wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIOLOGI TINGKATAN 4 ULANGKAJI

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Antara sel yang berikut, yang manakah adalah sel tumbuhan tidak khusus?

a)

Sel pengawal

b)

Sel floem

c)

Sel parenkima

d)

Sel kolenkima

2.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan urutan yang betul bagi organisasi sel?

a)

Organ Organisma Tisu Sel Sistem

b)

Sel TisuSistem OrganOrganisma

c)

Sistem Organ Organisma Tisu Sel

d)

Sel Tisu Organ Sistem Organisma

3.

Apakah organel yang menyingkirkan mitokondria yang tua dan rosak?

a)

Jasad Golgi

b)

Lisosom

c)

Ribosom

d)

Jalinan endoplasma

4.

Antara struktur yang berikut, yang manakah hanya terdapat di dalam sel haiwan?

a)

Nukleus

b)

Vakuol

c)

Dinding sel

d)

Sentriol

5.

Seorang murid telah merendam sel tumbuhan di dalam larutan X. Selepas 30 minit, murid itu telah merekodkan keputusan.


P –Vakuol sel mengembang dan membengkak.

Q – ​Membran plasma menekan ke arah dinding sel.


Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, apakah larutan X?

a)

Larutan sukrosa 10%

b)

Larutan sukrosa 20%

c)

Larutan sukrosa 30%

d)

Air suling

6.

Rajah menunjukkan satu sel manusia.

Antara organel yang berikut, yang manakah terdapat dengan banyaknya di dalam sel yang ditunjukkan di atas?

a)

Sentriol

b)

Lisosom

c)

Ribosom

d)

Mitokondria

7.

Rajah menunjukkan kloroplas dalam sel tumbuhan.

Bahagian kloroplas yang manakah, A, B, ​C atau D yang mengandungi klorofil?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

Rajah menunjukkan jalur batang bayam selepas direndam dalam larutan X.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan larutan X?

a)

Air suling

b)

17% larutan sukrosa

c)

30% larutan sukrosa

d)

40% larutan sukrosa

9.

Antara penyataan berikut, manakah yang menerangkan keputusan eksperimen selepas 60 minit?

a)

Aras air di dalam bikar menurun.

b)

larutan sukrosa di dalam tiub kapilari meningkat.

c)

Tiub Visking menjadi lembut dan longgar.

d)

Tiub Visking pecah.

10.

Rajah menunjukkan sel tumbukan flasid.

Manakah antara berikut mengakibatkan sel tumbuhan tersebut mengalami deplasmolisis?

a)

Air suling

b)

Larutan garam

c)

Larutan sukrosa

d)

Cuka

11.

Antara faktor berikut, yang manakah mengakibatkan perubahan pada tapak aktif suatu enzim?

a)

Pembekuan

b)

Pemanasan

c)

Hidrolisis

d)

Kondensasi

12.

Pepsin memangkinkan hidrolisis...

a)

lipid.

b)

kanji.

c)

protein.

d)

karbohidrat.

13.

Apakah unit asas bagi protein?

a)

Asid amino

b)

Nukleotida

c)

Asid lemak

d)

Asid nukleik

14.

Apakah komposisi unit asas lemak?

a)

satu molekul gliserol dan satu

molekul asid lemak

b)

Satu molekul gliserol dan tiga

molekul asid lemak

c)

Satu molekul asid lemak dan tiga

molekul gliserol

d)

Tiga molekul asid lemak dan tiga

molekul gliserol

15.

Antara yang berikut, yang manakah

karbohidrat kompleks?

a)

Selulosa

b)

Fruktosa

c)

Glukosa

d)

Galaktosa

16.

Antara karbohidrat yang berikut, yang manakah adalah contoh polisakarida


i Glikogen

ii selulosa

iii laktosa

iv kanji

a)

iv sahaja

b)

ii dan ii sahaja

c)

i,ii dan iii sahaja

d)

i, ii dan iv sahaja

17.

Antara enzim yang berikut, manakah yang diperlukan dalam industri tenusu?

a)

Renin dan lipase

b)

Protease dan amilase

c)

Tripsin dan amilase

d)

Protease dan tripsin

18.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang mitosis?

a)

Proses pembahagian nukleus yang

mengurangkan setengah bilangan kromosom berbanding sel induk.

b)

Proses pembahagian nukleus yang

menghasilkan dua nukleus anak yang serupa dari segi genetik.

c)

Proses pertumbuhan di dalam badan

organisma multisel.

d)

Proses di mana sitoplasma

membahagi membentuk dua sel anak.

19.

Nombor kromosom diploid bagi

seekor kucing iailah 40. Jika satu daripada pasangan kromosom homolog tidak

terpisah semasa Meiosis I, berapakah bilangan kromosom yang mungkin di dapati

pada gamet?


a)

18

b)

21

c)

37

d)

38

20.

Bilakah replikasi kromosom berlaku dalam kitar sel?

a)

G1

b)

G2

c)

S

d)

M

21.

Apakah fungsi klorofil dalam fotosintesis?

a)

Untuk memerangkap tenaga cahaya

b)

Untuk memecahkan molekul air

c)

Untuk menurunkan karbon dioksida

d)

Untuk menghasilkan molekul ATP

22.

Di manakah hempedu dihasilkan dalam badan manusia?

a)

Hati

b)

Perut

c)

Duodenum

d)

Pundi hempedu

23.

Kulat menjalankan nutrisi X. Apakah nama nutrisi X

a)

nutrisi holozoic

b)

saprofitisme

c)

Parasitisme

d)

Kemosintesis

24.

Duktus hempedu boleh tersumbat oleh batu hempedu. Antara yang berikut, manakah yang mung kin merupakan akibat daripada sumbatan ini?

a)

Lipase tidak terhasil

b)

Lemak tidak tercerna dengan

sempurna

c)

Enzim-enzim tidak dihasilkan oleh

pankreas

d)

Makanan terlarut tidak dapat

diserap ke dalam darah

25.

Antara yang berikut, manakah yang tidak berlaku semasa seseorang menarik nafas?

a)

Otot interkosta luar mengecut.

b)

Otot diafragma mengecut.

c)

Sangkar rusuk bergerak ke atas dan

ke depan.

d)

Diafragma melengkung ke atas

seperti kubah.

26.

Antara yang berikut, yang manakah tidak mengangkut karbon dioksida dalam darah ke peparu?

a)

Karbaminohemoglobin

b)

asid Karbonik

c)

ion bikarbonat

d)

karboksihemoglobin

27.

Semasa senaman cergas, kuantiti oksigen dalam sel-sel otot berkurang.Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku supaya lebih banyak oksigen dibekalkan ke se-sel otot?

a)

pH darah akan meningkat.

b)

Pusat kawalan respirasi akan dirangsang.

c)

kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung akan berkurang.

d)

Diafragma dan otot interkosta akan mengecut dan mengendur dengan lebih perlahan.

28.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan penurunan dasar rongga mulut pada katak?

a)

Glotis terbuka dan lubang hidung

tertutup.

b)

Udara masuk ke dalam rongga mulut.

c)

Otot peparu mengecut untuk membenarkan

udara masuk.

d)

Udara dikumpul dan didesak masuk

ke dalam peparu.

29.

Teknik tangkap-tanda-lepas dan tangkap semula boleh digunakan untuk menganggarkan saiz populasi organisma X. Antara yang berikut, yang manakah mungkin organisma X?

a)

Lumut

b)

Helang

c)

Rumput

d)

siput

30.

Antara organisma berikut, yang manakah merupakan paras trofik pertama dalam nombor piramid?

a)

Burung

b)

Ular

c)

Tumbuhan

d)

Tikus

31.

Organisma apakah yang berada di aras trof pertama?

a)

herbivor

b)

karnivor

c)

heterotrof

d)

autotrof

32.

Apakah jenis hubungan yang ditunjukkan oleh rusa dan harimau?

a)

Simbiosis

b)

Parasitisme

c)

Persaingan

d)

Mangsa-pemangsa

33.

Spesies bakteria tertentu yang

hidup di dalam usus besar manusia membantu dalam penghasilan vitamin K. Apakah jenis

hubungan yang digambarkan oleh contoh ini?

a)

Mutualism

b)

Komensalisme

c)

Saprofitisme

d)

Parasitisme

34.

Antara yang berikut, yang manakah

adalah komponen biosis dalam suatu ekosistem?

a)

ikan

b)

air

c)

cahaya matahari

d)

Suhu

35.

Antara organisma berikut, yang manakah menyebabkan malaria?

a)

Alga

b)

Virus

c)

Kulat

d)

Protozoa

36.

Larutan metilena biru digunakan untuk mengesan kehadiran satu bahan dalam air. Apakah bahan ini?

a)

Oksigen

b)

Nitrogen

c)

Hidrogen

d)

Karbon dioksida

37.

Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebabkan eutrofikasi?

a)

Penyahhutanan

b)

Penanaman semula pokok

c)

Pembakaran bahan api fosil

d)

Penggunaan baja kimia secara berlebihan

38.

Antara gas berikut, yang manakah menyebabkan hujan asid?

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Sulfur dioksida

d)

Karbon monoksida

39.

Antara yang berikut yang manakah bertindak merosakkan lapisan ozon

a)

karbon dioksida

b)

kloroflorokarbon

c)

metana

d)

nitrus oksida

40.

Pertumbuhan populasi algae secara mendadak dalam sebuah tasik disebabkan oleh..

a)

eutrofikasi

b)

pencemaran sungai

c)

kesan rumah hijau

d)

pemanasan global