wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HT T5B6 Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura.

Mengapakah beliau bertindak demikian? (SPMU 2014)


I Memperkasa sistem beraja

II Memperkukuh politik negara

III Memantapkan kerjasama ekonomi

IV Mengimbangi pengaruh kuasa pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penggabungan Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei pada 27 Mei 1961? (SPM 2004)


I Mengembangkan ekonomi

II Menamatkan penjajahan British

III Menyediakan kemudahan sosial

IV Mengukuhkan institusi kesultanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan Gagasan Malaysia.Walau bagaimanapun idea awal ke arah pembentukan bangsa telah dikemukakan seawal abad ke-19.Cadangan awal ke arah pembentukan Malaysia pernah dikemukakan oleh tokoh-tokoh berikut iaitu

I Malcolm Mac Donald

II Lord Brassey

III Lee Kuan Yew

IV Frank Swettenham

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

4.

Lee Kuan Yew telah mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Singapura sahaja.Cadangan Lee Kuan Yew tidak diterima oleh Tunku Abdul Rahman kerana ....

a)

pengaruh komunis akan meresap masuk ke Tanah Melayu

b)

kedua-dua negara baru mendapat kemerdekaan dan tidak mampu mewujudkan gabungan

c)

penggabungan dua buah negara akan mewujudkan ketidakseimbangan penduduk

d)

wujudnya jurang ekonomi yang berbeza bagi penduduk kedua-dua buah negara

5.

Apakah cadangan yang diberikan oleh Dato' Onn Jaafar ke arah pembentukan Malaysia?

a)

Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia

b)

Negeri Melayu bergabung dengan Negeri Selat

c)

Gabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Singapura diasingkan daripada Persekutuan Tanah Melayu

6.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman menolak idea Lee Kuan Yew untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Penguasaan ekonomi oleh orang asing

b)

Pengaruh komunis akan menular

c)

Penduduk menjadi tidak seimbang

d)

Perpaduan kaun sukar dibentuk

7.

Lord Brassey, Sir Malcom Mac Donald dan Dato' Onn Jaafar telah memberi sumbangan terhadap sejarah perkembangan negara kita. Apakah sumbangan mereka?

a)

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

b)

Pembubaran Malayan Union

c)

Pengenalan Sistem Ahli

d)

Pembentukan Malaysia

8.

Pada 27 Mei 1961,bertempat di Hotel Adelphi, mengapakah Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan Malaysia?

a)

Menghalang kemasukan pengaruh luar

b)

Menjamin kedudukan politik yang kukuh

c)

Mewujudkan pembangunan yang pesat

d)

Melahirkan kepelbagaian budaya

9.

Majlis Makan Tengah Hari Persatuan Wartawan Luar Negeri diadakan di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961. Apakah pengumuman yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dalam majlis tersebut?

a)

Penerimaan prinsip jus soli

b)

Penggabungan Singapura

c)

Pembentukan Malaysia

d)

Pelepasan cukai Singapura

10.

Pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara pihak berikut iaitu....

I Rakyat tempatan

II Lee Kuan Yew

III British

IV Brunei

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

II dan III sahaja