Font size
WorksheetsSAINS TINGKATAN 2 (Biodiversiti, Ekosistem Dan Nutrisi)
Total questions: 30
Worksheet time: 44mins
Apakah yang dimaksudkan dengan biodiversiti?
Kepelbagaian organisma iaitu haiwan dan mirkroorganisma.
Kepelbagaian organisma iaitu tumbuhan dan haiwan.
Kepelbagaian organisma iaitu mikroorganisma.
Kepelbagaian organisma, sama ada mikrooganisma, haiwan atau tumbuhan.
Haiwan dapat dikelaskan kepada invertebrata dan vertebrata. Apakah ciri utama haiwan dalam kumpulan invertebrata?
Bertulang belakang.
Berdarah panas.
Tidak bertulang belakang
Bernafas melalui paru-paru
Vertebrata adalah kumpulan haiwan yang bertulang belakang. Antara berikut yang manakah BUKAN dalam kumpulan vertebrata?
Monokotiledon
Amfibia
Reptilia
Mamalia
Tumbuhan dikategorikan kepada jenis berbunga dan tidak berbunga. Pilih SEMUA jenis tumbuhan tidak berbunga.
Lumut
Teratai
Paku-pakis
Konifer
Berdasarkan gambar, organisma yang manakah adalah pengguna tertier?
Katak
Helang
Ular
Belalang
Pilih pernyataan yang BETUL.
Respirasi oleh haiwan menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida
Respirasi oleh tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan membebaskan oksigen
Fotosintesis menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida
Penguraian organisma mati menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah gangguan ke atas kitaran nutrien yang disebabkan oleh aktiviti manusia KECUALI
Menanam semula pokok.
Memperketat undang-undang
Menggunakan kenderaan awam
Menggalakkan penebangan hutan
Dalam sebuah ekosistem terdapat beberapa komuniti yang tinggal bersama-sama dalam satu habitat dan berinteraksi antara satu sama lain. Apakah yang dimaksudkan dengan komuniti?
Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama
Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama serta dapat saling membiak
Beberapa populasi organisma yang berbeza dan hidup bersama dalam satu habitat
Tempat tinggal semula jadi bagi haiwan dan tumbuhan
Mutualisme, komensalisme dan parasitisme adalah jenis interaksi antara organisma dalam kumpulan __________.
Mangsa-pemangsa
Simbiosis
Persaingan
Buran melindungi ikan badut daripada pemangsa dan menyediakan makanan kepadanya. Manakala, ikan badut dapat membersihkan buran, memberi nutrien dalam bentuk sisa makanan kepada buran. Nyatakan jenis interaksi yang berlaku antara buran dan ikan badut.
Mutualisme
Komensalisme
Parasitisme
Mangsa-pemangsa
Ikan ramora melekat pada ikan jerung dan mendapat makanan daripada serpihan mangsa ikan jerung. Apakah interaksi yang berlaku antara ikan ramora dan ikan jerung?
Persaingan
Komensalisme
Mutualisme
Parasitisme
Saiz populasi dalam suatu ekosistem dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Antara berikut yang manakah BUKAN faktor-faktor yang terlibat?
Serangan penyakit
Kehadiran pemangsa
Sumber makanan
Migrasi
Pembuangan sampah sarap
Kelas makanan dapat dibahagikan kepada 7 kumpulan. Antara kelas makanan berikut, yang manakah perlu diambil paling sedikit dalam pemakanan harian agar dapat mengekalkan gizi seimbang dalam pemakanan harian?
Karbohidrat
Vitamin
Lemak
Pelawas
Karbohidrat sangat penting kepada manusia bagi membekalkan tenaga yang banyak. Apakah contoh sumber makanan yang mengandungi karbohidrat?
Ayam, ikan dan telur
Pisang, ubi kentang dan gula
Susu, buah-buahan dan sayur-sayuran
Garam dan makanan laut
Pelawas sangat penting untuk proses pergerakan yang disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran otot-otot di salur pencernaan seperti di esofagus untuk menolak makanan ke dalam perut. Apakah nama proses tersebut?
Proses penyahtinjaan
Proses respirasi
Proses peristalsis
Proses asimilasi
Proses pencernaan ialah proses penguraian makanan yang kompleks dan besar kepada molekul-molekul yang lebih dan ringkas supaya dapat diserap dalanm sel-sel badan. Susunkan proses pencernaan mengikut bahagian-bahagian yang berikut:
Mulut-Esofagus-Duodenum-Perut-Usus Kecil- Usus Besar-Rektum-Dubur
Mulut-Duodenum-Esofagus-Perut-Usus Kecil-UsusBesar-Rektum-Dubur
Mulut-Esofagus-Perut-Duodenum-Usus Kecil-Usus Besar-Rektum-Dubur
Mulut- Duodenum- Usus Kecil - Usus Besar - Rektum - Dubur
Nyatakan tiga enzim pencernaan.
Protease
Lipase
Maltosa
Amilase
Kelenjar liur dan pankreas merembeskan sejenis enzim yang mencernakan kanji kepada maltosa. Apakah enzim tersebut?
Maltase
Lipase
Amilase
Protease
Enzim lipase dirembeskan oleh pankreas dan mencernakan lemak kepada dua hasil akhir pencernaan makanan dalam badan manusia iaitu_________.
Asid amino dan protein
Asid amino dan gliserol
Asid lemak dan gliserol
Asid lemak dan protein
Makanan yang telah dicerna akan diserap ke dalam vilus perlu sampai ke sel-sel badan. molekul yang telah diserap e dalam vilus akan mengalami proses pengangkutan hasil pencernaan yang dinamakan____________.
Proses penyerapan
Proses peredaran darah
Proses penyahtinjaan
Proses asimilasi
Antara kelas makanan berikut yang manakah tidak mengandungi nilai kalori?
karbohidrat
vitamin
lemak
protein
struktur yang mempunyai unjuran halus di dalam usus kecil dikenali sebagai
lakteal
kapilari darah
rektum
vilus
proses penyerapan semula air berlaku di...
usus besar
vilus
usus kecil
anus
Apakah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C ?
Rabun malam
Kwasyiorkor
Skurvi
Beri-beri
