wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Asas Terjemahan

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

"Terjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan mesej dan / atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan/ atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain"

a)

Newmark (1981)

b)

Catford (1965)

c)

Nida (1969)

d)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2007)

2.

Menurut Norizah Ardi (2000), kebangkitan Johor-Riau kurun ke-17 telah menyemarakkan lagi usaha penterjemahan. Satu pertubuhan telah menjadikan terjemahan sebagai kegiatan utama dan menggalakkan ahli-ahlinya menterjemahkan ilmu pengetahuan dari luar ke bahasa Melayu. Apakah nama pertubuhan tersebut?

a)

Pejabat Karang Mengarang (PKM)

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Rushdiyah Club

d)

Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa

3.

"The replacement of textual material in one language (source language) by equivalent textual material in another language (target language)", Siapakah yang memberi definisi tersebut?

a)

Nida (1969)

b)

Newmark (1981)

c)

Abdullah Hassan (2003)

d)

Catford (1965)

4.

‘Terjemah’ daripada perkataan Arab ‘Tarjamah’ bermaksud mentafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain.Terjemahan melibatkan dua bahasa iaitu __________dan _________

a)

bahasa teks dan bahasa sasaran

b)

bahasa sumber dan bahasa pengguna

c)

bahasa sumber dan bahasa sasaran

d)

bahasa teks dan bahasa asal

5.

Menurut Nida & Taber (1969), Model Proses Penterjemahan yang diperkenalkan oleh mereka melibatkan 3 proses kecuali________

a)

Menganalisis

b)

Pemindahan Warta

c)

Menstruktur Semula

d)

Penyuntingan

6.

Menurut __________, perkataan 'tarjamah' itu sendiri mempunyai dua pengertian iaitu, menterjemahkan teks atau buku dan juga bermaksud autobiografi.

a)

Newmark (1981)

b)

Catford (1965)

c)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2007)

d)

Nida (1969)

7.

Bahasa terjemahan yang juga disebut sebagai 'bahasa sasaran' atau '____________' merupakan bahasa yang digunakan dalam teks yang bakal diterjemah.

a)

bahasa sumber

b)

bahasa teks

c)

bahasa asal

d)

bahasa penerima

8.

Semasa proses ______________, penterjemah perlu meneliti struktur permukaan teks, analisis dari segi hubungan tatabahasa kata-kata tertentu. penterjemah harus membaca teks sekurang-kurangnya dua kali.

a)

Pemindahan Warta

b)

Menganalisis teks

c)

Menstruktur Semula

d)

Penyemakan semula

9.

Dalam proses ________, penterjemah perlu memastikan bahawa gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami terjemahan supaya struktur cerita cepat difahami dan tidak membosankan. Penterjemah perlu dengan tepat menstruktur warta dalam lenggok bahasa penerima

a)

Penyemakan semula

b)

Penyalinan semula

c)

Analisis teks

d)

Menstruktur semula

10.

Pada tahap ini, maklumat dan maksud yang diperoleh dalam proses analisis dipindahkan ke bahasa sasaran. kata-kata dipadukan secara bermakna mengikut kelaziman yang terdapat dalam bahasa penerima setelah dibuat penyesuaian makna dan penyesuaian struktur. Apakah proses ini?

a)

Analisis teks

b)

Pemindahan warta

c)

Penyalinan semula

d)

Penyemakan semula

11.

Dalam proses ini, penterjemah perlu menyemak ketepatan dan kejelasan maklumat yang disampaikan, aspek kebahasaan teks terjemahan, dan kesan yang diperoleh sama seperti dengan teks asal. Apakah nama proses ini?

a)

Menyemak teks terjemahan

b)

Menganalisis teks

c)

Pemindahan warta

12.

Penterjemahan melibatkan tiga tindakan kecuali

a)

Proses penggantian

b)

Penjanaan yang membentuk ayat-ayat bahasa terjemahan

c)

pemahaman maksud kandungan teks bahasa sumber dengan menganalisis ayat-ayat bahasa sumber

d)

menghuraikan teks

13.

Terjemahan seharusnya memberikan gambaran yang sesuai dan jelas tentang segala maksud dan idea karya dalam bahasa sumber dan seboleh mungkin menyampaikannya dengan gaya dan bentuk yang paling bersahaja ke dalam bahasa sasaran, tanpa menjejaskan maksud dan mutu teks asal.

a)

Eugene A. Nida

b)

Alexander F. Tytler dan George Campbell

c)

Puteri Roslina

d)

Newmark

14.

Menurut beliau, tamadun terjemahan bermula di Timur Tengah apabila batu bersurat ditemui di tebing Sungai Nil, zaman Mesir Tua bertarikh sekitar 3000S.M. Siapakah tokoh terjemahan tersebut?

a)

Malaysia Kita (1991;133)

b)

Ismail Jusoh (2001)

c)

Belkham (2002)

d)

Puteri Roslina (2007)

15.

Mana-mana surat yang dihantar dengan bahasa Inggeris terlebih dahulu diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang mana aktiviti ini mendorong pihak Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor menubuhkan Jabatan Penterjemahan.

a)

Norizah Ardi (2000)

b)

Razak Kassim (1989)

c)

Puteri Roslina (2007)

d)

Belkham (2002)

16.

Menurut Norizah Ardi (2000), sistem pendidikan di Tanah Melayu sewaktu pemerintahan Inggeris terbahagi kepada kecuali ________

a)

Sekolah Inggeris

b)

Sekolah Melayu

c)

Sekolah Cina

d)

Sekolah jenis kebangsaan

17.

Selepas kemerdekaan dicapai, ____________ secara berkala telah menerbitkan majalah Dewan Bahasa.

a)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

b)

Dewan Siswa

c)

Dewan Pelajar

d)

Pejabat Karang Mengarang (PKM)

18.

Berikut merupakan tugas-tugas Pejabat Karang Mengarang kecuali _____________.

a)

Menulis, menterjemah dan menyunting buku pelajaran novel

b)

Menyelenggara percetakan karya terjemahan

c)

Menerbitkan buku teks

d)

Melatih penterjemah dengan memberikan latihan kemahiran dalam bidang penterjemahan

19.

Berikut merupakan buku teks yang dihasilkan oleh PKM sehingga 1936 kecuali

a)

Buku teks sekolah untuk karangan

b)

Buku teks ilmu alam

c)

Buku teks kesihatan dan latihan tubuh

d)

buku teks fizik

20.

Pada tahun 1985, Biro ___________ telah ditubuhkan untuk mengendalikan kegiatan terjemahan bagi mereka yang memerlukan khidmat terjemahan.

a)

Biro Khidmat Latihan

b)

Biro Latihan Penulisan

c)

Biro Khidmat Terjemahan

d)

Biro Penulisan dan Penterjemahan