

5.

Sastera Melayu terdiri daripada bentuk prosa dan puisi. Sekiranya anda dikehendaki menghasilkan satu contoh sastera Melayu yang bertemakan kemerdekaan, pilih salah satu jenis sastera yang sesuai dibacakan dengan ritma yang tegas.

a)

Cerpen

b)

Syair

c)

Sajak

d)

Pantun

6.

Manakah antara berikut yang merujuk kepada istilah Melayu Nusantara?

a)

Semenanjung Melayu, Borneo, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

b)

Melayu pinggiran di Afrika Selatan, Sri Lanka dan Australia Barat

c)

Kepulauan Easter (Lautan Pasifik) hingga Madagascar (Lautan Hindi

d)

Gugusan kepulauan Melayu-Indonesia dan Tanah Jawi.

7.

Bukti yang manakah TIDAK menyokong bahawa teori Islam di Alam Melayu dibawa terus dari Arab-Parsi?

a)

Cara bacaan Al-Quran orang Melayu

b)

Penemuan Batu Bersurat di Terengganu

c)

Aliran Mazhab Syafie yang diamalkan di Alam Melayu

d)

Terdapat ramai keturunan Arab di Tanah Melayu.

8.

Antara budaya yang sinonim dengan masyarakat Melayu adalah bersopan santun dan berbudi pekerti. Bagaimanakah budaya ini diterjemahkan ke dalam kehidupan masyarakat Melayu?

a)

Sentiasa bekerjasama dalam melakukan sebarang urusan.

b)

Bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah

c)

Sentiasa mentaati pemimpin walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

d)

Menjaga tutur kata dan adab sopan apabila berhubung sesama manusia

9.

Manakah antara berikut merupakan perkataan bahasa Melayu yang dipinjamkan daripada bahasa Arab?

a)

Meja

b)

Kitab

c)

Lampu

d)

Tingkap

10.

Manakah antara berikut BUKAN contoh puisi yang bercirikan Islam yang wujud dalam tamadun Melayu?

a)

Syair Makrifat

b)

Syair Asyiqin

c)

Syair Rukun Nikah

d)

Hikayat Para Pahlawan Islam

11.

Manakah antara berikut merupakan seni tari Melayu yang diadaptasi daripada pengaruh Arab?

a)

Cak lempong

b)

Ghazal

c)

Zapin

d)

Joget lambak

12.

Sebelum kedatangan agama Islam ke Alam Melayu, apakah agama yang dianuti oleh masyarakat Melayu?

a)

Agama Hindu dan Buddha

b)

Agama Sikh dan Buddha

c)

Agama Buddha dan Kristian

d)

Agama Sikh dan Hindu

13.

Sebahagian daripada sains dan teknologi pada Tamadun Melayu telah diubahsuai mengikut citarasa kebudayaan Tamadun Melayu. Pengubahsuaian berlaku adalah dengan menunjukkan hasil kreativiti daripada penduduk tempatan. Berikut merupakan ciri-ciri sains dan teknologi yang dihasilkan oleh Tamadun Melayu kecuali

a)

Mencerminkan keperluan serta nilai-nilai kebudayaan Melayu.

b)

Kesemua sains dan teknologi yang ada merupakan rekaan tamadun Melayu.

c)

Memanifestasikan daya kreatif kebudayaan Melayu dan kebijaksanaan tempatan.

d)

Sesuatu yang unik bagi mengisi keperluan dan nilai kebudayaan Melayu.

14.

Tamadun Melayu telah mencapai zaman kegemilangan dalam pelbagai bidang dan antaranya adalah bidang pendidikan. Apakah pencapaian tamadun Melayu dalam bidang pendidikan yang wujud sehingga kini?

a)

Wujud sistem pondok atau madrasah sebagai pusat penyebaran ilmu.

b)

Pendidikan di peringkat sekolah hanya untuk golongan bangsawan sahaja

c)

Wujud pelbagai peringkat dan pusat pengajian yang menjamin masa depan rakyat dan negara.

d)

Masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu.

15.

Apakah contoh kesan Islam yang dapat dilihat dalam tamadun Melayu dalam konteks bahasa dan sastera?

a)

Kesenian Islam dapat dilihat pada batu nisan, masjid dan kaligrafi.

b)

Lahirnya ulama Melayu yang hebat dalam ilmu syariah antaranya Abdul Rauf Fansuri dan Nuruddin al-Raniri.

c)

Sistem tulisan Arab-Jawi diperkenalkan.

d)

Penemuan batu bersurat di Terengganu.