NEW
Font size
WorksheetsEKONOMI 2 (BAB 5)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Salah satu tujuan sekatan terhadap perdagangan antara bangsa ialah untuk
melindungi industri berat
mengelakkan kegiatan lambakan
meningkatkan hasil cukai kerajaan
meningkatkan permintaan terhadap mata wang asing
Yang berikut adalah faktor yang mendorong wujudnya perdagangan antarabangsa kecuali
perbezaan saiz tanah
perbezaan kemahiran buruh
perbezaan cita rasa masyarakat
perbezaan penganugerahan faktor
Yang manakah bukan faedah Malaysia berdagang dengan Jepun?
Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negara
Menggalakkan penggunaan teknologi moden
Membaiki imbangan pembayaran defisit
Meluaskan pasaran barangan tempatan
Teori faedah berbanding dijelaskan dengan andaian berikut kecuali
sistem perdagangan antarabangsa bebas dijalankan
dua jenis barang dikeluarkan oleh setiap negara
ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh
faktor buruh yang digunakan adalah berbeza
Yang berikut adalah kesan negatif perdagangan antarabangsa kecuali
persaingan kepada industri muda
imbangan pembayaran defisit
berlakunya aktiviti lambakan
mobiliti faktor bertambah
Yang manakah bukan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa?
Anti lambakan
Melindungi industri muda
Mempelbagaikan aktiviti ekonomi
Membiayai perbelanjaan pembangunan
Pernyataan manakah berkaitan dengan sekatan bukan tarif?
Duti terhadap barang-barang yang diimport
Duti terhadap barang-barang komoditi yang di eksport
Langkah kerajaan untuk mengurangkan import barang dari luar negara
Langkah kerajaan untuk menggalakkan eksport barang keluaran tempatan
Yang manakah bukan alat sekatan perdagangan antarabangsa
Kuota
Subsidi
Embargo
Rizab asing
Pernyataaan manakah benar tentang dasar perlindungan melalui tarif?
Merupakan langkah kerajaan menghadkan kuantiti maksimum terhadap barang yang diimport
Tarif tidak menaikkan harga barang tetapi mengurangkan kuantiti barang import
Tarif berkesan jika permintaan terhadap barang import adalah tidak anjal
Tarif berkesan jika permintaan terhadap barang import adalah anjal
Apakah kebaikan sistem boleh ubah dalam penentuan kadar pertukaran asing
Berlaku peningkatan dalam eksport negara
Berlaku spekulasi dalam kadar pertukaran asing
Berlaku ketidakstabilan dalam kadar pertukaran asing
Kerajaan tidak campur tangan dalam pasaran pertukaran asing
Penurunan nilai mata wang sesebuah negara berbanding dengan mata wang negara lain akan menyebabkan
kuaniti importnya akan bertambah
kuantiti eksportnya akan bertambah
harga importnya akan jatuh
harga eksportnya akan naik
Sempena Tahun Melawat Malaysia, ramai warganegara Amerika Syarikat telah datang ke Malaysia untuk tujuan melancong. Apakah kesannya terhadap pasaran mata wang antarabangsa?
Permintaan terhadap US$ dan penawaran MYR meningkat
Penawaran terhadap US$ meningkat dan penawaran MYR berkurang
Permintaan terhadap US$ berkurangan dan permintaan terhadap MYR bertambah
Penawaran terhadap US$ meningkat dan permintaan terhadap MYR bertambah
Yang manakah akan menaikkan nilai Malaysia Ringgit?
Malaysia mengalami inflasi
Malaysia mengalami kemelesatan ekonomi
Kadar bunga pinjaman di Malaysia meningkat
Rakyat negara asing suka menggunakan barang dari Malaysia
Dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah, perubahan kadar pertukaran asing disebabkan oleh perubahan faktor berikut kecuali
kadar bunga semalaman
eksport barangan ke luar negara
aktiviti pelancongan antarabangsa
tabungan oleh isi rumah tempatan
Akaun yang merekodkan butiran pendapatan daripada pelaburan di luar negara merupakan
akaun perkhidmatan
akaun dagangan
pendapatan primer
pendapatan sekunder
Yang manakah berikut merupakan kesan daripada devaluasi terhadap ekonomi sesebuah negara
Hasil tarif meningkat
Harga barang import mahal
Eksport negara tersebut merosot
Imbangan pembayaran lebih baik
Jika kerajaan menetapkan nilai Malaysia Ringgit lebih tinggi daripada nilai di pasaran, maka nilai Malaysia Ringgit dikatakan telah mengalami
naik nilai
susut nilai
terlebih nilai
terkurang nilai
Imbangan pembayaran semakin baik sekiranya
tambahan nilai import barangan melebihi tambahan nilai eksport barangan
tambahan imbangan barangan lebih kecil berbanding pengurangan imbangan perkhidmatan
pengurangan pampasan pekerja lebih kecil daripada tambahan pendapatan pelaburan
pengurangan akaun modal lebih besar daripada tambahan akaun kewangan
Kesan daripada imbangan pembayaran yang negatif terhadap sesebuah negara menyebabkan
aliran masuk modal bertambah
pinjaman dalam negeri bertambah
nilai mata wang tempatannya meningkat
rizab antarabangsanya semakin merosot
Yang manakah antara berikut merupakan langkah untuk membaiki imbangan pembayaran negatif?
meningkatkan pelaburan ke luar negara
meningkatkan penggunaan syarikat perkapalan asing
menarik lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara
menggalakkan rakyat tempatan melancong ke luar negara
