wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Islam Tingkatan 2

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Surah Ali Imran ayat ke 8 ini merupakan doa yang perlu kita panjatkan kepada Allah s.w.t untuk memperoleh hidayah. Pilih pernyataan yang benar berkenaan hidayah yang bertepatan dengan ayat Al-Quran tersebut.

a)

Hanya diperoleh dengan cara berdoa

b)

Merupakan petunjuk dan rahmat daripada Allah s.w.t

c)

Seseorang itu akan kekal dalam hidayah yang diberikan Allah s.w.t

2.

Bagaimanakah anda mengaplikasikan hukum nun sakinah tersebut di dalam bacaan Al-Quran anda?

a)

Menyatakan bunyi nun secara jelas dan nyata

b)

Menggabungkan bunyi nun dengan huruf selepasnya tanpa dengung

c)

Menggabungkan bunyi nun dengan huruf selepasnya serta dengung

3.

Surah Ali-Imran ayat 103 menerangkan mengenai kepentingan bersaudara. Anda mempunyai kawan rapat berbangsa Cina, Tan. Namun, dia telah berpindah ke London kerana ibu bapanya telah bertukar tempat kerja. Bagaimanakah anda ingin memastikan hubungan persaudaraan anda dengan Tan berkekalan?

a)

Menziarahi Tan di London

b)

Bersangka baik terhadapnya

c)

Mengirim surat untuk bertanya khabar

4.

Hadis ini selari dengan tuntutan Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 103 mengenai kepentingan bersaudara. Nilai jawapan yang paling tepat tentang hikmah persaudaraan dalam Islam.

a)

Membentuk keluarga bahagia dan masyarakat yang bersatu padu

b)

Meyakini bahawa akan ada individu yang membantu kita jika ditimpa musibah

c)

Memudahkan pihak berkuasa untuk menjaga keamanan negara

5.

Bezakan antara makmum muwafiq dan makmum masbuk

a)

Makmum muwafiq sempat membaca surah Al-Fatihah dengan sempurna, manakala makmum masbuk tidak sempat membaca surah Al-Fatihah dengan sempurna

b)

Makmum muwafiq tertinggal tiga rukun panjang, manakala makmum masbuk sempurna rukun solatnya

c)

Makmum muwafiq menyempurnakan rakaat selepas imam memberi salam, manakala makmum masbuk menyempurnakan rakaat bersama-sama imam

6.

Amir sampai di Masjid Putra ketika imam sedang memulakan solat Maghrib. Ketika berada di dalam masjid, dia baru teringat bahawa dia belum mengambil wudhu’ dan segera ke bilik wudhu’. Usai mengambil wudhu’, dia mendapati imam sedang sujud pada rakaat pertama. Amir pun terus mengangkat takbiratul ihram dan mengikuti pergerakan imam tersebut.


Tentukan tindakan yang perlu dilakukan oleh Amir untuk menyempurnakan solat jemaahnya.

a)

Amir tidak perlu menggantikan rakaat yang tertinggal kerana rukun solatnya telah sempurna.

b)

Amir menggantikan rakaat selepas imam meberikan salam.

c)

Amir menggantikan rakaat sebelum imam memberikan salam.

7.

Pilih jawapan yang paling tepat mengenai syarat wajib solat Jumaat.

a)

Bermastautin

b)

Didirikan di masjid

c)

Dilakukan secara berjemaah

8.

Ali dan Ahmad menetap di Selangor. Mereka ingin menziarahi rakannya, Amin yang berada di Kedah. Mereka bercadang untuk mengambil tiket bas pada hari Jumaat pukul 5:00 pagi. Namun, Ahmad terpaksa menangguhkan perjalanannya ke pukul 12 tengah hari kerana dia mempunyai temujanji dengan pensyarahnya.


Berdasarkan penilaian yang telah dilakukan mengenai situasi di atas, apakah hukum solat jumaat bagi Ahmad?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat

9.

Berikut sebab diharuskan bertayamum. Pilih jawapan yang betul.

a)

Tiada debu tanah

b)

Sakit di bahagian lutut

c)

Sejuk yang memudaratkan kesihatan

10.

Tentukan perkara sunat yang anda boleh lakukan ketika bertayamum.

a)

Merenggangkan jari tangan ketika menepuk debu tanah

b)

Menyapu debu tanah ke kaki

c)

Berniat