wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HT T4B9 Reformation

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Pada abad ke-16, Gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat. Apakah bidang yang berkaitan dengan gerakan tersebut? (SPM 2011)

a)

Politik

b)

Agama

c)

Kewangan

d)

Pendidikan

2.

Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat.

Mengapakah kritikan tersebut berlaku ?

(SPM 2016)

a)

Perpecahan sesama penganut

b)

Peningkatan kadar cukai

c)

Kepincangan amalan

d)

Perbezaan mazhab

3.

Gambar 2 menunjukkan suasana penjualan surat pengampunan

(indulgences) di Eropah pada abad ke -16. Mengapakah Marthin Luther menentang penjualan surat pengampunan tersebut? (SPMU 2016)

a)

Menjejaskan kedudukan bangsawan

b)

Menyekat perkembangan ekonomi

c)

Menghalang kemajuan pendidikan

d)

Menggugat kesucian ajaran agama

4.

Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16.

Becker : Saya banyak dosa. Bolehkah saya menebus dosa saya?

Jacob : Boleh. Beli saja surat pengampunan daripada gereja Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?

(SPM 2015)

a)

Ajaran agama diseleweng

b)

Kadar jenayah meningkat

c)

Rakyat jelata tertindas

d)

Kuasa raja tercabar

5.

Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik gereja Katolik semasa Gerakan Reformis ?

T4 ms 221 (SPM 2004)

a)

Kefahaman agama bercanggah

b)

Perpecahan di kalangan pengikut

c)

Pembaharuan ditentang penganutnya

d)

Kepincangan amalan penguasa gereja

6.

Maklumat berikut mununjukkan kemunculan golongan baru dalam era Reformation di Eropah.

Masa: Abad ke-16

Peristiwa: Kemunculan golongan yang mengendalikan Counter Reformation.

Apakah peranan golongan tersebut?

(SPM 2008)

a)

Menyekat perkembangan kuasa bangsawan

b)

Memperkukuh kuasa golongan monarki

c)

Memperluas ajaran agama Kristian

d)

Mempertahankan gereja Katolik

7.

John : Saya banyak melakukan kesalahan.Saya ingin menebus dosa

David : Boleh. Beli sahaja surat pengampunan dosa daripada Gereja

Dialog di atas mungkin berlaku antara dua orang penganut agama Kristian pada abad ke-16 di Eropah. Mengapakah Martin Luther menentang amalan tersebut?

(SPM 2005)

a)

Pegangan agama longgar

b)

Peningkatan kadar jenayah

c)

Penindasan terhadap rakyat

d)

Penyelewengan amalan agama

8.

Apakah peranan golongan yang mengendalikan Counter Reformation?

a)

Mempertahankan Gereja Katolik

b)

Memperluaskan ajaran agama Kristian

c)

Memperkukuh kuasa golongan monarki

d)

Menyekat perkembangan kuasa bangsawan

9.

Martin Luther menentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh Gereja Katolik pada abad ke-16 . Apakah penyelewengan tersebut?

a)

Pengajaran ilmu keakhiratan

b)

Perlindungan kepada kaum tani

c)

Penjualan surat pengampunan dosa

d)

Pembentukan Gerakan Counter Reformation

10.

Siapakah yang menentang penjualan Sijil Indulgences pada tahun 1517?

a)

Ibnu Khaldun

b)

Niccolo Machiavelli

c)

Martin Luther

d)

Leonardo da Vinci

11.

Apakah yang mendorong penubuhan mazhab Protestan?

a)

Pengenalan cukai

b)

Penyelewengan kuasa gereja

c)

Penindasan golongan bangsawan

d)

Penubuhan Counter Reformation

12.

Senarai berikut ialah tokoh tokoh Counter Reformation.

  • St Ignatius Loyola
  • St Francis Xavier


Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh tersebut?

a)

Perubahan politik

b)

Kewibawaan gereja

c)

Pengenalan demokrasi

d)

Pembaharuaan ekonomi

13.

Bagaimanakah Zaman Reformation meninggalkan kesan ke atas golongan gereja?

a)

Penghapusan institusi gereja

b)

Penyingkiran golongan paderi

c)

Penambahan kuasa pemerintah

d)

Penguasaan terhadap monarki berkurangan

14.

Apakah yang mendorong kemunculan gereja Protestan Anglican di Britain?

a)

Peranan Leonardo da Vinci

b)

Baron mengambilalih kuasa

c)

Monarki memutuskan hubungan dengan Paus di Rom

d)

Kematian Martin Luther

15.

Mazhab Protestan juga dikenali sebagai mazhab....

a)

Lutheran

b)

Anglican

c)

Katolik

d)

Paus

16.

Mazhab Protestan berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England. Di Switzerland, gerakan itu dipimpin oleh ..............

a)

Leornardo da Vinci

b)

Martin Luther

c)

Huldreich Zwingli

d)

St Ignatius Loyola

17.

Reformation bermula di negara ...............

a)

Itali

b)

Jerman

c)

Perancis

d)

Rom

18.

Apakah yang membantu menjayakan perkembangan gerakan reformation di Jerman?

a)

Penciptaan mesin cetak

b)

Pengaruh paus

c)

Pembinaan gereja

d)

Penghapusan pengganas

19.

Bagaimanakah mesin ciptaan Johann Gutenberg membantu menjayakan perkembangan gerakan Reformasi?

a)

Memodenkan pembinaan gereja

b)

Memudahkan pergerakan ke tempat pendalaman

c)

Mencetak buku bible dalam masa singkat

d)

Menghasilkan peralatan perang

20.

Apakah implikasi daripada gerakan Reformation terhadap masyarakat Eropah?

a)

Mempunyai gereja yang besar

b)

Mendapat kewangan untuk pembangunan negara

c)

Memulihkan kekuasaan paderi

d)

Menimbulkan pelbagai mazhab Kristian