wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ USRAH

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah tiga rukun usrah kecuali...

a)

Takaful

b)

Tafahum

c)

Taaruf

d)

Takafur

2.

Sila pilih dua matlamat usrah yang TEPAT

a)

Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.

b)

Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul

c)

Mendedahkan ahli usrah dengan fahaman ideologi yang pelbagai dari Barat

d)

Memupuk semangat berdakwah secara seorang diri dalam kalangan ahli usrah

3.

Apakah yang anda akan lakukan jika sahabat seusrah anda tidak hadir ke usrah? Sila pilih dua jawapan yang TEPAT

a)

Segera bertanya akan halnya dan mengapa dia tidak dapat hadir.

b)

Membiarkannya sedar secara sendiri mengapa perlu hadir ke usrah.

c)

Berusaha untuk mengajaknya hadir ke usrah.

d)

Mengabaikannya sahaja kerana ada kawan lain yang menegurnya.

4.

Pilih tiga konsep Tauhid yang telah dipelajari

a)

Rububiyyah

b)

Wasatiyyah

c)

Uluhiyyah

d)

Asma' wa sifat

5.

Pilih dua jenis ibadah dalam Islam beserta maksudnya

a)

Ibadah Wajib: Ibadah yang wajib hukumnya

b)

Ibadah Khususi : Ibadah yang telah ditetapkan caranya dan tidak harus diubah dan ditokok-tambah .

c)

Ibadah Sunat: Ibadah yang mendapat pahala tambahan jika melakukannya

d)

Ibadah Umumi : Setiap aktiviti manusia yang menepati dua perkara :Niat yang ikhlas & Matlamat yang mulia.

6.

Apakah tiga ciri-ciri Akhlak Islamiah?

a)

Bersifat sederhana dan seimbang

b)

Bersifat cenderung kepada ekstremis

c)

Mencakupi suruhan dan larangan

d)

Bersifat mutlak dan menyeluruh

7.

Akhlak cerminan iman. Pilih satu contoh yang tepat berdasarkan kenyataan ini:

a)

Azmi mencuri duit jirannya untuk disedekahkan pada tabung Masjid kampungnya.

b)

Siti menjaga pergaulannya dengan lelaki sama ada di luar atau di media sosial.

c)

Asma' menutup aurat dengan sempurna sambil kerap upload gambar selfienya di media sosial

8.

Pilih tiga jenis tarbiyah yang anda telah pelajari:

a)

Tarbiyyah Ruhiyyah

b)

Tarbiyyah Rehlah

c)

Tarbiyyah Aqliah

d)

Tarbiyyah Jasadiah

9.

Apakah program tarbiah yang sedang anda lalui sekarang?

a)

Seminar

b)

Usrah

c)

Kuliah

10.

Pilih tiga daripada 10 Muwasafat Tarbiah di bawah

a)

Tersusun dalam urusan

b)

Sangat menjaga masa

c)

Aqidah yang sejahtera

d)

Bebas gaya fikiran

11.

Apakah dua kesan tidak menerima tarbiyyah Islamiyyah?

a)

Dakwah Islamiyyah akan tersebar luas

b)

Masyarakat Islam akan terdedah dengan pelbagai idelologi luar

c)

Negara tidak mampu menegakkan cara hidup Islam

d)

Melahirkan individu muslim yang taqarrub ilallah

12.

Nyatakan tiga bekalan yang perlu ada pada seorang pendakwah:

a)

Iman yang kuat

b)

Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam berdakwah

c)

Kefahaman yang mendalam

d)

Hubungan dengan Allah yang jitu

13.

Pilih satu contoh dakwah secara Sirr yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. pada peringkat awal Islam disebarkan:

a)

Nabi memberi ucapan dakwah di Bukit Safa kepada penduduk Mekah

b)

Menyampaikan dakwah di Rumah al-Arqam bersama para sahabat, keluarga dan golongan hamba

c)

Saidina Umar menunaikan solat di khalayak musyrikin Mekah

14.

Pada pandangan anda, adakah untuk melaksanakan Dakwah memerlukan kepada Tarbiyyah?

a)

Tidak

b)

Ya

15.

Sebagai salah seorang penggerak dalam persatuan di kampus anda, apakah tindakan anda jika di kampus anda akan dianjurkan satu konsert kumpulan K-pop?

a)

Meraikan tanda keterbukaan dalam kampus

b)

Membantah konsert tersebut dan memberikan garis panduan dalam hiburan kepada pihak universiti

c)

Membiarkan kerana konsert itu adalah program universiti.

16.

Pilih tiga padanan ideologi yang tepat berdasarkan realiti umat Islam sekarang:

a)

Ekonomi: Kapitalisme

b)

Masyarakat: Hedonisme & LGBT

c)

Pemerintahan: Diktator

d)

Pemerintahan: Sekular & liberalisme

17.

Adakah anda setuju dakwah perlu digerakkan secara beramai-ramai?

a)

Tidak, kerana dakwah boleh dilakukan secara berseorangan

b)

Ya, kerana dakwah itu adalah tugas semua umat Islam.

18.

5 Rukun Dakwah menurut Dr. Abd Karim Zaidan:

Maudhu' Daie Mad'u

Nyatakan dua lagi rukun dakwah yang betul:

a)

Wasilah

b)

Saksi

c)

Uslub

19.

Mengapakah Nabi S.A.W. berdakwah secara sirr? Pilih dua sebab yang tepat:

a)

Umat Islam berdepan dengan cabaran yang amat tinggi.

b)

Nabi tidak yakin untuk berdakwah secara terang-terangan

c)

Bilangan umat Islam masih sedikit pada ketika itu

20.

Adakah dakwah secara sirr masih relevan pada zaman sekarang?

a)

Ya, kerana tidak semua perkara strategi dalam dakwah boleh kita dedahkan kepada khalayak ramai.

b)

Tidak, kerana semua orang boleh menerima dakwah Islam pada zaman sekarang.