wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 3: BAHASA MELAYU WARISAN KITA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun apa?

a)

Rumpun Melayu

b)

Rumpun Asia

c)

Rumpun Austronesia

d)

Rumpun Australia

2.

Apakah PERANAN Bahasa Melayu semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Bahasa Malaysia

b)

Bahasa jiwa bangsa

c)

Lingua Franca

d)

Bahasa pertuturan

3.

Pilih tiga(3) peranan Bahasa Melayu?

a)

Bahasa Ilmu

b)

Bahasa Antarabangsa

c)

Bahasa Perhubungan

d)

Bahasa Pentadbiran

4.

Mengapakah bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang terkenal di dunia suatu ketika dahulu?

a)

Bersifat sederhana

b)

Perbendaharaan kata yang mudah difahami

c)

Mempunyai penutur jati yang ramai

d)

Mudah menerima unsur luar

5.

Apakah perkataan bahasa Melayu yang menerima pengaruh Cina?

a)

Teksi

b)

Almari

c)

Kongsi

d)

Laici

6.

Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu dianggap sebagai warisan kebanggaan negara?

a)

Bahasa Melayu menjadi pemangkin perpaduan kaum di negara ini.

b)

Bahasa Melayu mencerminkan jati diri bangsa Malaysia.

c)

Bahasa Melayu bukan asas kepada pembinaan negara bangsa.

d)

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan pada peringkat dalam negara sahaja.

7.

Sebagai seorang penutur bahasa Melayu, bagaimanakah cara untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

a)

Menyertai pertandingan semasa bulan bahasa kebangsaan.

b)

Melecehkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

c)

Tidak menyokong usaha guru menyemai semangat cinta akan bahasa Melayu.

d)

Mengikuti kempen-kempen memperkasakan bahasa Melayu.

8.

Mengapakah penggunaan bahasa kebangsaan dianggap penting di negara kita?

a)

Mendaulatkan institusi raja

b)

Menghalang penyebaran pengaruh luar

c)

Memupuk semangat patriotik

d)

Meningkatkan jati diri

9.

Nyatakan dua usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

a)

Penyata Razak 1956 menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.

b)

Pada tahun 1970, Universiti Malaya telah ditubuhkan.

c)

Pada tahun 1990, bahasa kebangsaan mula digunakan di pasar.

d)

Pada tahun 2012, kerajaan memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

10.

Apakah bahasa kebangsaan negara kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Istana

d)

Mandarin