wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 5 BAB 4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?

a)

Menyekat pengaruh dan campur tangan luar

b)

Mendapatkan sokongan penduduk tempatan

c)

Mengurangkan kemasukan orang dagang

d)

Menghapuskan negara dan bangsa Melayu

2.

Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan

Union?

a)

Menumpukan taat setia

b)

Menguatkan pasukan tentera

c)

Membantu dalam pentadbiran

d)

Membanteras ancaman komunis

3.

Utusan Melayu : Singapura

Majlis : Kuala Lumpur

Warta Negara : Pulau Pinang

Apakah peranan akhbar di atas semasa Malayan Union diperkenalkan ?

a)

Menyeru orang Melayu bersatu

b)

Menganjurkan pertubuhan politik

c)

Menyebarkan ideologi demokrasi

d)

Memulau upacara perlantikan Gabenor

4.
  • Pengenalan Malayan Union

Apakah kesan peristiwa di atas terhadap orang Melayu?

a)

Perpaduan kukuh

b)

Ekonomi meningkat

c)

Budaya berkembang

d)

Kuasa sultan bertambah

5.

Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli.

Mengapakah orang Melayu menentang prinsip kerakyatan tersebut?

a)

Menggugat kedudukan raja

b)

Memusnahkan status quo

c)

Pembentukan pelbagai budaya

d)

Penghapusan ekonomi tradisional

6.

Maklumat di bawah berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.

Asas Kerakyatan Malayan Union:

a) Kewarganegaraan sama rata

b) Prinsip jus soli


Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut?

a)

Perkembangan ekonomi luar bandar

b)

Pengukuhan kuasa pembesar tempatan

c)

Pengurangan jumlah penduduk peribumi

d)

Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas

7.

Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang hebat oleh orang Melayu.

Jus soli : Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura


Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?

a)

Kesamarataan agihan ekonomi

b)

Pelaksanaan perkongsian kuasa

c)

Mengehadkan kemasukan imigran

d)

Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu

8.

Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.

· Angkatan Wanita Sedar (AWAS )

· Angkatan Pemuda Insaf (API )

· Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian ?

a)

Mengekalkan sistem beraja

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

d)

Mengukuhkan pemerintahan tradisional

9.

Senarai berikut menerangkan pertubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

· Angkatan Pemuda Insaf (API )

· Angkatan Wanita Sedar (AWAS )

· Barisan Tani Malaya (BATAS)


Apakah persamaan pendirian ahli pertubuhan tersebut?

a)

Menentang kemasukan kaum imigran

b)

Menentang pembentukan Sistem Ahli

c)

Menyokong pendidikan sekular

d)

Menyokong Malayan Union

10.

Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union?

a)

Mempertahankan tamadun bangsa

b)

Melemahkan golongan radikal

c)

Meningkatkan kos pentadbiran

d)

Kesukaran mendapatkan kerakyatan

11.

Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.


Dari Bentan ke Kuala Sedidi

Singgah Berjaja di Batu Pahat

Syarat kerakyatan secara jus soli

Kuasa raja turut tergugat


Apakah tindakan orang Melayu ?

a)

Memohon bantuan luar

b)

Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

Menggubal perlembagaan alternatif

d)

Mengadakan demonstrasi secara aman

12.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946.


Semua rakyat British daripada tanah jajahannya boleh menjadi rakyat Malayan Union.

Apakah kesan pernyataan tersebut?

a)

Komposisi penduduk seimbang

b)

Sistem pertahanan negara mantap

c)

Kedudukan kaum peribumi terancam

d)

Pengaruh golongan radikal berkurangan

13.

Mengapakah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946?

a)

Mengeratkan perpaduan antara kaum

b)

Menentang pelaksanaan Malayan Union

c)

Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu

d)

Mengimbangi kemajuan ekonomi antara rakyat

14.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

Pertambahan bilangan kaum imigran

c)

Memenuhi desakan orang dagang

d)

Akur tuntutan golongan radikal

15.

Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam Atlantik 1945?

a)

Dasar liberalisasi

b)

Amalan realpolitik

c)

Dasar dekolonisasi

d)

Amalan monarki

16.

Piagam Atlantik 1945


Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan Piagam Atlantik 1945?

a)

Mengadakan rundingan dengan AMCJA-PUTERA

b)

Membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

c)

Menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Mengekalkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

17.

Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara-negara di Asia Tenggara?

a)

Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri

b)

Pembentukan masyarakat berbilang kaum

c)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

d)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

18.

Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa– Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.

Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut?

a)

Menamatkan Malayan Union

b)

Memperkukuh sistem pertahanan

c)

Mengawal kedatangan kaum imigran

d)

Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu

19.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Menguasai pentadbiran

c)

Menentukan kerakyatan

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

20.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?

a)

Pelaksanaan sistem penasihat

b)

Penubuhan Majlis Raja-Raja

c)

Penyelarasan sistem pewarisan takhta

d)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

21.

Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh.

Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut?

a)

Pengaruh golongan radikal meningkat

b)

Pentadbiran kerajaan menjadi lemah

c)

Rosli Dhobi dihukum gantung

d)

Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan

22.

8 Februari 1946: Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British


Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak?

a)

Penentangan Majlis Negeri

b)

Penipuan terhadap pembesar

c)

Penghapusan hak istimewa peribumi

d)

Percanggahan dengan Perlembagaan 1941

23.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British.


Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?

a)

Sistem beraja tergugat

b)

Sempadan wilayah berubah

c)

Negeri menjadi tanah jajahan

d)

Kegiatan perdagangan terjejas

24.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke talah menyerahkan Sarawak kepada British.

Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan?

a)

Kemasukan kaum imigran akan berterusan

b)

Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan

c)

Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan

d)

Hak istimewa penduduk peribumi terjejas

25.

Berdasarkan Perlembagaan 1941, Vyner Brooke berjanji akan memberikan taraf kerajaan sendiri kepada Sarawak.


Mengapakah janji tersebut tidak dapat dilaksanakan?

a)

Tentangan pembesar tempatan

b)

Kekurangan bilangan pegawai

c)

British mengambil alih pentadbiran

d)

Bantahan daripada Kesultanan Brunei

26.

Maklumat berikut berkaitan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.


Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis “WE DO NOT WANT TO BE COLONISED” (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH)?

a)

Taraf kerajaan sendiri terjejas

b)

Sempadan negeri akan diubah

c)

Majlis Tertinggi Negeri dibubar

d)

Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan

27.

Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940an.

a) Pengenalan Malayan Union

b) Penyerahan Sarawak kepada British


Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?

a)

Mencampuri adat istiadat tempatan

b)

Menjejaskan hak kaum peribumi

c)

Menghalang perpaduan kaum

d)

Mengubah sempadan negeri

28.

Pertubuhan berikut wujud di Sabah pada tahun 1940an:


  • Persatuan Melayu Jesselton (PMJ)
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pertubuhan tersebut?

a)

Bersifat sederhana

b)

Fokus kepada sosioekonomi

c)

Berjuang untuk kemerdekaan

d)

Menerima bantuan dana asing

29.

Malayan Union:

a) Negeri-negeri Melayu

b) Negeri-negeri Selat kecuali Singapura


Mengapakah Singapura dikecualikan?

a)

Sumber kewangan kerajaan terhad

b)

Majlis Raja-Raja membuat bantahan

c)

Kaum imigran melancarkan penentangan

d)

Bimbang taraf pelabuhan bebas akan terjejas

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada tahun 1948?

  • Pegawai kanan British
  • Pemimpin UMNO
  • Wakil Raja-raja Melayu


Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk?

a)

Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran

b)

Menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan

c)

Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union

d)

Menetapkan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu