wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5

Total questions: 40

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.
Bagaimankah landak melindungi diri dari musuh ?
a)
duri tajam
b)
cangkerang keras
c)
sisik keras
2.
Bagaimanakah buaya melindungi diri daripada musuh ?
a)
berduri tajam
b)
sisik keras
c)
cangkerang keras
3.
Bagaimakah ulat gonggok melindungi diri daripada musuh ?
a)
menggulungkan diri
b)
menyamar
c)
memutuskan anggota badan
4.
Bagaimanakah ikan bilis melindungi diri daripada musuh ?
a)
hidup bersendirian
b)
hidup berkumpulan
c)
menyamar
5.
Bagaimanakah beruang melindungi diri daripada cuaca melampau ?
a)
bulu tebal
b)
lapisan lemak
c)
bermigrasi
6.
Bagimana burung bangau berlindung daripada cuaca melampau ?
a)
berhibernasi
b)
bermigrasi
c)
hidup dalam kumpulan
7.
Apakah yang dimaksudkan dengan rantai makanan ?
a)
hubungan makanan antara hidupan
b)
gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat
c)
hubungan antara pengguna dengan pengguna
8.
Bagaimana kucing, harimau dan lembu menjaga anak ?
a)
membawa anak di dalam kantung 
b)
menyusukan anak
c)
membawa anak di dalam mulut
9.
Bagaimana buaya dan ikan tilapia menjaga anak ?
a)
memberi anak makan
b)
menyerang musuh
c)
membawa anak di dalam mulut
10.
Bagaimanakah ikan paus melindungi diri daripada cuaca melampau ?
a)
bermigrasi
b)
berhibernasi
c)
berendam
11.
Maklumat di bawah menerangkan tingkah laku haiwan. 
• Menyembunyikan telurnya di dalam lubang
• Bergerak dalam kumpulan
• Telur diselaputi lendir
Apakah tujuan tingkah laku ini?
a)
Untuk memastikan spesiesnya sentiasa sihat
b)
Untuk memastikan keperluan anaknya terjaga
c)
Untuk memastikan tumbesaran spesiesnya
d)
Untuk memastikan kemandirian spesiesnya
12.
Rajah 1 menunjukkan seekor kucing bersama anaknya. 
Rajah 1
Mengapakah kucing itu berkelakuan sedemikian?
a)
Kucing itu sedang mencari makanan kepada anaknya
b)
Kucing itu membawa anaknya yang sakit
c)
Kucing itu membawa anaknya ke tempat yang selamat
d)
Kucing itu tersangat lapar
13.
Rajah 2 menunjukkan seekor haiwan. 
Rajah 2
Apakah cara haiwan itu memastikan kemandirian spesiesnya?
a)
Menjaga telurnya
b)
Memberi makan anaknya
c)
Kulit telurnya bercangkerang keras
d)
Menimbuskan telurnya di dalam pasir
14.
Rajah 3 menunjukkan hidupan di sebuah habitat. 
Rajah 3
Apakah yang akan berlaku sekiranya bilangan ular bertambah?
I Padi berkurangan
II Belalang berkurangan
III Bilangan ayam berkurangan
IV Hasil tuaian padi meningkat
a)
I DAN II
b)
I DAN III
c)
II DAN IV
d)
III DAN IV
15.
Rajah 4 menunjukkan satu siratan makanan yang terdapat dalam satu habitat. 
Berapakah bilangan omnivor yang terlibat dalam siratan makanan ini?
a)
1
b)
2
c)
3
d)
4
16.
Maklumat berikut menunjukkan hubungan makanan antara hidupan. 
 • Haiwan R makan tumbuhan Q
• Haiwan P makan haiwan S
• Haiwan S makan haiwan R
Pernyataan manakah yang betul?
a)
Jika Q mati, semua akan mati
b)
Jika S bertambah, P berkurang
c)
Jika R bertambah, S bertambah
d)
Jika R berkurang, Q berkurang
17.
Rajah 5 menunjukkan satu rantai makanan. 
Padi ---> ulat ---> burung pipit ---> ular ---> helang
Rajah 5
Pernyataan manakah yang betul tentang rantai makanan itu? 
I Padi adalah pengeluar dalam siratan makanan itu
II Burung pipit dan ular adalah haiwan omnivor
III Ulat adalah pengguna sekunder
IV Siratan makanan ini terdapat di sawah padi
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
18.
Rajah 6 menunjukkan pokok kaktus. Pokok ini sesuai hidup di kawasan Padang pasir atau gurun. 
Rajah 6
Apakah ciri-ciri pada pokok ini bagi membolehkannya hidup di kawasan gurun?
a)
Batang besar
b)
Batang berongga
c)
Pokok ini tiada daun
d)
Pokok ini tiada berbulu
19.
Rajah 7 menunjukkan sejenis tumbuhan. 
Rajah 7
Apakah cara tumbuhan itu melindungi diri?
a)
Menggugurkan daun
b)
Daun yang berpecah-pecah
c)
Mempunyai daun yang berlilin
d)
Batangnya yang lembut
20.
Rajah 8 menunjukkan sifat-sifat khas tumbuhan X bagi melindungi diri daripada cuaca panas. 
Rajah 8
Apakah tumbuhan X?
a)
Kaktus
b)
Akasia
c)
Pisang
d)
Buluh
21.
Antara buah berikut, yang manakah dipencarkan oleh air?
I Buah meranti
II Buah pong pong
III Buah rambutan
IV Buah kelapa
a)
I DAN II
b)
I DAN III
c)
II DAN IV
d)
III DAN IV
22.
Rajah 10 menunjukkan empat jenis buah, P, Q, R dan S. 
Rajah 10
Antara buah berikut, yang manakah mempunyai agen pencaran yang sama?
a)
P DAN Q
b)
P DAN R
c)
Q DAN S
d)
R DAN S
23.
Di bawah menunjukkan perubahan bentuk tenaga yang berlaku dalam satu alat elektrik. 
Tenaga elikterik ---> tenaga cahaya + tenaga haba
Apakah alat yang boleh menukarkan perubahan bentuk tenaga seperti di atas?
a)
RADIO
b)
KETUHAR
c)
MESIN BASUH
d)
LAMPU KERETA
24.
Rajah 12 menunjukkan perubahan tenaga elektrik. 
Tenaga elektrik ---> Tenaga kinetik
Rajah 12
Apakah alat yang mewakili perubahan tenaga di atas?
a)
KERETA MAINAN ELEKTRIK
b)
PENGERING RAMBUT
c)
SETERIKA ELEKTRIK
d)
LOCENG ELEKTRIK
25.
Apakah persamaan di antara alat pengering rambut dan periuk elektrik?
a)
Merupakan sumber tenaga
b)
Mengubah tenaga haba kepada tenaga kinetik
c)
Mengubah tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal
d)
Arus elektrik yang mengalir membawa kesan haba
26.
Baskaran hendak menjimatkan penggunaan tenaga.
Antara yang berikut, yang manakah patut diamalkan dalam kehidupan sehariannya?
I Menutup suis televisyen apabila tidak digunakan
II Membasuh dua helai pakaian menggunakan mesin basuh
III Lebih kerap mengunakan LRT untuk pergi ke tempat kerja
IV Menggunakan penyaman udara menggantikan kipas angin di dalam biliknya
a)
I DAN II
b)
I DAN III
c)
II DAN IV
d)
III DAN IV
27.
Rajah 13 menunjukkan seorang murid sedang melihat corak berwarna-warni yang dihasilkan oleh sebuah kaleidoskop. 
Rajah 13
Antara yang berikut, yang manakah sifat cahaya digunakan untuk mencipta kaleidoskop?
a)
Pembentukan bayang-bayang
b)
Cahaya boleh dibengkokkan
c)
Cahaya Matahari sangat cerah
d)
Cahaya boleh dipantulkan
28.
Rajah 15 menunjukkan segelas air sirap yang diminum oleh Devi. 
Apakah sifat cahaya yang boleh didapati daripada fenomena ini?
a)
Pantulan cahaya
b)
Pergerakan cahaya
c)
Penyerakan cahaya
d)
Pembiasan cahaya
29.
Rajah 18 menunjukkan satu penyiasatan tentang haba. 
Rajah 18
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang pemerhatian yang ditunjukkan di atas?
a)
Pengecutan udara telah berlaku
b)
Udara dalam botol mengembang
c)
Keadaan bahan berubah apabila haba dibekalkan
d)
Botol dan belon mengembang
30.
Rajah 17 menunjukkan satu litar elektrik. 
Rajah 17
Antara yang berikut, yang manakah akan menyala jika kesemua suis ditutup?
a)
Mentol A dan C sahaja
b)
Mentol A dan B sahaja
c)
Mentol B dan C sahaja
d)
Mentol A, B dan C
31.
Antara berikut, manakah kemahiran proses sains?
a)
Meramal
b)
Melakar spesimen
c)
Melukis graf
d)
Membuat tujuan
32.
Antara berikut, manakah bukan kemahiran manipulatif sains?
a)
Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul
b)
Menggunakan perhubungan ruang dan masa dalam penyiasatan sains
c)
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
d)
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul
33.
Bagaimana kamu menyalakan penunu bunsen dengan cara yang betul?
a)
Menggunakan percikan api
b)
Menggunakan kertas berbara
c)
Menggunakan pemetik api
d)
Mengggunakan kanta pembesar
34.
Arin mempunyai rambut yang panjang, apakah yang perlu dilakukan pada rambutnya semasa menjalankan penyiasatan agar kemalangan dapat dihindarkan?
a)
Memakai rambut palsu
b)
Membiarkan rambut panjang
c)
Mengikat rambut dengan kemas
d)
Tidak mengikuti penyiasatan tersebut
35.
Bagaimana tanduk pada kerbau digunakan untuk melindungi dirinya daripada musuh?
a)
Akan menggunakan tanduk untuk mengeluarkan bisa
b)
Akan menggunakan tanduk untuk menyamar
c)
Akan menggunakan tanduk untuk menakutkan musuh
d)
Akan menggunakan tanduk untuk menyerang dan mencederakan musuh
36.
Haiwan X mempunyai ciri khas Y untuk melindungi diri daripada musuh. Haiwan X melindungi badannya yang lembut dengan memasukkan badan pada ciri khas Y. Apakah ciri khas Y?
a)
Kulit keras
b)
Badan keras
c)
Cengkerang keras
d)
Sisik keras
37.
Cicak memutuskan ekor untuk melindungi diri apabila diserang musuh. Bagaimana ekor yang terputus membantu cicak melindungi diri?
a)
Memberi makan kepada musuh
b)
Mengelirukan musuh membolehkan cicak melarikan diri
c)
Menyakitkan musuh mengakibatkan musuh melarikan diri
d)
Mengurangkan kemungkinan diserang
38.
Burung bangau bermigrasi untuk mengelak daripada cuaca sejuk melampau. Bagaimana tingkah laku khas bermigrasi membantu burung bangau daripada sejuk melampau?
a)
Memanaskan badan kemudian kembali ke tempat asal semula
b)
Mendapatkan bekalan makanan untuk dibawa kembali ke tempat sejuk
c)
Mengelak daripada musuh cuaca sejuk 
d)
Mendapatkan makanan di tempat yang lebih panas
39.
Semasa cuaca panas, badak sumbu gemar berendam di dalam air. Mengapa?
a)
Menyejukkan badan
b)
Memanaskan badan
c)
Membekukan badan
d)
Mewarnakan badan
40.
Planet yang paling panas di Sistem Suria ialah…
a)
Utarid
b)
Zuhrah
c)
Musytari
d)
Zuhal